RSS

Thursday 14 February 2013

✿ Aku, My Son, Adik Dan Adinda ✿


Assalammualaikum,

Pertemuan telah ditakdirkan,
antara kita tidak pernah dirancangkan,
manalah takdir hendak di lawan
semuanya ketentuan Tuhan..


Perkenalan yang sungguh-sungguh tak dirancang. Bersuai kenal dengan mereka dalam titik kisah yang tersendiri. Suka untuk aku katakan...ianya atas jalinan ukhwah yang sedang bertaut di hati. Kerana Allah Ta'ala.

Wahai sahabat sematkan semua kenangan
yang telah bersama-sama kita lalui,
suka dan duka memburu impian
moga teguhnya ikatan ini..


Sejujurnya, berkenalan dengan adik ku Ezzah Ubaidah yakni suka ku panggil dengan "My Son" adalah bermula daripada muka buku juga. Alhamdulillah.. sedetik demi sedetik dalam ketikkan masa perkenalan, membuahkan rasa sayang dan tanggungjawab terhadapnya. Perwatakkan cukup menarik. Teguh dan bijaksana. Terkadang, membuatku berfikir, matang..bukan di kira melalui usia, namun, matang adalah dilihat  dari segi pemikiran. Ya. Dia cukup matang. Berbanding diriku yang terkadang bsikap ke anak-anakkan. Ngeh3... ^_^


Sahabat yang sangat ku kasihi,
susah senang kau disampingku
kehadiran dikau disisi
mengubat sepi di hatiku..


Tak lupa pada adikku.. Khadijah.. Ku kira, Ramadhan tahun lepas aku mengenalinya. Namun, mungkin timbul keserasian menyebabkan aku senang bergurau senda bersamanya. Dia periang. Malah sentiasa membuatku ketawa. Walaupun aku dah kawen, tapi, dia ringan tangan menaip msej bertanya khabar kadang kala padaku. Huhu...rasa nak cubit-cubit jak pipi si kenit nih. Semoga kekallah ke Jannah akhirnya ukhwah ini. insyaAllah.. ^_^


Sorang lagi..si cute miut... Nurr Azleenda (Err....betoi ka dak aku taip nama budak tomei nih).. Hehe..lebih senang ku panggil adinda.. Heheh...berkenalan dari muka buku jugak asalnya (Sebenarnya). Namun, baru jer bersua muka tahun lepas. Wakakak...selepas join majlis Ilmu.. Alhamdulillah , talian ukhwah ini terus terpaut menyebabkan aku jatuh sayang dengan budak tomei nih. Hahah..,nampak jer macam ahli tinju yang ada "blackbelt"..tapi, dalam hati, ada taman taw. hahaha.. ^_^


Sahabat yang amat ku cintai
susah senang kau di sampingku
walau kini hilang di mata
namun kau tetap di hati ku...


Walau kini hilang di mata, namun tetap di hatiku...cewwaahhh...jiwang apokah?? Ya.ya..ya..semua jauh....My Son jauh..nimba ilmu sambung degree di UNIMAS. Adik pun nimba ilmu jugak..kat Segamat, Johor. Adinda?? hehe...dia dekat...dekat di mata, jua dekat di hati. Apa tak nya, rumah tak jauh. Haha..tp, jarang-jarang la bersua muka. Heee..tak apa, ada FB, LINE, WHATSAPP, CUBIE,INSTAGRAM,TWEETER...heheh...masih boleh berhubung lagi. Alhamdulillah, Allah bagi kemudahan untuk kita semua, kan??

Ohoo...bertuahnya ku rasa, 
mendapat teman sepertimu
membimbing menasihatiku
hanya satu dalam beribu...

Ohohohoho...bertuah sangat. Syukur ya Allah. Mereka di takdirkan untuk menjadi sebahagian dalam hidupku. My Son, Adik dan Adinda...kiranya akak yang agak sot dan jahil ini pernah menegur atau pernah mengecilkan hati korang, akak mintak maaf banyak2. Akak tegur demi kebaikan. InsyaAllah.. dan akak nasihat di samping menasihati akak sendiri. Emmmphh...siapalah akak untuk menasihati dan menegur, kan?. Ilmu pun takat STPM jer. Jahil lagi. Maf..maaf..maaf...akak tegur tanda sayang. Lansung tak berniat hendak mengecilkan hati korang. Huhuhu...maaf yer atas kekurangan akak yang sot bagai ni..

Dan,
tegurlah..nasihatilah akak yang seringkali buat silap, alpa , cuai dan tak tau reti ni.. InsyaALLAH, akak akan terima dan ambik yang baik2 sebagai pedoman dan yg tak baik akan akak perbaiki. Semoga kita sama-sama istiqamah dalam mencari redha Allah.Akak sayang korang kerana Allah Ta'ala.. ^_^

Sahabat yang amat ku cintai
susah senang kau di sampingku
walau kini hilang di mata
namun kau tetap di hati ku...


Namun kini hanyalah tinggal kenangan
pertemuan kita dilamar perpisahan
 kemesraan bermekar di akhir pertemuan
sayup menitiskan airmataku..

Lirik last ni, menyebabkan aku sering teringatkan bff aku yang dah lama lost contact. Hurm...Nur Sheda. Meski jauh..namun, nilai persahabat yang pernah terjalin ukuh antara kita tak pernah terputus. Semoga berbahagia kau bersama suami tersayang. Moga cepat dikurniakan cahaya mata. InsyaAllah..kita merancang, Allah yang melaksana..



#Sumber Gambar : Gambar time kitorang pi jalan-jalan.. Lama dah aku tak jejalan pas bergelar isteri ni. Alhamdulillah, Allah permudahkan pertemuan kami pada hari tu setelah lama merancang untuk berjumpa. Semoga akan ada lagi " Hari " itu untuk kita. InsyaAllah.. ^_^


0 ulasan: