RSS

Monday 23 February 2015

Aku Bercerita (Part 2)

Bismillahirahmannirahim,
Assalammualaikum..

...Ketemu lagi!
Ok, pasal ECV tu..
Pas doktor bagi temujanji sy untuk buat ECV di Hospital Umum, doktor kat klinik ada sedikit advice utk kami suami isteri. Dia cerita pasal pengalam dia bhadapan dengan patient yg sama kes ngn sy..hari ini di scan bby breech, esoknya kepala bby kebawah. Syukur sangat, sebb patient dia tu berjaya melahirkan dengan normal. Apa yang berlaku di alam rahim adalah urusan Allah. Kita tak mampu berbuat apa kalau ketentuannya sebegitu. Namun, selagi mampu usaha, kita usaha. Salah satu daripadanya buat ECV tu. Selain itu, boleh sujud lama-lama ketika solat. Jangan lupa sering bkomunikasi dengan bby. Ada juga yang letakkan bola untuk orang buat senaman tu di bahagian belakang dan kita bergolek di atasnya. Apa sahaja usaha yang disarankan, hanya sedikit sahaja yang berjaya. Begitu juga dengan ujian ECV itu. Yang penting, kena redha dan tawakal..berdoa banyak2.

Sy bagitahu keadaan sy itu pada mak. Mujur mak ada bersama disaat genting. Mak mentua di kampung juga risau akan keadaan yang menimpa diri ini. Perasaan sy masa itu kosong. sy tak mampu bfikir. Sy angguk dan mengeleng sahaja. Menangis tidak, takut pun tidak. Apa yg dah ter'set' dalam minda dan hati sy adalah 'ketentuan'. Allah uji Allah kasih dan cinta.
Dalam kesaratan mengandung, sy memang tak pernah berlenggang dengan Quran, ratib yang diajar di madrasah, selawat dan zikir. Malam itu buat solat hajat. Semoga Allah perkenankan doa dan pengaduan hamba yang fakir ini.

Esoknya,
hari yang ditunggu sudah tiba. Allah telah permudahkan urusan kami pada pagi itu sepanjang perjalanan menuju ke Hospital Umum. Sy tidak menggu lama untuk menggu giliran. Tak sampai 2minit, sy dipanggil. Sebelum jumpa doktor, nurse check dulu degupan jantung bby. Dalam setengah jam rasanya, sy terbaring dengan mesin yg macam earfon tapi besar sikit tu ditekapkan keperut. Deorang nak pastikan samaada bby selamat atau tidak dalam melakukan ECV itu nanti.

Habis, dengar degupan jantung bby, sy berbaring pula pada katil yang lain. Berhadanpan dengan doktor lelaki.Berbangsa cina. Sebelum tu dia tanya lagi keputusan sy samaada nak buat ke tidak. Sy dengan yakin menjawab, sy cuba dan usahakan dahulu.
Doktor scan perut lagi. Nak tengok ruang2 yang ada dalam perut. Check air ketuban. Semuanya ok. Dan kondidi sy untuk melakukan ECV adalah selamat. Sebelum memulakan ECV, doktor terangkan dengan secara terperinci apa itu ECV.Proses ini digelar external cephalic version (ECV), dan ia melibatkan teknik-teknik menekan abdomen oleh pakar obstetrik . Teknik ini biasanya berkesan dalam dua pertiga kes, walaubagaimanapun ia kurang berjaya dalam kelahiran pertama.

Sebelum doktor buat pusingan, dia telah menyusuh saya tandatangan surat persetujuan. Dia akan buat 3 kali pusangan sahaja, kalau tidak berjaya, sy terpaksa dibedah.
Semasa doktor buat pusingan tu, hanya Allah shj tau betapa sakitnya. Melileh air mata. Sepanjang pusingan dilakukan, sy beristighfar dan nama Allah sentiasa meniti bibir. Sakinya...! Namun, hati ini segera dipujuk. Demi anak! sy sanggup bkorban nyawa sekalipun. Pusingan pertama gagal. Kedua pun gagal. Dan, ketiga..kudratku semakin lemah..doktor menghentikan saahaja percubaan. Khuatir effect nya nanti pada bby. 
"Sy minta maaf. Nampaknya, bayi tidak mahu berpusing dan tidak mahu memberi kerjasama. Mungkin, dia lebih selesa dengan kedudukan dia sekarang. Tidak mengapa, sy faham perasaan kamu. Berdoalah, agar sebelum tiba tarikh pembedahan dia akan bpusing ke bawah. Tapi, agak mustahil kerana semakin hari bby semakin membesar. Ruang dalam rahim akan sempit untuk dia berpusing. Namun, kita tidak tahu percaturan Tuhan. Bersabarlah.."

Kata2 doktor itu masih tertanam di minda sy sampai sekarang.
Sy redha. Andai itu ketentuan dan andai itu yang terbaik untuk sy dan bby. Sy masih berharap, tapi tidak terlalu memaksa atas pengharapan itu. Asalkan dia lahir dengan selamat dan sihat anggota badan. Itu sudah mencukupi.

Termaktub dalam buku pink, "28/11/2014" akan dlakukan pembedahan untuk melahirkannya. 
berserah!
redha!
hanya itu...



...bersambung...

0 ulasan: