RSS

Wednesday 25 May 2016

🌸 Alhamdulillah 🌸


°°Penghujung Mei. Alhamdulillah, terusan mujahadah. Walaupun, hasilnya kadang turun kadang naik dlm penghijrahan ni. Dulu, sy jenis yg aurat xberapa nak jg. Solat mcm “belang kambing” bak kata bapak. Ikhtilat memang kelaut. Bila dah sangat jatuh terjunam dlm kelalaian, Allah nagi sedikit jln untuk mcari jln pulang. Dengan lansung xada sokongan, terus berjalan dan berharap smg Allah pandang usaha walau sedikit. Slow2 jauh dari rakan2, slow2 jg ikhtilat. Dari baju ketat dan sluar jeans, dari slendang beraneka jenis dan warna, dari tak pakai sokin, dari pakai heels, dari mackup...slow2 cuba tinggalkan. Usaha lagi walaupn kdg2 penat ditikam dgn tohmahan dan sindiran. Sampailah Allah pertemukan dgn rakan2 yg sering mengajak kearah kebaikkan. Bermula itu, Allah hadiahkan lagi dengan mjls2 ilmu. Paling bermakna, Allah hadiahkan guru yg mursyid untuk rohani ini. Alhamdulillah. Banyak.nikmat Allah bagi. Kdg2, diri yg sombong enggan bersyukur dan menangguh2 utk mengerjakan kebaikkan. Dalam hijrah, Allah uji dgn rakan2 yg nak ikut skli langkah ni. Walau xselayaknya diri ni dijadikan contoh. Tp, Allah uji lagi bila ada rakan2 yg hny berberapa bulan saja bersama kita, hijrah pakaian terutamanya. Bila jauh dari kita, mrk kembali pada cara pemakaian asal. Pernah tanya pd diri, ada salahkah caraku? Tp, bila muhasabah, Allah sedang mtarbiyah. Allah bagi cermin utk tengok niat. Alhamdulillah, syukur..Allah tahu yg terbaik utk kita. Ada hikmah Allah jauhkan dia dari kita. Kalau dia benar2 niat krn Allah, dia akan pegang tgn kita. Kalau niatnya lain, wallahualam. Tapi, kita juga sebaliknya. Kalau dia jauh dari kita, mgkn Allah nak kita check semula niat kita bagaimana. Jgn sesekali berburuk sngka pada Allah. 

Berpesan2lah kearah kebaikkan. Jaga ikhtilat walau kita rapat sgt dgn seseorg tu. Jg hati. Aku xpandai nak bg pesan yg menusuk kalbu sgt, tp..usahalah. Walau sedikit. Walau cepat atau lambat. Usahalah~~Allah sentiasa bg petunjuk, namun, usahalah untuk dapat hidayah Allah. Ianya bukan sesuatu yg ditunggu. Tapi, kita yg perlu mencari. Usahalah~

PESAN UNTUK AKU SENDIRI TERUTAMANYA

Tanyalah, 
Pada sesiapa sahaja disebalik selubung hitam itu
Tanyalah,
Pada sesiapa sahaja dalam lembaran kain besar itu
Tanyalah,
Pada sesiapa sahaja dalam balutan kain nan pudar itu..
kisah mereka dalam mujahadah 
Untuk sebuah penghijrahan, bagaimana?
Kisah mereka dalam meninggalkan
Warna warni perhiasan, bagaimana?

Pasti!
Semuanya bermula dari kisah hitam
Malah, lebih hitam lagi 
daripada apa yang kita sangka..!

“Hidayah Allah”
260516

0 ulasan: