Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum,
Sebagai santapan rohani.. mlm ni rasa agak malas utk menulis.. Ilham kontang jer..tapi, xper...ada copy paste sdikit kata2 sbg renungan. Moh ler sama2 kita renung, faham, dan amalkan..InsyaAllah.. ~Sharing is Caring~ Kan??
~> Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
~> Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
~> Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
~> Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..
~> Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..
~> Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..
~> Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..
~> Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..
~> Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..
~> Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..
~> Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..
~> Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……

♥ Ketika seorang JEJAKA memujimu MAKA pahatkan SUBAHANALLAH didalam HATI mu agar RIAK jauh dari JIWA mu..
♥ Ketika seorang JEJAKA mendekatimu MAKA alunkan ASTGHFIRULLAH didalam KALBU mu agar KEINGINAN dihindar dari HATI mu..
♥ Ketika seorang JEJAKA menjaga maruahmu MAKA zikirkan ALHAMDULILAH
didalam JIWA mu agar KESYUKURAN sentiasa dekat di KALBU mu..

*jgn ckp kubur masing2*
Melainkan kamu mandi jenazah sendiri, pakai kafan sendiri, baca yassin sendiri..dan kuburkan diri sendiri...

Ketika kehidupan memberi kita seribu alasan untuk menangis, tunjukkan bahawa kita mempunyai sejuta alasan untuk tersenyum.
Nikmati setiap detik waktu dan akhiri kelelahan hari ini dengan keikhlasan. Allah senantiasa bersama-sama dengan hambanya.

~♥~ JODOH adalah ketentuan ALLAH
tapi ramai yang SUKA berbicara tentangnya...
~♥~ Namun, KEMATIAN juga adalah ketentuan ALLAH
tapi hanya SEDIKIT yang berbicara mengenainya...

Orang
yang bodoh ialah orang yang tidak beramal membuat persediaan untuk
masuk ke dalam kubur. Kalau dia ada PhD sekalipun, tapi dia tidak buat
apa-apa amalan sebagai persediaan untuk membantunya di dalam kubur, itu
maknanya PhD dia sama taraf dengan lembu yang paling bodoh dalam
pertandingan lembu bodoh sedunia. Nabi sudah kata, orang yang cerdik
ialah orang yang selalu ingat mati dan sentiasa membuat persediaan
untuknya.
> Petikan Kuliah Ustaz Azhar Idrus ( Masjid Al-Fateh ) <

“Jangan sampai kita saling melupakan. Kerana dengan saling mengingat, kita akan berbagi kebaikan; dengan sama-sama mendoakan.”
Antara
saat indah dalam kehidupan ialah setelah anda mencapai kejayaan yang
sebelumnya insan lain pernah berkata kepada anda “kamu tidak mampu
melakukannya”....kenapa tidak dan kenapa mustahil kerana segalanya
bermula dengan NIAT serta usaha..
“Datang daripada Allah,
balik juga nanti kepada Allah,
tiba-tiba hidup bukan untuk Allah,
pelik.”

Bila cemburu, bila rindu, bila sedih kehilangan sesuatu, ucaplah “Ma Fi Qalbi Ghairullah (Tiada
di hati ku melainkan Allah)”

Sepertimana helaian daun yang kekeringan lalu berguguran ke bumi,
begitu juga manusia yang pergi menemui Ilahi tatkala usia berakhir,
Sepertimana pucuk dedaunan yang mula muncul di dahan,
begitu juga manusia kecil terlahir di atas dunia.
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk
menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih
baik amalnya dan Allah Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha
Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”
— [Al-Mulk 67:2]

“Ya
Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku
berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu
daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada
bebanan hutang dan penindasan orang.”

Apabila
kita REDHA pd sesuatu yg mengecewakan hati kita,maka percayalah ALLAH
SWT akan gantikan kekecewaan itu dgn sesuatu yg tidak dijangka.

“Cinta
tanpa ikatan itu penuh dengan rasa ragu,dan keraguan itu mungkin mampu
mematikan hati.Sebaik-baik cinta itu bersama dengan redhaNya dan sungguh
‘nikah’ adalah jalan yang paling indah.Penantian itu menjadi lebih
indah jika berada di jalanNya.
-PenulisButa-

❝
Kalau engkau berasa b'kuasa utk b'buat aniaya kpd hamba Allah,ingat pula
bahawa Allah lbih b'kuasa mmbalasnya ❞ - Sayidina Umar Al-Khattab
Cinta kasih seorang ibu tak akan pernah luntur dimakan zaman. Tempatkanlah selalu ibu dalam urutan utama daftar hidupmu

Dear Heart,
Ujian itu mendidik hati,
Ujian itu tanda sayangNya,
Bersabarlah!
Kebergantungan pada yang satu.. Allah.

Orang paling kuat sekalipun, akan kehilangan semua daya ketika berhadapan dengan kematian.
Kadang-kadang
kemenangan itu ujian, kekalahan pula jadi satu anugerah. Jadi tak perlu
rasanya berkecil hati dan menidakkan ketentuan Allah.Yakin dgn
sebenar2-Nya..Allah lbh Mengetahui. Smua yg blku psti bersebab.
Hikmahnya pasti ada.. ^_^

satu
kebodohan bila semua nak khabar dlm fb.(psl politik aku lps tgn) bnda tu
xksh.suka fb,marah fb,putus cnta fb,even hal rumah tgga pun fb,gaduh
ngn org pun fb.rs tak puas ati pun fb.dlm xsdr kita bukak aib sndiri dan
aib org dlm fb. Allah pelihara aib kita tp kita yg bukak smua
tu.xhairan bila silaturrahim itu pincang krna kebodohan sndiri.kesian.~(Cahaya Suriah)

Kita BAHAGIA kerana KASIH SYG. Kita MATANG kerana MASALAH. Kita LEMAH
kerana PUTUS ASA. Kita MAJU kerana USAHA dan kita KUAT kerana DOA.

Sesekali
diam agr membuat org di sekeliling kita bahagia..Krn dgn bnyknya bicara
yg tak guna trkadang tergelincir dlm dusta/melukai sesama sndri.
# Itu Saja...Sekian. Wassalam.. #

0 ulasan:
Post a Comment