Assalammualaikum dan salam sejahtera!
Awal pagi biasanya apa kita akan lakukan? Rutinnya, pengisian jasad dilaksanakan terlebih dahulu. Bangun pagi, mandi,pakai baju, sarapan pagi kemudian turun kerja/ke sekolah/ sebagainya. Itu badaniahnya. Yang batiniahnya pula bagaimana?. Roh. Roh kita sudah 'bangun' ke tak?. Pentingnya pengisian rohaniah dalam kehidupan. Semuanya bermula saat kita mencerlangkan mata, sehinggalah kita menutupkan mata (tidur malam).
Pernah dengar?
Permulaan hari yang baik akan menceriakan seluruh hari
tersebut. Seandainya hari di mulakan dengan jiwa yang tidak menyenangkan sudah
pasti akan menyuramkan hari yang bakal dilalui. Sebaik
sahaja mata terbuka, jom,tersenyum sendiri untuk seketika. Itulah amalan yang biasannya dilakukan
hari-hari. Yakinlah, hari yang dimulakan dengan senyuman akan menjadikan
diri kita bersemangat untuk memulakan kehidupan. Rugi kiranya membiarakan
hari-hari yang ada dipenuhi dengan agenda kehidupan yang suram.
p/s : Jangan lupa amalkan doa-doa harian dalam kehidupan kita.
0 ulasan:
Post a Comment