RSS

Tuesday 20 March 2012

Pelangi Si Jentayu

Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.


Sekadar ingin berkongsi kisah..



Ini kisah aku, Hani dan Aisyah..
Permulaannya terjadi apabila aku bertemu dengan Aisyah pada sebuah function mengenai dunia fotografi di sebuah galeri termahsyur di Ibu Kota. Kali pertama aku terpandang akan wajah putih nan bujur sireh itu, secara serta merta wajah itu melekat di kanta mataku. Pada saat itu juga, rakan ku memperkenalkan dia kepadaku. Tergamam seketika apabila rakan ku memberitahu kepada ku bahawa namanya Aisyah dan dia adalah kawan rapat kepada Hani. Hani...bekas kekasihku 3 bulan yang lepas. Cintaku padanya masih mekar di hati meski aku tahu mungkin aku tiada lagi di hatinya.
Semenjak perkenalan itu, aku dan Aisyah mula berkawan rapat. Mungkin aku senang bersamanya kerana dia merupakan kawan kepada Hani. Sedikit sebanyak aku mengetahui perkembangan Hani daripadanya. Dia juga tidak ringan mulut menceritakan perihal Hani kepadaku. Hani dan Aisyah mempunyai sifat yang sungguh berbeza. Dan , sudah semestinya Hani lebih menarik di mataku. Bagiku, Aisyah terlalu lembut hati dan manja. Terkadang, hati lembutnya itu merimaskan aku. Namun, aku tidak menafikan bahawa sikapnya yang penyanyang dan penyabar itu jauh sekali dari Hani. Hani seorang yang sangat panas baran. Tidak boleh di tegur dan adakalanya, sikap tegasnya menawan hatiku. Benar dan sungguh, Hani adalah segala-galanya untukku kerana aku tidak mampu melupakan dia meski kami sudah berpisah.
Aisyah...Dia datang dalam hidupku terasa sungguh tidak di duga. Dia sentiasa meredupkan hatiku. Memberi nasihat dan tunjuk ajar padaku. Dia sentiasa ada menemani aku disaat aku sakit, sedih, marah dan sebagainya sehinggakan aku merasakan sedikit hatiku terdetik untuknya. Namun, sesegera yang mungkin aku menolak rasa itu jauh pergi dari menghampiriku. Ingin aku tegaskan, hatiku dan cintaku hanya untuk Hani seorang. Aisyah juga selalu mengingatkan aku tentang agama. Seronok rasanya apabila mendengar dia bercerita tentang agama. Aku masih ingat kata-katanya..
“Yang sebenarnya, untuk meraih cinta..yang perlu kita ambil perhatian adalah Allah. Yang perlu kita raikan itu juga adalah Allah. Sekuat mana pun usaha kita, sekuat manapun strategi kita andai tanpa restu Allah, tidak menjadi juga. ‘’ Entah mengapa, ayat itu menyusup jauh ke dalam hatiku..
Di ketika itu juga, bila hatiku terasa terbuka untuk menjinakkan diri mendekati Allah...Aku dan Hani semakin rapat. Kenyataan Hani yang menyatakan bahawa Allah telah memakbulkan doanya mengejutkan aku. Katanya, selama ini dia mendoakan semoga pintu hatiku terbuka untuk kembali ke pangkal jalan. Mungkin ada benarnya. Berbunga-bunga rasanya di dalam hati apabila mendengar kenyataan daripada Hani. Aku tahu, Hani masih merasa apa yang aku rasa terhadapnya. Dan , seperti biasa aku memberitahu Aisyah perihal ini. Aisyah hanya mampu mengucapkan..
 “ Alhamdulillah. Semoga apa yang Hani doakan akan menjadi kenyataan dan tidak akan berubah dari masa ke semasa. Betulkan niat untuk berubah..Jangan kerana ingin mendapatkan semula cinta Hani, awak berubah”.
Terkedu hatiku mendengar kata-kata Aisyah. Aku tidak mahu diperkatakan seperti itu. Benar, aku berubah kerana aku merasakan pintu hatiku sudah terbuka untuk berubah. Kata-kata daripada Hani banyak menyedarkan aku selama ini walaupun aku lansung tidak bersua muka dengannya. Janganlah Aisyah berfikir bahawa aku berubah kerana Hani . Itu bukan seperti  yang Aisyah fikirkan. Perihal ini menimbulkan rasa tidak puas hati ku terhadap Aisyah. Lantas, berlaku perbalahan kecil antara kami berdua.  Dan, seperti biasa Aisyah mengalah dan terus menerus menjaga hatiku.
Semenjak berlakunya hal itu, aku dan Aisyah semakin renggang. Hatiku ini....masih terguris lagi walupun Aisyah meminta maaf padaku berkali-kali.Namun, tiba suatu ketika aku teringat kembali akan kata-katanya..
 “Ego boleh memusnahkan diri sendiri. Jangan kehilangan orang yang awak sayang andai awak masih menyimpan ego itu”.
Aku sedar, ego ku terlalu tinggi. Kerana ego itu, aku dan Hani berpisah. Oleh kerana itu, aku kembali menghubungi Aisyah semula. Semenjak hal itu, aku banyak belajar erti hidup. Aisyah sudah terlalu banyak membuka mata hatiku. Daripada sikapku yang panas baran, akhirnya aku boleh mengawal kemarahan ku. Daripada aku suka meninggikan diri dan tidak suka mengalah, akhirnya aku menjadi seorang yang rendah hati. Terima kasih Aisyah, kerana banyak menyedarkan aku.
“ Mana mungkin saya akan jatuh hati pada awak. Dan, saya akan pastikan, saya tidak akan jatuh hati pada wanita seperti awak. Awak tidak sesuai untuk saya. Saya lebih sukakan wanita seperti Hani” .
 Ini lah pengakuan ku kepada Aisyah ketika kami sedang bergurau senda mengenai topok jatuh hati. Dengan senyuman lebar, Aisyah membidas..
 “ Manusia sering takbur, kan?. Manusia selalunya tidak sedar akan kalammullah . Saya tidak berani berkata seperti itu. Masa depan kita penuh dengan ketidakpastian”.
Tenang sahaja kata-katanya. Aku terkesima lagi. Takburkah ayat-ayat ku itu? . Aku diam. Melihatkan aku diam, Aisyah berseloroh lagi..
“ Mana mungkin saya akan jatuh hati pada kawan rapat saya sendiri, lebih-lebih lagi bekas kekasih sahabat karib saya..”  
Senyuman dan kata-katanya melapangkan dadaku. Meski, semakin hari semakin kuat hatiku menyebut namanya. Ah, egokah aku??.
“Awak dan Aisyah semakin rapat sekarang. Kenapa?”
Tergamam aku melihat mesej daripada Hani. Hani..akhirnya dia bersuara juga setelah mendiamkan diri melihat kemesraan aku dan Aisyah. Cemburukah dia?. Aku pasti, dia cemburu. Seandainya dia cemburu, ini bermakna..dia masih sayangkan aku!. Berbunga-bunga rasa hatiku mengenangkannya. Sesegera yang mungkin aku menafikan.
 “ Saya dan Aisyah Cuma kawan sahaja. Dan, tidak akan lebih daripada itu.”
Semenjak daripada itu, aku dan Hani semakin rapat. Sering sahaja berhubung. Dan, Aisyah...hmm...perasaanku nondeng terhadapnya. Aku tidak mampu berkata apa. Namun, dalam diam aku mengaguminya. Akan tetapi, demi menjaga hati Hani aku terpaksa menjauhkan diri daripadanya. Sedikit demi sedikit..aku memutuskan pertalian yang pernah wujud antara kami. Nombor handphone aku pun telah di tukar. Begitu juga dengan facebook aku. Sengaja. Aku benar-benar ingin menjauhkan diriku daripadanya. Aku sudah rimas dengan kekeliruan yang membelenggu aku selama ini. Biarlah dia hendak berfikir apa. Yang penting, aku akan dapat semula cinta Hani dan aku tidak akan menyakiti hati Hani lagi.
Lima bulan berlalu..
Dalam function Jelajah Bersama Nikon, di sebuah Hotel. Aku seperti biasa di jemput lagi. Ketika aku sedang leka membelek helaian risalah mengenai kamera Nikon, seseorang menyapaku.
“Assalammualaikum..”
Aku menoleh. Tergamam aku. Risalah ditanganku jatuh menyembah lantai bumi. Seorang wanita berwajah putih bersih dan ...ah, Aisyah!
“Waalaikummussalam..”
Jawabku antara dengar atau tidak. Aisyah terpacak dihadapanku dengan senyuman lebarnya. Mengapa hatiku berdebar-debar tatkala bertentang mata dengannya?.  Menurut Aisyah, dia cuma singgah sebentar untuk menghantar sampel gambar-gambar kepada penganjur. Dengan pertemuan yang singkat itu, wajah , senyuman dan tutur lembut Aisyah mula bermain-main di fikiran dan di mata hatiku. Mengapa Aisyah begitu tenang dan lansung tidak memarahiku?. Sedangkan aku yang menjauh daripadanya dahulu. Aku sungguh-sungguh rasa bersalah terhadapnya.
Dalam pada masa itu juga, Hani menghubungiku..
“Awak, saya minta maaf. Puas saya didik hati saya untuk merasa cinta seperti dahulu pada awak..namun, saya gagal. Saya mampu mengucapkan saya suka pada awak.Tapi, bukan saya cinta pada awak. Maafkan saya. Tiada alasan yang kuat untuk semua kata-kata ini, namun, saya ingin awak tahu..hati saya bukan untuk awak lagi.Maafkan saya..”
Sungguh, aku tergamam!. Sesegera itu terasa hatiku di tumbuk bertubi-tubi!. Patutlah dia tidak menghubungiku selama dua hari. Rupa-rupanya, begini yang akan berlaku. Mengapa??. Sungguh aku tidak mengerti apa yang ‘wanita’ sedang fikirkan.
Rasa kesakitan ini semakin meghiris hati tatkala satu gambar seorang wanita yang berpakaian pengantin sedang mencium tangan seorang lelaki yang sedang ditayangkan di hadapan skrin besar di hadapanku. Terlopong mulutku melihat wajah jernih wanita itu. Ada sedikit air mata di pipi gebunya. Aku mengamati gambar itu sepuas-puasnya. Semakin aku amati...semakin.... Astaghfirullahala’zim.. Aisyah!
“Ini merupakan sempel gambar akad nikah salah seorang Duta Nikon kita iaitu Puan Nur Aisyah baru-baru ini. Gambar ini telah diambil oleh Saudara Darius Awen. Untuk makluman, gambar ini telah dihantar ke Festival Fotografi  Kebangsaan untuk di pertandingkan.Dan, Tahniah di ucapkan kepada Saudara Darius Awen kerana telah memenangi Anugerah Foto Cemerlang Kebangsaan.”
Aisyah...
Tanpa di sedari..airmataku menitis jua. Dalam satu hari, aku telah kehilangan dua wanita yang sungguh bermakna didalam hidupku selama ini.
 “Manusia sering takbur, kan?. Manusia selalunya tidak sedar akan kalammullah . Saya tidak berani berkata seperti itu. Masa depan kita penuh dengan ketidakpastian”. 

p/s : Masa depan penuh dengan ketidak pastian.

0 ulasan: