RSS

Sunday 14 February 2016

Bahagiakan Suami


Isteri hendak bahagiakan suami?

Namun, masih tertanya-tanya, bahagiakah si dia?

Antara tips untuk bahagiakan suami :

1) Picit kaki suami tanpa diminta

2) Siapkan pakaian kerja suami setiap malam

3) Selitkan nota kata-kata semangat di dalam dompet suami

4) Diam sewaktu suami sedang marah

5) Senyum sewaktu suami pulang dari kerja

6) Usaha 2 kali dalam seminggu sediakan makanan kegemaran suami

7) Siapkan tempat tidur sebelum suami masuk beradu. Sebaiknya dengan wangi-wangian.

8) Siapkan sejadah dan pakaian istimewa untuk suami bangun Qiamulail

9) Siapkan pakaian istimewa untuk suami berjemaah Subuh di masjid.

10) Siapkan bekal untuk suami bawa ke tempat kerja, walaupun seketul kurma, kerana rahsia bekal ini adalah rahsia rasa cinta dan rindu yang dibawa suami ke mana sahaja dia pergi.

11) Elakkan tag suami pada sebarang post berkaitan menegur kesilapan dalam rumahtangga, sebaliknya copy dan psste ke dalam whatsapp atau email peribadi suami.

Cubalah.

Berusaha menjadi baik adalah lebih baik daripada melihat sahaja kebaikan di depan mata berlalu begitu sahaja.

Hargailah suami, kerana mereka terlalu berharga.

- Ustaz Wan Asrul al Kalantani

0 ulasan: