RSS

Friday 23 March 2012

Rasulullah Contoh Ikutan

Assalammualaikum..
Allahhumma solli a'la Sayidina Muhammad wa a'la ali Sayidina Muhammad.

Kini, arus pembangunan negara semakin canggih dan amat menggalakkan di pelbagai sudut. Islam sangat berbangga dan menggalakkan umatnya bekerja keras dalam menhejar arus pembangunan dunia. Namun, dalam mencari kemajuan diri biarlah seimbang di antara pembangunan dunia dan akhirat.

       Jom tinjau kehidupan Rasulullah, baginda juga mampu menawan dunia. Pada ketika itu musuh-musuh Islam iaitu orang-orang Rom dan Parsi telah tunduk kepada kekuasaan agama Islam.Islam menjadi kuat dengan ketaqwaan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka dijadikan contoh oleh umat manusia ketika itu. Tetapi kini, mereka sudah tiada lagi. Namun sejarah telah mencatit keagungan mereka melalui buku-buku sejarah.

         Dunia ni hanya pinjaman semata-mata. Tiada seorang manusia pun yang akan kekal menongkat dunia yang fana ini. Suatu ketika nanti, kita akan pulang ke alam akhirat. Di manakah bekalan kita untuk menghadapi persoalan kubur, pertanyaan Mungkar dan Nankir, kesesakan di Padang Mahsyar dan sebagainya yang berkaitan dengan alam akhirat.

          Justeru itu, berbekallah kita. Allah telah menciptakan manusia, dengan sebaik-baik kejadian. Kembali kita dengan peraturan dari Allah dan mengambil Rasulullah untuk dijadikan contoh dalam kehidupan! Semoga kita beroleh kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat!. InsyaAllah..

Rasulullah bersabda:
"Wahai sekalian umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-NYA. Kerana itu bertaqwalah kalian kepadaNYA dan taatlah segala hukum hakamNYA. Ku wariskan dua pusaka buat kalian. Jika kedua-dua pusaka itu benar-benar dipegang, nescaya kalian tidak akan pernah tersesat selama-lamanya. Kedua-dua pusaka itu adalah Al-Quran dan Sunnah Rasul. Barang siapa yang mencinta Sunnah ku bererti mencintai aku. Dan barang siapa mencintai aku, kelak akan bersama-samaku di dalam syurga"


0 ulasan: