RSS

Wednesday 28 March 2012

Cinta Suamiku

Ya Allah..tidak tertanggung lagi rasa pedih di hati ini. Kenapa harusnya ada cinta, dan seterusnya cinta ini tergantung sebegitu sahaja?. Di manakah dia??. Sebulan sudah berlalu..Kekasihku masih tidak kunjung tiba. Tidak aku sangka, perbalahan kecil itu mengundang kecelakaan seperti ini.Dalam senyum, terkandung seribu kedukaan di hati..Aku teruskan jua kehidupan ini walaupun jiwa sentiasa di selubungi rindu.
Dua bulan berlalu..
Dia masih tidak kunjung tiba. Aku tidak tahu apakah yang telah berlaku terhadapnya. Hanya pada Allah ku luahkan segala-galanya..hatiku tetap menunggu..kenangan antara kami tidak akan sama sekali ku biarkan pudar!
Tiga bulan!
Aku semakin pasrah..andai ini takdir untuk kami. Hati ku parah.Tetapi,ku teruskan jua!. Sehinggalah aku dipertemukan dengan seorang lelaki yang entah darimana datangnya. Aku senang berkawan dengannya. Mungkin kerana kekecewaan yang terlampau, tanpa sedarku..aku menghulurkan jari manisku tatkala sebentuk cincin emas bertahtakan permata di sarungkan!. Hatiku keliru..Ya Allah...mengapa semua ini berlaku dengan begitu cepat sekali?. Aku bakal dimiliki oleh sesorang yang tidak aku kenali tidak lama lagi!. Aku seolah-olah seperti boneka sekarang!. Jasadku bersanding dengan abang di pelamin nan indah. Namun, jiwa ku terbang jauh bersama kenangan cintaku. Ah, aku sudah menjadi isteri orang dalam masa yang sungguh singkat! Percaturan hidup apakah yang sudah ku alami sekarang?. Hatiku merintih..Aku tidak mencintai abang..aku hanya mencintai kekasihku.. Dimana kau..?? Tahukah kau bahawa aku derita sekarang??
Dapatkah  dibayangkan bagaimana rasanya hidup bersama dengan seseorang yang tidak di cintai dan seterusnya menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepadanya??. Perit rasanya!.
Tahun pertama pernikahan,
Aku masih ingat kata-kata Ummi, jangan derhaka dengan suami. Benar! Aku tidak derhaka. Aku layan segala kemahuannya. Makan minumnya aku sediakan sepertimana seorang isteri. Aku sayangkan suami ku kerana sikap penyabarnya dalam melayan karenah dinginku. Tapi,maafkan aku abang..hati dan cinta ini masih  bukan untuk dirimu.
Aku disahkan mengandung!
Abanglah yang paling bahagia. Tersentuh hatiku apabila melihat dia mengusap dan mengucup lembut perutku yang semakin membuncit. Abang menjagaku dengan begitu baik sekali. Tetapi, kenapa hati ini masih jua tidak dapat menyintainya?. Acapkali aku keseorangan..kenangan bersama kekasihku itulah yang sering menemaniku. Merintih lagi..Dimanakah kau? Jangan kau siksa aku!. Namun, abang masih sabar..”Abang cintakan isteri abang dengan sepnuh hati abang..”
Aku selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sungguh comel. Putih bersih wajahnya. Abang terkejut tatkala aku ingin meanamakan puetera sulung kami dengan nama Iman Danial!. Nama kekasih hati yang sangat-sangat aku rindui. Abang tahu, aku masih belum dapat lupakan kekasihku itu. Respon abang melegakan hatiku apabila dia mengangguk dan tersenyum. “Semoga kehadiran Iman akan menambahkan lagi rasa cinta awak terhadap saya”. Terkedu aku mendengarnya!
Hari berlalu..
Iman semakin membesar. Namun, hatiku masih tidak dapat melupakan kekasihku itu?. Buntu!. Kenapa rasa cinta ini terlalu dalam?. Ya Allah,rasa derhaka apabila mengabaikan rasa cinta suami. Apa dayaku?.Semenjak kehadiran Iman, aku semakin sensetif. Iman ku jaga dan ku lindung sepenuh hati. Aku hidup dengan nama iman dan cinta Iman;kekasihku. Sedikit sebanyak, layanan ku terhadap abang berkurangan.Namun, abang tetap melayanku dengan sabar..
Iman sudah berumur 4 tahun.
Ah, cinta! Kenapa aku menjadi hamba cinta yang tidak pernah wujud?. Bodoh dan derhakanya aku.. seperti biasa, aku dan abang pergi menjemput Iman dari Taska. Abang menyuruhku duduk sahaja kedalam kereta kerana hari itu badanku terasa kurang enak. Dari kejauhan, aku melihat Iman melambaikan tangannya kearah abang. “Iman, jangan melintas dulu..” Kata abang..Namun, tanpa menoleh kekiri kekanan, Iman melangkah dengan melulu.
IMANNN!!!
Aku yang sedang berada di dalam kereta disaat itu terpinga-pinga..Suara abang begitu cemas sekali. Astghfirullahhala’zim..!!!
Iman menangis di sisi jalan apabila melihat ayahnya terbaring longlai dengan berlumuran darah.
Abang sempat dibawa kehospital. Rasa simpati dan bersalah menyelinap diruang hatiku. Wajah abang aku tenung dalam-dalam..Lima tahun aku hidup bersamanya..dan dia sanggup berkorban apa sahaja demi aku dan Iman.
Sebelum ke Hospital petang itu, tiba-tiba hatiku tertarik untuk membuka laci meja dimana tempat abang sering meluangkan masanya tatkala aku sedang berseronok melayan karenah Iman.
“Sayang, pertemuan dengan mu menyebabkan abang buta. Kali Pertama memandang matamu, abang telah jatuh cinta. Abang tahu, kehadiran abang dalam hatimu sekadar melukut ditepian. Seolah-olah sandaran pada cintamu terhadap Iman Danial. Abang tahu, cintamu terhadapa Iman Danial terlalu mendalam dan tidak mungkin akan menjadi milik abang sampai bila-bila. Namun, Allah telah menjodohkan kita dan itu membuatkan abang yakin bahawa sayang perlukan abang dan abang perlukan sayang. Allah satukan cinta abang untuk mu meski abang tahu..abang hanya bertepuk sebelah tangan. Abang cuba bersabar. Abang yakin, suatu hari nanti abang akan mendapat cinta daripada sayang. Kehadiran Iman semakin menggugat hati abang. Namun, abang mampu berfikiran waras..Iman adalah anak kita. Hasil perkongsian hidup kita. Abang redha.Dan abang sayangkan Iman lebih daripada sayang menyayanginya. Jagalah Iman dengan baik. Didiklah dia dengan didikan agama yang secukupnya. Izinkan abang mencintai sayang. Hati abang hanya untuk sayang..”
         Air mataku terburai di pipi. Badan ku menggeletar. Dingin dan sejuk. Seolah-olah terkena tamparan hidup yang amat menyakitkan. Inilah hidup ku! Abang adalah hidupku yang sebenar-benarnya. Bukan kekasih hati yang pergi entah kemana! Abang, sayang berdosa. Terlalu banyak dosa sayang pada abang..
Dengan sesegera mungkin, aku menapak untuk mendapatkan abang yang sedang menanti kasihku penuh sabar di Hospital. Abang, tunggu sayang. Sayang akan perbetulkan segala-galanya yang penah sayang sia-siakan bersama abang selama ini. Ampunkan sayang! Ampunkan sayang!
Nun, di hujung jalan sana, aku melihat masa depanku bersama suami dan anak kesayanganku. Semoga  kebahagiaan ini menjadi milik kami. Semoga hatinya tetap menjadi milikku selamanya dan aku tidak akan mensia-siakannya lagi. Ya Allah, selamatkanlah suami ku..
Air mata ini kering di cuping mata. Aku menghampiri abang dengan hati yang sunggu bersalah. Wajah  lembut dan tenangnya aku ratap penuh dosa. Aku pendosa yang nyata! Abang, sedarlah. Sayang ingin tebus silap dan dosa sayang selama ini. Bukalah mata, abang!
Tanganku menggenggam erat jari jemarinya. Ya Allah, lelaki ini adalah suamiku. Lelaki ini mencintai aku sepenuh hatinya. Lelaki ini sanggup berkoban nyawanya demi ku. Lelaki ini sabar melayan karenahku. Lelaki ini...adalah sebenar-benar cinta yang KAU anugerahkan padaku. Butanya aku selama ini!
         Dalam esak tangisku , ku rasakan tangan abang bergerak dan membalas genggaman tanganku. Alangkah bahagianya hatiku di ketika itu. Dengan pantas, aku mendakap erat tubuh lemahnya. Bibirku berketar ingin memohan ampun. Namun, sendu ku mengatasi segalanya. Sayup kedengaran suara abang di cuping telingaku mengucapkan kalimah..
“Alhamdulillah..”
Dan , aku terus menerus mendakap jasad itu. Tidak akan aku lepaskan lagi kerana inilah cintaku...Suami ku...






p/s ::Hargailah sesuatu itu sebelum ia pergi. Tidak rugi menghargai sesuatu yang tidak kita sukai kerana, di sebalik perasaan TIDAK SUKA itu, Allah selitkan secubit perasaan didalamnya

** Jadilah isteri yang baik.. ^_^

0 ulasan: