Asslammualaikum...
Duhai hati, duhai jiwa
Seringkali terbuai-buai
Hanyut pada nostalgia lama.
Sungguh aku rindu pada pertemuan. Pada gurau senda. Pada tawa riang. Air mata juga.
...bahwasanya, aku pernah singgah di perlabuhan hati mereka walaupun seketika cuma.
Menghantar secangkir bahagia, juga sesudu air mata...
...bahwanya juga, mereka pernah mendiami hati ku untuk dulu, kini dan selamanya.
Larian jemari ku pantas berlari semula. Pada aksara hidup yang sering menaungi hati. Al kisah yang punyai rentetan. Sungguh, aku rindu pada..
SEBUAH HUBUNGAN PERSAHABATAN YANG PERNAH MEMERIAHKAN SANUBARI HATIKU, suatu masa dahulu. Titiapan ini buat mereka..
..Nur Sheda, Ahmad Aminuddin, Zulfadli dan Fakhrul Al-Iqbal. Juga pada Wan dan Ezzah Ubaidah...
Sungguh, rindu pada saat bersama kamu semua. Mereka sudah ku anggap persis adik ku sendiri. Juga kakak ku. Kasih sayangku terhadap mereka tumpah mencurah-curah pada persahabatan itu. Aku yakin, mereka juga seperti aku.
Aku masih ingat lagi detik perkenalan kami. Tersenyum sendirian. Kotak memeori ku kian sarat dengan nostalgia.
Rentetan daripada peristiwa itu, persahabatan kami terasa mulai semakin akrab. Kami bersama-sama menjalankan misi menawan berberapa Gunung yang terdapat di Kuching. Seperti Gunung Gading dan Gunung Serapi. Dalam melayari minat dan hobi yang sama itu, terasa kami mulai senang bersama antara satu dengan yang lain. Mula meredah onak berduri bersama-sama. Suka duka bersama-sama. Tawa riang bersama-sama. Aku bahagia memiliki adik-adik yang sangat prihatin. Juga kakak yang sangat memahami. Ya Allah, lindungilah sahabat-sahabatku .
Dan Kini...
Bukan menjauh. Tapi, mungkin sudah suratan. Kami tidak akan mampu menjadi seperti dahulu lagi. Kami tidak mungkin akan duduk membuat "Bulatan gembira" seperti dahulu lagi. Berjalan bersama-sama. Dan, ku kira mungkin agak mustahil untuk kami mengembalikan keceriaan sama seperti dahulu lagi.
Pengalaman ini telah mendewasakan. Juga mematangkan fikiran. Kami akan ingat di mana, bilamana, dan bagaimana kami pernah terjatuh bersama-sama kemudian bangkin bersama-sama. Segalanya adalah bersama-sama.
Nur Sheda, bakal menjadi isteri orang tidak lama lagi. Alhamdulillah. Berakhir juga zaman bujangnya setelah banyak mengharungi liku-liku yang beronak duri. Walau apa pun yang berlaku, aku akan sentiasa bersamamu, Kak Sheda.Terima kasih kerana menjadi sahabat ku. Aku sayangkan kamu.
Zulfadli , semoga berbahagialah kamu apa adanya. Ingat, dunia ini sifatnya sementara. Umur muda, manfaatkanlah sebaiknya. Dalam kita mengorak langkah, kita tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan. Semoga pengalaman bersama kakakmu ini menjadikan kamu lebih matang dalam menenal erti hidup. Semoga sukses selalu adik ku.Kakak sayangkan kamu.
Ahmad Aminuddin , terjatuh..bangunlah. Jangan biarkan kekecewaan menyekat langkahmu. Belajar dari apa yang pernah kamu perjuangkan. Perjuangkanlah apa yang kamu pernah pelajari. Pintaku, moga kau lebih tabah. Genggamlah segulung ijazah sebagai bukti ketabahanmu. Kalau boleh, master, Phd dan..bla...bla.. Ingatlah, Allah menyanyangi hambanya yang sabar dan tabah akan segala ketentuan. Mungkin nanti, kamu akan mendakap kebahagian yang lebih dari jangkauanmu. Kakak sayangkan kamu.
dan,
Fakhrul Al-Iqbal, sudah besar remaja sekarang. Masih muda belia. Melangkah ke alam dewasa perlukan ketabahan dan kesabaran yang jitu. Didiklah hatimu selalu. Ingatlah Allah dalam setiap langkahmu. Bahwasanya, kakak ingin melihat kamu berjaya melaanjutkan pelajaran seperti Zulfadli dan Ahmad Aminuddin. Kakak sayangkan kamu juga.
Sedikit tips dari ku :-
‘Teman yang paling baik adalah
apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya
menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi
Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi
Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”(H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini
berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita
tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada
manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan,
dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang
normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta
manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT
dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya
Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah
menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan.
Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau
sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup
bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan
yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita.
Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya.
Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang
itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti
siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan
penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala
bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri
seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai
anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka
hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
·
Jika engkau berbakti
kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·
Jika engkau rapatkan
persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·
Jika engkau memerlu
pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·
Jika engkau
menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·
Jika dia mendapat
sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut
kebaikan kamu;
·
Jika dia melihat
sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·
Jika engkau meminta
bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·
Jika engkau berdiam
diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·
Jika datang sesuatu
bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·
Jika engkau berkata
kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·
Jika engkau
merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·
Jika kamu berdua
berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan
persahabatan;
·
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang
melakukan perkara buruk dan maksiat;
·
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan
akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah
ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan
juga boleh melemahkan kita.
Hati-hatilah atau
tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
·
Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan
meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
·
Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal
lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan
kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak
sanggup.
·
Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira
betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani
untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu
ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia
khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
·
Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau
suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya,
suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
·
Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah
kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah
manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh
menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari
redha-Nya
p/ :: Semoga kita dapat berkumpul semula seperti dahulu. Untuk megimarakkan lagi psahabatan kita yang di hurung sepi.
~Wassalam~
0 ulasan:
Post a Comment