RSS

Friday 1 February 2013

Emosi terganggu



Assalammualaikum,

Tertanya-tanya...kenapa ilham aku  nak berbloging salu je datang tengah-tengah malam ek?
Hurm...apa pun , bila ia datang, harus jua ku langsaikan keinginannya dengan jemari ini. Terketik-ketik menekan butang lappy..hoho..bunyi tikus selongkar dapur!

Suami? hehe... Dia tahu kondisi aku. Kalau ilham mencengah tu, memang rasa nak sekarang jugak menaip or menulis. Aku takut lupa. Lagipun , aku bukan pengingat sangat. Sebab tu, buku catatan mesti bawak ke hulu kehilir..tepi meja bilik tidur..hoho... Alhamdulillah..dapat suami yang faham dan tahu minat aku..

Okeh.. Straight to the point..

Sebenarnya,
Nak cerita pasal emosi. Entah, akhir2 ni..emosi terganggu je. Mudah rasa stress. Pada suamilah tempat bercerita, dan dia dengan penuh sabar terus melayan karenah aku yang terkadang sot bagai. Dia sabarkan aku. Dia beri nasihat d samping memujuk. Alhamdulillah.

Kadang2, bila berhadapan dengan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan tencen ngan aku, macam ringan je mata ni nk berair. Hati meruntun untuk istighfar. Syaitan sedang berbisik. Supaya aku menjadi lemah. Supaya aku putus harapan. Supaya aku hilang semangat. Namun, sedkit jiwa ini menggoncang perdu imanku.


Istighfar...Istighfar...Istighfar...
Ingat Allah. Allah ada bersama. Allah Maha Melihat. Allah Maha Mendengar.
Alhamdulillah..tarik nafas dalam2, lepas perlahan2...
Ya, Allah bersamaku!!

Terkadang, terfikir jugak...kenapa ya...emosi ku akhir2 ni sukar sangat hendak di kawal ? Adakah??
Err...bila perasaan dan pemikiran "itu" menjenguk pangkal hati, sesegera itu aku cuba untuk menepis.

Hati...jangan lah terlalu mengharap..nanti kecewa tak sudah.

Namun, dalam gejolak melawan kata hati dan kata akal...aku terjelepuk mendiamkan diri. Cuba mencari titik ketenangan dalam setiap hembus nafasku. Menarik cas-cas positif dalam aura jiwaku untuk ku redha dan pasrah. Allah lebih tahu. Dan rezki Allah itu Luas. Kita sebagai hamba harus berusaha, lalu berdoa, yakni dalam tawaqal.

Mendapat email daripada "Abi"... Dia seorang abang yang banyak menolong aku kearah penghijrahan diri. Banyak mengajarku ilmu-ilmu agama..

"Siti dah berisi ke?"

"Belom ada rezki lagi, ni Abi.."

"Siti dan suami boleh amalkan ayat ni.. Baca 7kali selepas solat. InsyaAllah, makbul. "



Aku buka terjemahan Al-Quran, dan aku cari surah Al-Anbiya' 89..


maksudnya :
Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala dia berdoa kepada Tuhannya : "Ya Tuhanku! Janganlah Engkau membiarkan aku aku hidup seorang diri dan Engkaulah ahli waris yang terbaik. 
(Al-Anbiyaa' :89)


 
maksudnya ;
Maka Kami memperkenankan (doa) nya, dan kami anugerahkan Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang yang selalu bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan mereka adalah orang yang kusyuk kepada Kami.
(Al-Anbiyaa' :90)


InsyaAllah...dan akan ku amalkan selalu.

Dalam hening malam...
Hati kecil berbisik sendiri..
Kita hanya merancang, tapi, kita juga harus ingat...Allah jugak merancang. Dan sesungguhnya, perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Bersabar dan terus bersabar di samping berusaha dan berdoa tanpa jemu. InsyaAllah..

Perbanyakkan istighfar, zikir dan membaca al-Quran. InsyaAllah..hati akan jadi tenang..

Sekian.
Wassalam...

0 ulasan: