RSS

Wednesday 1 January 2014

Goodbye 2013, Welcome 2014!!!



Bismillahirahmanirrahim..

Assalammualaikum,



Aku menggaru kening sebelah kananku. Otakku ligat sekarang. Oh, peti! Ya..Peti. Lantas aku berlari anak menunuju ke bilik memori. Seketika, aku terpunduk diam. Memandang bilik memori dengan perasaan yang bercampur baur. Di hujung sana, peti yang berlabel 1987. Ia tersusun rapi..mengikut tahun...sehinggalah sekarang, tahun 2013. Aku menarik peti 2013, dan satu peti kosong. Maka dengan itu aku bersusah payah menarik peti-peti itu keluar dari bilik memori. Bilik memori ku tutup rapat. Ku kunci.

Di ruangan bilik,
aku membuka peti 2013.Kenapa?? saja-saja..hendak melihat semula isi di dalamnya. Mencari makna diri, siapa aku dlm tahun 2013. Aku ingin bermuhasabah. Selajur, ku buka sehelai demi sehelai helaian hidup. 

Awal Januari,
Bulan ke 2, aku menjadi tanggungjawab yang sah buat suamiku. Malah, tahun ke 2 aku mendiami rumah mentuaku. Rentetannya, bercampur aduk. Seketika, mentari menyinar menerobosi ruangan hati lalu melahirkan sang suria yang tersenyum bahagia. Terkadang, awan kelabu berarak mendung mengatapi denai jiwa yang rapuh. Tiap kali, langkah tersadung batu, tiap kali jua diri terjelepuk di gaung hitam...walau mendatang luka, namun, ia segera terubati. Laksana, kuasa magis yang menyembuhkan luka berdarah. Syukur..Setiap satu daripadanya mampu diatasi walupun terkadang, diri hampir-hampir menjurus kepada berputus asa. Allahu Rabbii... Aku berpegang kepada satu prinsip, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolomg..Alhamdulillah..dari masa ke semasa..bangkit walupun sakit, ia mampu membina kejituan hati yang mkin kental. Alhamdulillah, segalanya ilham dari Allah jua.

Dalam perjalanan itu,
tersisip kisah indah bersama keluarga tercinta. Kasih sayang mak dan apak yang tak pernah berbelah bahagi kepada 8 orang putra dan putrinya. Pengorbanan cinta dan kasih sayang mak dan pak, tak mampu aku balas walau dalam akhirat sekalipun. Mereka pejuang kasih sayang yang sbeenar. Walau kami anak-anaknya, masing-masing sudah punyai keluarga sendiri, cinta dan kasih sayang mereka sangat mekar dlm hati. Apak dengan ketegasannya dalam pimpinan rumah tangga sering menyentuh hal keagaamaan. Berusaha merangkul bahu kami, juga menantunya untuk sama-sama berdiri dalam jemaah.Mak dengan lemah lembutnya, yang sering mengingati kami, puteri-puterinya tentang adab seorang isteri.Tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.. Alhamdulillah, bila mampir ke rumah mak, jarang sekali tidak menunaikan solat berjemaah, kerana apa sangat tegas dalam urusan solat. Alhamdulillah.

Tidak ketinggalan, ibu bapa mentua yang sangat mengasihi diri ini seadaanya seperti mengasihi anak kandung sendiri. Walau diri ini tidak mampu melakukan yang terbaik, namun, diri ini ingin berusaha menjadi yang solehah untuk suami terutamanya,juga kepada mereka. Kebaikkan mereka tak mampu juga untuk ku balas walau di alam akhirat sekalipun. Sesungguhnya, pertemuan ku bersama ahli keluarga ini adalah anugerah terindah dalam hidup. Maafkan aku, terkadang, aku bukan suri yang sempurna.Mungkin kerana rentetan ku sebagai wanita yang berkerjaya menyukarkan aku untuk menumpukan perhatian pada mereka. Maaf, aku bukan wanita yang kental hatinya..mampu menerima tujahan berupa pengjaran dalam lafas yang agak keras..sesekali tergores jua..kerana aku.......wanitaaaaaaaa yang cukup lemah. Namun, ribuan terima kasih yang tidak terhingga, mereka banyak mengajar aku erti suri yang sebenar. Dalam diam, aku sedang mengamati lalu ku garap sebagai pengajaran yang sangat berguna. Alhamdulillah..Terima kasih, ya Allah..

Masih segar dalam ingatan, percutian bersama keluarga mentua di Pontianak, Indonesia. Alhamdulillah, berkesempatan.

Awal September,
aku melangkah sebagai wanita yang punyai komitmen yang bertambah. Yakni, sebagai pelajar separuh masa di Open Universiti Malaysia yang berpusat di Kuching.Bertambah komitmen, maka, bertambah jualah tanggungjawab. Sebagai isteri, menantu, anak, penjawat awam,juga sebagai pelajar. Kenapa aku belajar semula?. Itu impianku..sekurang-kurangnya ijazah dalam tangan. Master, phd InsyaAllah, kalau diizinkan. Sekian lama ingin menyambung semula pengajian yang terbengkalai, akhirnya Allah membuka pintu rezeki dan juga pintu hati untuk belajar semuala. Di OUM, aku adalah seorang pelajar dalam bidang Bachelor of Education (Education Administration) with honours.Sokongan yang jitu dari suami adalah satu aspirasi dalam jiwa. Keluarga kandungku terutamanya, juga keluarga mentua mengizinkan perjuangan ku. Alhamdulillah. Semoga, dalam langkah ku menimba ilmu, akan dipermudahkan oleh Allah...Amin.

Pertengahan Oktober,
aku, kami...di uji lagi. Kebahagian dalam pernantian untuk menjadi ayah dan mama seakan tergugat. Aku di sahkan mengandung diluar rahim. Setelah menanggung keperitan dan kesakitan seorang diri, akhirnya aku dibedah dan sebelah tiup fallapio ku di potong. Dugaan yang terasa amat sukar untuk ku tempuhi. Hanya mampu berserah dan berfikiran positif. Allah itu Maha Penyayang. DIA akan makbulkan jua doakan untuk menjadi seorang mama suatu hari nanti. Suami ku adalah tongkat ketabahanku. Tanpa dia disisi, mungkin aku luluh .Mungkin aku hancur.Hampir aku berpaling dari landasan sebenar dek fobia yang menghurung jiwa, namun..bisikan lembut nurani ini agar redha tidak pernah jemu. Syukur, dalam redha, aku pasrah. Menyerah segala ketentuan hidup ini dengan serela hati. Aku ini milik Allah. Anakku juga milik Allah. Bukan rezeki dia untuk melihat dunia melalui rahimku, dan bukan rezeki aku juga untuk menyusukan dia, mendidik dia dan melihat dia besar dewasa. Bukan..semua itu sudah percaturan Allah untuk hidupku. Dan, deminyawaku dalam genggaman-NYA aku akan meneruskan hidup ini. Dengan harapan, suatu hari nanti..aku dapat merasa bagaimana menjadi seorang mama untuk anak kandung sendiri hasil perkongsian hidup dengan lalaki yang bernama, Muhammad Azalan Bin Buang. InsyaAllah.

Penghujung November,
Nenek, yakni nenek kepada suami ku kembali kerahmatullah. Ala-fatihah untuk arwah nenek, wanita yang sangat kental hatinya. Seorang ibu yang sangat kuat jiwanya. Syukur alhamdulillah, kerana Allah pertemukan aku dan suami dengan nenek sebelum nenek menutup mata buat selama-lamanya.Smg roh nenek dicucuri rahmat dan di tempatkan disisi orang-orang yang soleh dan solehah di sana. Sungguh, mati itu pasti...hidup itu INSYAALLAH!. Demi nyawa dalam genggamannya..demi urusan dalam tangannya..aku adalah hamba yang kerdil, tidak punyai apa-apa. Kembaliku nanti, kepada Allah jua, pemilik alam semesta raya ini. Allahuakhbar!


Dan Sekarang,
Aku mengulum senyum. Menyeka setitik mutiara yang berkaca di tubir mata. Sungguh, hidup ini amat indah untuk di nikmati. Sungguh, hidup ini terlalu banyak mengajar untuk menjadi seorang hamba..dan, sungguh, hidup ini penuh dengan ketidak pastian. Masa depanku samar di hadapan, namun, aku harus melangkah. Menapak perlahan untuk mengecapi redha Illahi. Smg Allah redha akan perjalananku suami isteri, juga mereka-mereka yang sangat ku sayangi.

Aku menutup helaian 2013 dalam nafas yang mendatar. Alhamdulillah. Sampai sekarang, Allah masih izinkan aku untuk terus hidup di dunia yang smentara ini bersama dengan suami tercinta, keluarga tersayang, sahabat yang di hormati..dan semuanya yang berada di sisiku.Alhamdulillah, sampai waktu...kami akan pulang ke dunia yang kekal abadi. Semoga di syurga sana, aku menjadi ketua bidadari untuk suamiku. Allah humma aaminnn..

Peti 2013 ku tutup. ku kunci rapat. Apa pun yang terjadi padaku selama ini, itu adalah proses pendewasaan. Diama, ia mengajar aku untuk lebih matang, tabah dan lebih kental meneruskan hidup. Aku masukkan semula peti 2013 ke dalam bilik memori. Ya...bilik ini...terlampaubanyak menyimpan kisah hidup. Dan sekarang, bilik ini ku akan kunci jua.

Di hadapanku, sebuah peti kosong sedang menunggu. Ya..perjalanan bermula lagi. Pengembaraan pun bermula. Dalam perjalanan mengenal diri, mencari kebahagiaan...dunia dan akhirat. Lalu, ku label peti ini dengan....

2014!

Welcome 2014. Sekarang aku berada di dalam mu. Semoga aku lebih kental dan kuat menghadpi dugaan dan cabaran hidup selepas ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku..urusan kam..

Goodbye 2013!



~Sekian~

0 ulasan: