RSS

Saturday 30 April 2016

๐ŸŒผ Batang Ai, Lubok Antu ๐ŸŒผ


..banyak menyaksi hidup yang bercitra. Pertama sekali menapak langkah, masih berjiwa remaja. Bertawa gembira bersama rakan sekaki sekepala. Berkubang dalam biru tasik sambil melontar lumpur atas kepala. Indah sahaja.


Langkah kedua, bersama rakan sedewasa. Berjalan saja sambil bergambar mesra. Tetap saja masih bersuka ria.

Langkah ke tiga, bersama rakan sehati sejiwa. Berdua sahaja mencari diri hilang entah mana. Mula mmuhasabah cari rasa. Mula mujahadah dalam hijrah segala laku dan bicara. Alhamdulillah, dengan berjalan,melihat dan mentafsir makin menimbul rasa hamba. Makin teguh azam hijrah dari hidup yang membawa makna.

Langkah ke empat, membawa duka dan suka. Bersama tunang memujuk rasa. Mencari kata menebar kenangan sebelum lafas sakinah jadi bahtera. Alhamdulillah, untuk nikmat yang penuh citra. Sungguh bermakna, membawa kepada hidup berumahtangga.

Ini langkah ke lima.Bersama anak pula. Tak lupa juga bersama dengan sesetengah daripada mujahidah Ahbabul Mardhiyah yang hebat belaka. Syukur alhamdulillah, rasa pada tasik yang membiru masih sama meski persekitarannya banyak benar berubah rupa. Sedih juga melihat sekeliling tidak dijaga. Tapak kami mengunggun api, memanggang ayam sambil bergelak tawa mula ditumbuhi belukar liar tak dijaga. Kayu jeti untuk berjalan ke pondok tasik juga banyak rompang sini sana.

Allah, meski persekitarannya tidak seperti dulu, namun airnya tidak berubah sama. Kekal berpuput indah udaranya. Kekal asli ciptaan gunung , lembah dan airnya. Allah, nikmat mana lagi yg harus hamba dustai setelah Kau memberi hal yang indah2 belaka?

Terima kasih pada jiwa2 yg pernah bersama ku disini. Ia membawa bahagia! Sungguh! Dan ia kenangan yg sudah terlakar!

0 ulasan: