RSS

Sunday 24 February 2013

Burung Kertas 3 : .....mama....



Aku menundukkan kepalaku. Sakit otakku kalau aku selalu diperlakukan sebegini. Ah, stres nya. Kenapalah aku perlu berhadan dengan Mat Perasan tu? Bencik!.

Mama masih merenung wajahku. Melampau betul aku kali sampaikan Pengetua memanggil mama datang ke sekolah. Nasib baik abah outsation. Kalau tak, siap la aku kena quarantin lagi. Huh...!

“ Sejak bila Adawiyah pandai bergaduh ni? Dengan lelaki pulak tu?. Adawiyah tak malu ke gaduh ngan budak lelaki?. Mama malu tau!. Mana mama nak letak  muka mama ni? Hm? Jawab!” Mama  mengeraskan nada suaranya. Aku mengeluh. Ish...mama ni...kes kecik jer pun la....

“ Saya bukannya buat kes besar pun ma. Jangan la panik. Lagipun, bukan mama yang kena hukum jadi cleaner untuk seminggu kat sekolah ni. Saya kan. Jangan la kecoh..” Jawabku acuh tak acuh. Mama menampar lembut bahuku.

“Mama malu, tahu tak! Siapa suruh Adawiyah buat hal?!. Nak mama pindahkan ke sekolah lain?. Ikut tok abah, mahu?. Nak jadi begitu? Hm?” Mama mengugut. Aku merengus kasar. Dah tak sanggup lagi dengar bebelan mama.

“Mama balik lah sana. Kat rumah nanti la membebel puas-puas. Saya nak tukar profesion dah nih. Jadi cleaner sukarela!” Bentak ku kasar lalu  berlari meninggalkan mama yang terkesima. Mama memanggil namaku berkali-kali, tapi aku enggan menoleh. Ah, memang aku degil!.

.....namun, dalam hati..aku sungguh sedih. Aku tak patut lawan cakap mama macam tu. Aku rasa bersalah sangat. Tapi, hurm....maafkan aku mama...

“Hoi!!!!”

Sesuatu menghentak kepalaku. Baldi biru terbang melayang mengena kepalaku. Mat Perasan memandangku bengis.

“ Boleh tak kau berhenti berangan sekejap?!. Kau tak nampak kita tengah buat apa sekarang ni, bodoh?. Eiiii...geramnya aku ngan kau ni. Nasib baik kau ni pompuan. Kalau tak, dah lama kau aku ganyang cukup-cukup!”

Amboi....ikut sedap mulut dia jer cakap!. Ah, do i care?! Lantak kau la kat situ. Malas aku nak peduli. Menyakitkan hati sahaja!. Hati ku membentak. Aku malas dah nak gaduh. Kalau aku layan budak gila ni, nanti aku jugak yang turut serta gila. Lebih baik aku diam sambil angkut air dalam baldi biru ni untuk membersih kolam ikan Kelab Sains dan Pertanian. Hurm....hai la badan, hai la nyawa....siapa suruh kau buat hal?. Nah..terimalah hukuman ni... Seminggu tak masuk kelas oi!

Kringgggggg...!!!!

 Lonceng rehat berbunyi. Aku bergegas berlari meninggalkan kolam ikan yang gampir siap kami bersihkan itu. Perutku lapar....huhu...nak isi perut dulu. Dalam perjalanan ke kantin sekolah, ramai pelajar berbisik sesama sendir. Ada yang tersengih-sengih...dan, ada yang yang macam memperli aku. Aku tak kisah....Ah, memang aku tak pernah kisah. Sebelum ni pun, aku bawak hal aku sendiri jer pun sampai orang cop aku ni sombong. Hahahaha....tak per...aku memang lansung tak kisah!. Selepas membeli makanan, aku segera beredar. Emm...nak makan kat mana yer?. Nak makan ngan Sumaiyah, mesti dia tengah sibuk sekarang ni. Masa rehat, biasanya Sumaiyah akan makan dengan geng “Muslimah” dia tu kat perkarangan surau. Hurm...aku makan jer lah kat bawah pohon ketapang tepi padang. Hehehe...di situ tempat favorite aku. Tempat ilham. Tempat aku berangan-angan. Hahahah....sot!

Dalam perjalanan menuju ke padang sekolah..

“Ibu dah cakap dengan Azam, jangan buat hal!. Kenapa Azam degil sangat ni?!”

Aku memasang telinga. Aku mengendap di balik bangunan komputer sekolah. Kelihatan, Mat Perasan tu sedang berbual dengan sesorang. Erm....

“ Azam tak sangka pulak jadi macam ni , bu. Bukan Azam mintak pun.”

“ Azam tak minta Azam kata?. Yang Azam bergaduh ngan pompuan dan tolak budak pompuan tu, kenapa?” Sedih sahaja alunan suara si ibu.

“Azam...hurm...Azam tak sengaja. Azam tak tahan hati abila dia hina Azam depan kawan-kawan. Azam akan minta maaf dengan dia. Ibu jangan lah sedih macam ni. Nanti ibu sakit..”

“Kalau Azam tak nak ibu sakit...Azam jangan buat macam ni lagi. Belajar elok-elok. Jangan buat hal. Azam kan dah nak SPM dah tu. Azam lah harapan ibu sekarang ni. Kalau Azam masih jugak buat hal, lebih baik Azam bunuh sahaja ibu ni!” Si ibu merintih dalam esak. Hati ku berdegup kencang. Tersentuh hatiku... Ah, aku memang sensetif dengan perkara yang macam ni..

“ Dah la tu , ibu. Azam janji...Azam tak akan buat lagi. Ibu balik dulu, nanti sampai rumah kita jumpa. okey?. Ibu jangan sedih-sedih. Azam okey sje ni. Seminggu jer pun hukuman. Walaupun banyak ketinggalan apa yang di belajar, nanti, Azam tanya dengan kawan-kawan. Ibu mesti yakin dengan anak sulung ibu ni, okey?” Pujuk Azam dengan lemah lembut.

 Ah....tetiba...air mataku mengalir..

Aku melihat Mat Perasan...hurm...Azam... mencium tangan ibunya. Kemudian, mendakap kemas ibunya lalu mencium kedua belah pipi ibunya. Betapa aku terharu.. Aku?. Aku ada buat mama macam tu?. Tadi, aku halau mama balik. Buat mama risau. Nak bersalam, berpeluk dan mencium mama pun...hurm....hati ku benar-benar tersentuh....
~bersambung~

0 ulasan: