RSS

Thursday 22 March 2012

Pohon Ketapang

Suatu hari, telah tiba musim kering. Daun-daun ketapang melayang dan terbang. Satu darinya hinggap di keningku. Dan katie, seorang gadis kecil enam tahun menarik lengan bajuku,
"Kenapa daun mestikering, cikgu?
"Dianhidup, Katie"
"Kita akan kering, cikgu?"
Kita akan mati, katie!"

Anak kecil itu masih mengira-ngira dan bertanya lagi.
"Tiga hari dulu, Fifi saya mati dan kakak menanamnya di hujung taman sudut rimbun bunga orkid mama, saya menangis, cikgu!"
"Itulah hidup, katie."
Tidak, anak kucing saya mati cikgu!"
"Kerana dia hidup , Katie."

Katie tidak bertanya lagi.
Dia berlari sambil menghirup udara panas itu. Lalu bersama mengutip daun ketapang kering. Mimi, Aton, Sihan, Colin, Aruna, Tam Peng terus berlumba-lumba mengutip daun-daun kering.
"Kata cikgu, daun-daun kering ini akan dihidupkan",
"Akan Mimi buat rumah dengan warna merah, kucing kelabu",
"Akan Aton jadikan kapal layar, kapal perang."

"Hei, kemari semua." Aku memanggil kanak-kanak itu untuk berkumpul di bawah pohon ketapang tua. Bunga kecubung, tanaman, tumput tinggi di sekitar kawasan telah dijelajahi oleh kumpulan kanak-kanak itu.Aton bergayut pada tali panjang yang sengaja disangkutkan pada tali pohon. Tiba-tiba mata menjurus kearah Jalan Parlimen. Suara motosikal yang melaung kuat itu meninggalkan kesan untuk semuanya menoleh serentak , kemudian berpaling kembali bila bunyi itu mereda.
"Akan saya buat kereta menteri dengan warna merah juga",
Mimi tiba-tiba mendengus.
"Kata abang kereta menteri ada T.V"
"Itu tidak penting, kereta menteri tidak merah dan jangan lupa benderanya!" Aton lebih bangga dengan pengetahuannya tentang warna.

Hari masih panas, daun ketapang berteraburan dan berlonggokkering.
"Daun meratai juga boleh dilukis cikgu?"
"Boleh",
"Siput babi, cikgu?",
"Juga boleh"

Kanak-kanak itu terus liar dengan ilusi dan cita mereka.
"Nanti Sihun beritahu ayah, akan buat rumah atas batu, batu laut, batu sungai, batu gunung..."

Kelas seni melukisku bermula, dan kanak-kanak itu hidup dengan warna.







0 ulasan: