Assalammualaikum,
Aku melihat kalendar yang berada di skrin handphone. 12 Mei.. bermakna, sudah seminggu berlalu. Dadaku terasa mulai sesak dan berat. Entah mengapa air mata mulai mengalir perlahan di pipi.
"Oh hati...tolonglah jangan bersedih. Bukankah begini lebih baik untuk mu sekarang? Janganlah...hentikan kesayuan dan kepiluan ini. Bersabarlah."
Aku memujuk diri sendiri. Namun , hati ini kian rawan. Makin terasa pilu. Aku benar-benar rasa tidak berdaya. Allahurabbi....aku benar-benar tidak berdaya. Mengalir laju mutiara jernih ini menuruni denai pipiku. Bagai empangan air yang retak berderai!
Sesekali, " Subhanallah, alhamdulillah, wala illaha illallah, Allahuakhbar!"
Sungguh, aku tidak ingin bersedih. Aku tidak mahu lemah kerana perkara seperti ini. Namun, apa dayaku, aku manusia lemah yang sungguh tipis imannya. Aku cuba memujuk hati ini...terus menerus. Akhirnya aku walah dalam rasa. Aku mengalah!. Pantas aku menghumbankan wajahku pada dada bantal berbentuk love yang berwarna ungu lembut itu.
Ah, aku rindu! Rindu sangat-sangat. Bantal ini...dia yang hadiahkan. Hati ku kian sebak. Terasa kenangan kami menerjah kontak memoriku tanpa aku jemput pun. Ianya silih berganti bagai tayangan slide pada hamparan putih. Ya Allah, mengapa teramat sukar rindu ini untuk ku simpan diam-diam dalam lubuk hati?
Seminggu dah. Dahulunya tidak begini, meski jarang berhubung, namun dalam sehari mesti ada sekali untuk bertanya khabar. Hari ini, hatiku goyah. Aku tidak mampu menanggung rasa rindu ini seorang diri. Aku cuba hubungi dia, namun, panggilanku lansung tidak diendahkan.
"Assalammualaikum, maafkan saya kiranya saya menyakiti hati awak sehinggakan awak lansung tidak mahu mengangkat panggilan saya."
Ringan sedikit bebanan ku. Namun, agak lama untuk dia membalas mesej ku. Aku cuba bersabar. Bersabar dan terus bersabar.
2 jam berlalu..
"Awak tidak salah. Saya yang salah."
Mengalir lagi air mataku. Ya Allah, apakah yang dia hendak sampaikan padaku?. Kenapa tidak berterus terang sahaja agar hati ku tidak merasa terhimpit dan terseksa sebegini?. Apa sebenarnya yang berlaku pada dirinya?
"Apa yang cuba awak sampaikan?. Berterus teranglah. Berilah penjelasan agar saya mengerti. InsyaAllah, saya sedia untuk faham."
Namun, pertanyaan ku tidak mencapai kemuncak pada segala jawapannya. Ianya tetap dihiasi dengan seribu tanda soal yang aku rasakan mulai mengacah dan berlegar-legar tanpa pedoman. Allahurabbi..mengapa dia tinggalkan aku dengan pertanyaan sebegini?
Sekali lagi aku mengalah. Mengalah pada rasa yang entah apa yang ia mahukan. Nondeng hatiku dibawa pilu bersama semilir malam yang membungkam kamar jiwaku. Sesekali, telingaku menangkap bunyi lagu "Terukir di bintang" nyanyia Yuna menerusi corong radio yang yang dipasang oleh adik. Air mataku menjadi kaku di pipi. Sejuk dan dingin.
"Saya suka lagu ni. Bila dengar dan hayati...hati saya teringatkan awak."
"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu. Tapi, sayang kan ku capai bintang dari langit untuk mu. Jika engkau minta satu dunia, akan aku cuba. Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia. Hati ini bukan milik ku lagi, seribu tahun pun akan ku nantikan, kamu. Sayangku jangan kau persoalkan siapa di hatiku. Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu.."
Ya Allah, di mana lagi aku hendak mencari kekuatan untuk ku paut dan sandarkan hatiku yang kian tidak keruan ini?. Atau aku yang tidak mengikhlaskan segalanya terjadi padaku. Aku cuba untuk berdiri di dunia nyataku. Aku tidak ingin lagi hanyut dalam lautan kesepian yang tiada tebingan ini. Nauzubillah...Astaghfirullah...Ya Allah, tolonglah aku. Pimpinlah hatiku untuk merasa kedamaian dan ketenangan. Aku tidak ingin menambahkan dosa ku pada rasa yang belum halal dan sah untuk ku miliki ini.
Perlahan aku menapak untuk berwuduk, dan seterusnya menunaikan solat tahajjud. Hati ku terdetik untuk melanjutkan tahajjudku pada Istiqarah, namun, aku tidak berdaya. Aku sendiri kurang mengerti. Namun, usai solatku, aku telah mencapai sedikit ketenangan, Aku bersimpuh pada sejadah ungu...ah, itu juga pemberiannya, dengan hati yang rapuh. Allah, aku tidak mampu menggapai ketenangan kiranya tanpa izinmu. Dan aku tidak sesekali akan berputus asa untuk meraih cinta dan kasih Mu. Ku sedar, aku terlampau obses menggenggam cinta lelaki ajnabi yang belum pernah halal untukku. Ampunkan dosaku Ya Allah...
Menangis dan menangis lagi. Teresak-esak...
Siang tadi aku menangis kerana tidak di pedulikan oleh kekasih ku. Menangis kerana dia tidak mempedulikan ku. Namun, malam ini...perasaan ini sungguh berlainan sekali. Aku menangis kerana Aku takut kehilangan cinta dan kasih Allah untukku. Aku takut, Allah memurkai aku dengan perasaan ku terhadap lelaki itu. Aku bersedih, Allah tidak menghiraukan aku. Allah...jangan...jangan Yarabbii...sungguh, aku tidak mampu hidup tanpa cinta dan kasih dariMU.
...Aku boleh hidup tanpa cinta manusia, namun aku tidak boleh hidup tanpa cinta Mu...
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau goncangkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Kurniakanlah kami rahmat dari sisi Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi"
"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang melampaui batas dan tetapkanlah pendirian kami serta tolonglah kami terhadap orang kafir."
Tahajjudku berakhir dengan senyuman kedamaian bersulamkan kehambaran.Namun, aku sudah cukup untuk redha. Alhamdulillah. Aku inginkan kedamain ini berkekalan abadi dalam hatiku. Aku akhiri tahajjudku dengan doa..
"Ya Allah, bagi MU segala puji. Engkaulah penegak langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi MU lah segala puji. Pemancar cahaya langit dan bumi. Bagi mu lah segala puji. Engkaulah yang hak dan janjiMU adalah benar dan perjumpaan-Mu itu hak, dan firmanMu adalah benar, syurga adalah hak, dan neraka adalah hak, dan nabi-nabi itu hak, dan Nabi Muhammad S.A.W adalah hak dan saat kiamat itu benar. Ya Allah. kepadaMU lah kami berserah diri (bertawakal). kepada Engkau jualah kami kembali dan kepada MU lah kami rindu dan kepada Engkaulah kami berhukum. Ampunilah kami atas kesalahan yang telah kami lakikan dan yang sebelumnya, baik yang kami sembunyikan mahupun yang kamu nyatakan. Engkaulah Tuhan Yang Terdahulu dan Tuhan Yang Terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau Allah Rabbul'alamin. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah."
Usai melipat telekung dan sejadah. Aku membuka diary ungu (pemberian dia) dengan dada yang lapang. Aku ikhlaskan segalanya berlaku padaku. Dan, aku yakin. Inilah yang terbaik untukku.
Catatan ku bermula..
Alhamdulillah. Aku dambakan kedamaian. Dan, aku peroleh ketenangan. Awak, terima kasih. Awak tidak perlu menjelaskan dan berterus terang. Tidak perlu. Saya akan cuba untuk mengerti justeru memahami. Mungkin ini yang terbaik untuk kita. Benarlah awak...kadang-kadang kita perlu lepaskan orang yang kita cintai kerana belum tentu ia ditakdirkan pula untuk kita. Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal itu amat baik pada mu, dan boleh jadi kamu amat menyukai sesuatu padahal itu amat buruk bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengetahui ( Al-Baqarah :216 )
Awak, seandainya benar ia ditakdirkan untuk kita pasti Allah Azza Wajalla akan menemukan dengan tertanamnya cinta, kasih dan sayang dan memberikan rasa yang lebih indah setelah akad dilafaskan. Saya redha andai ini ketetapan untuk kita. Maafkan saya kiranay saya terlalu banyak menyakiti hati awak selama ini. Maafkan saya kiranya saya terambil dan termakan hak awak. Halalkan segalanya untuk saya biar saya tenang untuk meneruskan kehidupan ini.
Awak, sukar untuk saya melepaskan cinta yang telah sekian lama bermukim dalam hati ini. Dan, saya sungguh tidak berdaya. Saya serahkan segalanya pada Allah agar dikuatkan hati saya...juga hati awak untuk mnempuhi dugaan ini. Saya teramat yakin, Allah adalah sebaik-baik pengatur buat kita. Awak, meskipun berat...saya terpaksa menyatakan kebenaran ini. Bahawasanya....
...Saya akan lepaskan awak...mulai saat ini dan saya akan sentiasa doakan kebahagian awak. Maafkan saya. saya bukan untuk awak. dan, awak bukan untuk saya. Sememangnya, kita milik Allah. Berdoalah untuk kita kiranay hati masih terlalu kuat untuk meneruskannya. Sekian kalinya, saya sayangkan awak...
Wassalam.
Nur Zahra Azha.
Catatan berakhir. Dalam sendu yang panjang, aku titipkan redha demi sekeping hati yang merindu. Demi tahajjud cinta ku.
Saturday, 12 May 2012
Thursday, 10 May 2012
Naskah Cinta Rasulullah
Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan yang menciptakan segala kejadian. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Muhammmad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.
Allahumasolli a'la Muhammad, Wa a'la ali Sayyidina Muhammad..
Film Naskah Cinta Rasulullah telah menjentik naluri saya. Seakan hati mula disayat pilu yang tiada penyudah. Terlebih dahulu, saya rakamkan jutaan terima kasih pada mereka yang telah menjayakan penghasilan Film pendek yang berunsurkan dakwah ini. Sebuah hasil karya Geng Penangkap Cahaya dengan terbitan Persatuan Guru Pelatih Islam IPG Kampus Perlis.
Alhamdulillah...sungguh bermanfaat sekali. Dan, saya memang tidak jemu untuk menontonnya bagi membantu hati tegar ini untuk lebih mencintai junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Allahuakhbar, jangan tutup mata hati kita untuk melihat cinta dan kasih Rasulullah pada kita.
Rasulullah diutuskan dengan tujuan menjadi contoh ikutan kepada umat manusia dan juga membawa rahmat dan kesejahteraan untuk alam seluruhnya. Inilah hakikatnya mengapa baginda diutuskan untuk umat manusia hinggalah keakhir zaman nanti.
Allah telah memelihara peribadinya daripada sebarang kesalahan dan cacat cela, agar dia menjadi contoh yang agung dan terbaik kepada seluruh umat manusia. Segala pemeliharaan itu menjadikan Rasulullah manusia yang paling tinggi akhlaknya. Sama ada akhlak dengan Allah mahupun sesama manusia.
Allah sendiri memuji Rasulullah di dalam Al-Quran dengan firmanNYA:
"Sesungguhnya engkau(Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat agung."-Surah Al-Qalam:4
Justeru itu, terbentuklah Rasulullah itu sebagai insan kamil yang menjadi lambang segala kebaikan. Rasulullah adalah manusia yang paling sempurna . Seluruh himpunan sifat baik ini dipakaikan oleh Allah pada diri Rasulullah.
Rasulullah pernah bersabda; "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemulian akhlak manusia" (Riwayat Malik).
Berbalik pada film tersebut,
Saya tertarik pada babak Aiman membaca surat yang dititipkan oleh Ain kepadanya.
"...namun, kerana cinta Ain pada Allah dan Rasul itu Ain perlu berubah untuk mengenal Allah dan Rasulullah. Arwah Abah Ain ada meninggalkan pesan kepada Ain, kata abah.." Sesuatu yang kita sangka baik tak semestinya terbaik buat kita kerana kita manusia. Ain harus selalu ingat bahawa Allah Yang Maha Mengetahui yang terbaik buat kita. Kalau Ain ingkar perintah Allah, Ain lupakan Rasulullah maka Ain tidak akan bertemu bahagia. Sesungguhnya, tidak ada manusia yang dapat lari dari kematian. Di Masyar Allah nanti tidak ada pengharapan lain yang ada melainkan syafaat Rasulullah. Menitis air mata Ain apabila membaca kisah bagaimana rindunya Rasulullah pada kita. Pada Ain dan juga pada Aiman. Atas usaha kegugihan dan pengorbanan bagindalah Ain dan Aiman bertemu. Kita diajar tentang kasih sayang dan cinta yang suci sebagaimana yang telah ditetapkan dalam syariat yang telah dibawa baginda Rasulullah. Tanpa darah baginda yang mengalir di Uhud dan Taif, tanpa luka-luka yang baginda alami di Mekah tak mungkin Islam itu akan sampai dan mengajarkan kita tentang kasih sayang. Namun, mengapa kita sendiri yang memesongkannya? Di saat tidak bermakna cinta manusia nanti kita masih lagi menjadi umat yang dicintai Rasulullah. Tetapi tidak malukah kita mengaku sebagai umat yang mencintai baginda sedangkan kita penuhkan kehidupan kita dengan perbuatan maksiat?. Rasulullah masih lagi mencintai Aiman, mencintai Ain kerana seluruh kehidupan baginda adalah untuk kita umatnya. Jika Rasulullah ada di hadapn kita sekarang dan menyaksikan perbuatan kita yang keji ini, alangkah duka citanya baginda? Kita membalas segala pengorbanan , air mata dan darah baginda dengan menjadi umat yang rosak . Aiman, baginda Rasulullah telah berdoa terlebih dahulu untuk Aiman, untuk Ain . Berdoa agar kita diringankan seksa dan kematian, berdoa agar kita menjadi umat yang bahagia. Umat yang merasa cinta yang sebenar. Aima, Ain memilih untuk mengasihi Rasulullah tidak melebihi apa pun. Ain ingin penuhkan hati Ain dengan kecintaan kepada baginda setulusnya. Tidak sekali bagi Ain kongsikan dan mencemarkan rasa cinta ini dengan cinta yang bertuankan nafsu manusia. Maafkan Ain. Ain telah memilih Rasulullah . Ain telah memilih untuk bahagia dengan cinta kepada baginada. Hidayah itu milik Allah, cinta itu juga milik Allah. Segala yang kita lihat, segala yang kita miliki adalah pinjaman semata-mata. Sekarang, Ain sear Ain tidak ada apa untuk berkongsi dengan Aiman melainkan rasa cinta kepada Rasulullah. Ketahuilah Aiman Aqil bin Akasyah, bahawa namamu sentiasa dalam doaku. Dengan airmata dosa ini, Ain panjatkan doa kepada Allah agar melembutkan hati Aiman menyuburkan cinta Aiman kepada baginda Rasulullah kerana Ain yakin, lelaki sebaik Aiman akan menjadi yang terbaik bila mengenal erti cinta kepada Rasulullah"
Subhanallah, tingginya pengorbanan cinta andai kita kenal erti Cinta yang sebenarnya. Mengalir laju air mata di pipi ini. Allah bagi peluang untuk saya terus melangkah dan terus hidup sebagai umat Rasulullah. Saya insafi diri yang amat jahil dan sempit pengetahuan pada agama Allah. Agama sebenar. Ceteknya hati dalam mencintai Rasulullah.
Wahai pembaca artikel saya yang budiman,

Dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Tiaa seorang manusia pun yang akan kekal menongkat dunia yang fana ini. Suatu ketika nanti, kita akan pulang ke alam akhirat. Di amnakah bekalan kita untuk menghadapi persoalan kubur, pertanyaan Munkar an Nankir, kesesakan di Padang Mahsyar dan sebagainya yang berkaitan dengan alam akhirat.
Semoga perkongsian saya ini dapat membantu dan dijadikan panduan dalam membawa diri menjalani kehidupan Rasulullah setelah beginda dalam ingatan kita. Semoga kita beroleh kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan juga di akhirat. InsyaAllah.
Saya akhiri penulisan saya ini dengan salawat salam pada junjungan yang sangat dirindui...
Wassalam.
0:57am_11052012
Siti Hajar Ahmad.
Muhasabah 1
Dengan
Nama Allah Yang
Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang.
Assalammualaikum..
Semalam,
saya bermuhasabah dengan
rakan sekerja saya.
Lunch hour kami
terisi dengan rentetan
pengisian jiwa yang
saya rasa sungguh
bermanfaat sekali. Alhamdulillah, meski
berlainan agama, kami
mampu menyuarakan pendapat
dan pandangan dengan
hati dan fikiran
yang terbuka.
“ Orang
yang tidak banyak
songeh macam saya
ni, memang tak
cerewet. Makan simple
pun boleh hidup
jugak.”
“
Itulah bagusnya. Setiap
apa yang kita
makan itu kan
rezeki yang Tuhan
bagi. Bersyukurlah sebab
Tuhan bagi kita
rezeki untuk makan
berbanding dengan saudara-saudara kita
yang lain di
luar sana. Ada
yang terpaksa mengikat
perut. Ada yang
tak makan lansung.”
“ Benar
tu. Saya paling
fed-up bila makan
kat luar, ke
gerai mana-mana... teman yang
kita bawa tu
cerewet pasal makanan.
Kutuk itu dan
ini. Ini tak
sedaplah, terlalu masin
lah. Terlalu manislah...last-last dia
cakap, kalau masakan
macam ni aku
sendiri pun boleh
buat.”
“Dalam
agama mana-mana sekalipun,
saya yakin, mengutuk
rezeki memang adap
yang kurang baik.
Sebab itu, Rasulullah
S.A.W menggariskan panduan (Sunnah) adap
ketika makan. Salah
satu daripadanya adalah
jangan mengutuk makanan
yang dihidang. Bersyukurlah
sebab kita boleh
makan. Kalau tidak
suka sangat, jangan
lah makan kat
luar. Masak sendiri
lagi bagus. Tak
perlu nak buat
dosa percuma. Tak
sedap macam mana
sekali pun, apa
boleh buat. Kemahiran
dia dah macam
tu. Mungkin juga
dia tersilap ketika
menyediakan masakan tersebut.
Manusia mana yang
tak buat silap,
kan?”
“Betul
tu. Kita yang
berhadapan dengan orang
yang macam itu
pun boleh jadi
sakit hati di
buatnya. Tapi, saya
bukan jenis yang
suka merungut. Mendiamkan
diri lebih bagus.
Tidak ada untungnya
juga kalau saya
membidik. Memanglah, tegur
menegur itu memang
diharuskan. Tapi, tidak semua
dapat menerima teguran.
Takut apa yang
kita sampaikan itu
tak tercapai pula
objektifnya. Konklusinya, bermasam
muka sesama sendiri.”
“Diam
tak perlu kata
apa-apa memang bagus.
Tapi, yang diam
tu yang akan
menanggung sakit sebab
terlalu memendam perasaan.
Kalau dah terlalu memendam
perasaan macam tu
, takut tak
dapat kawal emosi.
Silap hari bulan
akan mendapat penyakit
kemurungan. Diam memang
perlu. Tapi, biarlah
bertempat. Ada masanya,
kita perlu mempertahankan hak
kita. Orang kan,
kalau kita terlalu
diam, mereka akan
mudah pijak kepala
kita.”
“Kita
tidak dapat puaskan
hati semua pihak.
Mungkin apa yang
kita rasa tu
betul. Tapi, pada
sisi orang lain,
mungkin kita yang
silap. Jadi, musyawarah
itu penting. Dalam
kita bermusyawarah pun,
hati dan fikiran
kita mestilah tenang.
Bersedia menerima sebarang
teguran. Takut nanti,
terjadinya lagha. Saling
sakit menyakiti. Kalau
api, lawannya air.
Jangan nanti, semua
nak jadi api.
Pengakhirannya, membakar juga.
Kan itu sudah
memporak perandakan ukhuwah
yang terjalin. Syaitan
apatah lagi, terlonjak
gembiralah dia kalau
melihat kita bergaduh.”
“Pentingnya give
and take, kan?.
Hati perlu mengikhlaskan sesuatu
yang telah berlaku
tu. Kalau tidak, hati
kita tak kan
tenang.”
“Ambil
ikhtibar dan belajar
memperbaiki kekurangan diri.”
Saya
tersenyum sendirian. Saling
ingat mengingati itu
adalah penting. Saling
mendukung antara satu
sama yang lain
juga. Semoga apa yang
saya kongsikan ini
dapat difikirkan sedalam-dalamnya. Mungkin,
lebih banyak lagi
pandangan yang baik-baik
daripada ini. Apa
pun, dalam menerima
sesuatu pandangan itu,
berfikiran positif ,
berhati lapang dan
berminda terbuka itu
adalah wajar. Ukhuwah
itu terjalin dari
silaturrahim yang berpaksian
kejujuran dan saling
menyokong.
..
INSYAALLAH...
Tuesday, 8 May 2012
Muhasabah Diri

Rasulullah S.A.W bersabda "Ketahuilah dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik, maka baiklah seluruh tubuh ini dan sebaliknya apabila ianya rosak, maka rosak pulalah seluruh tubuh ini. [Hadth sohih riwayat Bukhari 1/126 dan 4/290 - Al Fath, muslim 1599 dari Nu'man bin Basyir radliyallahu 'anhuma]
Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah [Hadi Riwayat Muslim]
Lidahmu adalah bentengmu. Jika engkau menjaganya, maka ia akan menjagamu. Jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan memperdulikanmu.
Manusia yang pintar ialah manusia yang mengambil ikhtibar daripada sesuatu yang dilihatnya dan menerima nasihat yang didengarnya.
Engkau disebut sebagai manusia bukan kerana tubuh dan jasadmu tetapi akal dan jiwamu.
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab. Merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat..[ Khalifah Abdul Malik Bin Marwan ]"
Kita semakin muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Saturday, 5 May 2012
Dedikasi untuk sahabat
Assalmmualaikum,
Menitis air mata saat bebola ingatan ini menerjah pada kenangan bersama seorang sahabat yang sangat ku sayangi. Alhamdulillah, Allah panjangkan usia persahabatan kami.
Aku biasa memanggilnya dengan nama Along. Dia pula memanggilku dengan gelaran, Chik.
Dia insan yang penyanyang. Anak sulun dari 4 adik beradik. Kami sering berkongsi segala suka dan duka. Tangis dan air mata. Bila mana hati mulai jatuh cinta pada seseorang, bilamana hati di sakiti...Sememangnya, dia pendengar yang setia. Paling seronok apabila ada masa yang terluang, kami memasak sama-sama.
Along dah kahwin. Kahwin dengan seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Alhamdulillah itu yang sangat diharapkan. Tak lama lagi akan menimang cahayamata sulung. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk sahabatku itu .
Subhanallah...rasa ini masih kuat bertaut di dalam hati. Ukhwah ini terasa masih erat berpanjangan meskipun, masing-masing dengan agenda tersendiri. Di pisah oleh ruang dan waktu. Pun begitu, dengan adanya laman sesawang ini, ianya tidak membataskan persahabatan itu dari terus berlansungan.
Aku biasa memanggilnya dengan nama Along. Dia pula memanggilku dengan gelaran, Chik.
Dia insan yang penyanyang. Anak sulun dari 4 adik beradik. Kami sering berkongsi segala suka dan duka. Tangis dan air mata. Bila mana hati mulai jatuh cinta pada seseorang, bilamana hati di sakiti...Sememangnya, dia pendengar yang setia. Paling seronok apabila ada masa yang terluang, kami memasak sama-sama.
Sekarang,
Along dah kahwin. Kahwin dengan seorang lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Alhamdulillah itu yang sangat diharapkan. Tak lama lagi akan menimang cahayamata sulung. Semoga Allah permudahkan segalanya untuk sahabatku itu .
Apa pun, Along memang sahabat terbaeeekkk ku...
Empat macam teman sejati :-
(1) Seorang teman yang mampu membantu di dalam berbagai cara ,
(2) Seorang teman yang mempunyai rasa simpatik baik di dalam suka maupun duka,
(3) Seorang teman yang memperkenalkan kita pada hal-hal yang berguna,
(4) Seorang teman yang memiliki perasaan persahabatan.
Empat macam orang-orang ini adalah teman-teman sejati, dan seorang seharusnya bergaul dengan mereka:
(1) Seorang teman yang mampu membantu di dalam berbagai cara, mempunyai empat ciri:
# Ia melindungi seorang kawannya yang lengah.
# Ia melindungin harta kekayaaan seorang kawan yang lengah.
# Apabila ada bahaya ia dapat memberikan perlindungan.
# Apabila ada suatu pekerjaan yang akan dilakukan, ia membantu dengan menawarkan lebih banyak bantuan daripada yang diminta.
(2) Seorang teman yang mempunyai rasa simpatik baik di dalam suka maupun duka, mempunyai empat ciri:
# Ia membuka hal-hal rahasia mengenai dirinya kepada kawannya.
# Ia menjaga rahasia kawannya, tidak membiarkan mereka bocor.
# Ia tidak meninggalkan kawannya pada saat mengalami banyak kesukaran.
# Ia mungkin bahkan mengorbankan hidupnya demi kawannya.
(3) Seorang teman yang memperkenalkan kita pada hal-hal yang berguna, mempunyai empat ciri:
# Ia mencegah kita untuk berbuat jahat.
# Ia menganjurkan kita untuk berbuat hal-hal yang baik.
# Ia memberitahukan kita kepada hal-hal yang belum pernah kita dengar sebelumnya.
# Ia memberitahukan kepada kita metoda untuk mencapai alam-alam kebahagiaan.
(4) Seorang teman yang memiliki perasaan persahabatan, mempunyai empat ciri:
# Ia ikut merasakan duka, apabila kawannya menderita.
# Ia ikut merasakan suka, apabila kawannya berbahagia.
# Ia menghadapi mereka yang mencela kawannya.
# Ia membenarkan mereka yang memuji kawannya.
Thursday, 3 May 2012
N U R
“Kenapa Ukh
masih pakai uniform
ni?” Tanya Mala
sambil menyarungkan kasutnya.
“Saya datang
terus dari sekolah
tadi. Ada kerja
sedikit, jadi saya
balik agak lewat.
Maaf saya tak
pakai tudung. Nak
cepat tadi. Nak
salin baju pun
tak sempat.”
“Tak apa.
Semuanya kena ikut
peraturan. Yang paling
pentingkan semangat nak
belajar. Lepas itu
baru boleh diamalkan.
Ana nak minta
diri dulu dari
Umi ya , Ukh,” Kata
Mala , yang
tanpa menunggu persetujuan
terus masuk ke
dalam rumah.
Seketika kemudian mereka sudah
berjalan di lorong
menuju ke jalan
besar.
“Mmm... Kak
Mala..boleh saya tanya
sesuatu?” Tanya Nur.
“Tanyalah. Kalau
ana boleh jawab
, InsyaAllah, ana
akan jawab.”
“Ukh itu
apa maknanya? Kenapa
pulak kakak bahasakan
diri kakak ‘ana’?"
“Oh itu.
uKh itu berasal
daripada perkataan ‘ukhti’
yang bermaksud saudara
perempuan. Macam kakak
atau adik, tetapi
lebih bermakna kerana
kita mempunyai ikatan
persaudaraan sesama islam.
Bukan kerana suku
atau bangsa. Ana
bahasakan diri ana
‘ana’ dan bukan
saya atau aku,
kerana sudah kebiasaan
kami di halaqah
yang hendak menerapkan
ciri keislaman dalam
setiap tindakan kami,
termasuklah dalam perbualan
dan tutur kata.
Lagipun, bahasa Arab
kan bahasa Al-Quran?
Sudah semestinya kita
tahu bahkan kalau
boleh, bercakap dalam
bahasa Arab. Kalau
bahasa Inggeris kita
boleh cis cas
cus, kenapa pula bahasa Arab
kita tak tahu?.
Bukankah dengan mendalami
dan menggunakan bahasa
Arab akan memudahkan
kita belajar al-Quran?
Bukankah al-Quran diturunkan
Allah untuk kita
, khalifah-Nya di
muka bumi ini?
Mengatur segala aspek
kehidupan manusia yang
dicintai-Nya? Selain mengurniakan
alam semesta ini
untu diatur, dipelihara
dan dimanfaatkan. Allah
membekalkan kita dengan
al-Quran agar kita
tidak tersesat jalan.”
“Bagaimana pula
dengan tudung?” tanya
Nur ketika mereka
berdua sudah berada
di dalam bas
yang akan membawa
mereka ke sekolah.
“Kenapa pula
dengan bertudung? Tempoh
hari kan Ukh
sudah tahu yang
bertudung tu suatu
kewajipan bagi kaum
perempuan? Ada yang
mendakwa bahawa bertudung
itu merupakan budaya
arab, tidak sesuai
dengan budaya kita.
Itu salah. Bertudung
merupak salah satu
peraturan-Nya dalam berpakaian,
bertujuan untuk menjaga
kehormatan kaum perempuan.
Cuba kita tengok
perempuan di sana
tu...” Mala menganggukkan
kepalanya ke arah
seorang perempuan muda
berskirt singkay yang
membaluti tubuhnya.
“Ukhti tahu
kenapa dia menjadi
siulan lelaki? Salah
satu sebabnya kerana
pakaian yang dipakainya.
Dia tidak menghormati
diri sendiri dengan
berpakaian begitu.”
Nur mengangguk
setuju.
“Berudung juga
merupakan identiti kita
sebagai muslimah. Meskipun
majaoriti penduduk ini
beragama Islam, kalau kita
tidak bertudung, bagaimana
orang dapat kenal
kita sebagai seorang
muslim?”
“Maaflah saya
cakap, tapi tudung
yang Kak Mala
pakai ni labuh
sangatlah. Berjubah lagi.
Sekarang kan banyak
tudung yang simple.”
“Maksud Ukhti ,
tak cantik kalau
pakai tudung labuh?
Nur tersipu-sipu.
“Tak jugak.”
“Begini ,
Ukti. Tudung sekarang
ada macam-macam fesyen,
dan nampak lebih
cantik dan anggun.
Tetapi adalkah benar-benar
sesuai mengikut syariat?”
“Apa maksud
Kak Mala?”
“Cuba buka
semula Al-Quran ,
surah An-Nur. Di
situ ada dijelaskan
tentang kewajipan bertudung
bagi kaum perempuan.
Bukan sekadar menutup
kepala. Maksud ayat
ini adalah, selain
menutup aurat, pakaian
kita sebagai muslimah
juga tidak menampakkan
susuk tubuh.”
“Tapi kan
orang perempuan ingin
dipandang cantik dan
menarik kak?” Nur
masih bertegas. “Kalau pakai
tudung labuh ,
nampak kurang menarik
dan tak moden.”
“Memanglah. Tapi
adakah kecantikan wanita
boleh dieksploitasi setiap
masa? Ada masa
dan tempat, Ukhti.
Wah, panjang lebar
pulak kita berbahas,
ya. Tak jadi
pulak ke surau
nanti.”
“Yalah. Maaflah,
Kak Mala. Saya
ni kepoh betul
kan?”
“Tak apa.
Segan bertanya sesat
jalan”
Nur memandang
ke luar tingkap
bas. Mereka sudah
hampir sampai.
“Ukhti bila
nak pakai tudung?
Pakailah, nak tunggu
apa lagi?. Mendedah
aurat tu berdosa
tahu. Tak perlu
tunggu tua kalau
nak bertaubat. Bertudung
sama sekali tidak
menyekat aktiviti harian
kita.”
“InsyaAllah. Lebih-lebih
dah lagi sekarang
dah tahu hukum-hakamnya. Tapi...”
“Kenapa? Takut
pihak sekolah tak
izinkan? Bukankah dah
ada peraturan yang
membolehkan pemakaian tudung
di sekolah-sekolah.”
“Betul. Cuma,
sekolah kami lain
sikit, kak. Sekolah kami
bekerjasama dengan syarikat-syarikat yang
belum tahu peraturannya.
Sampai sekarang pun
saya belum nampak
ada pekerja wanitanya
yang bertudung. Apatah
lagi yang bekerja
di kapal.”
“Semua ada
permulaannya , ukh,”
Jaawab Mala.
Nur
ingin mengetahui lebih
lanjut tentang maksud
kata-kata Mala itu,
tetapi tidak jadi
memandangkan bas yang
di naiki mereka sudah
berada di depan
pintu gerbang sekolah.
Mereka segera turun
dan berjalanpantas masuk
ke pekarangan sekolah.Kelihatan beberapa
orang pelajar perempuan
sudah berada dalam surau.