RSS

Tuesday 3 April 2012

Sahabat selamanya..


Merintih sendiri.Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....Banyaknya kekurangan diri. Mengeluh tak sudah. Di timpa musibah barang sedikit bagai sudah hilang kawalan diri. Bagai berhenti putarnya dunia. Ya Allah, di mana letaknya barang sedikit iman yang tersangkut di hati?.
Memang, tika itu aku terawang-awangan. Bagai mencapai tali dalam maya. Namun, tak tercapai oleh mata ilusiku. Terusan lah aku merintih. Terkadang, sedikit sendalu damai menyapu tangkai hati. Mengajak agar lebih tabah. Mengingati agar lebih waras dalam berfikir. Ku kelu. berkecamuk tidak keruan jiwa sanubari. Ya Allah, berilah tolong pada hamba yang jahil lagi terkeji ini!
Aku sedar,Jiwa yang tandus taqwa,Terdorong lakukan apa sahaja,Sanggup menentang arus kehendak Ilahi.Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri.Maka, pabila dosa telah larut,Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri.Itulah fitrah sang pendosa,Yang leka dari pencipta-Nya. Nauzubillah..
Lalu, ku ingin membawa pergi jiwa nan rawan ini. Kebetulan, di Kuching, akan berlansung program Kuching Bersalawat. Bila sudah ada kata sepakat, dari teman yang bayak membantuku selama ini...akhirnya Allah gerakkan aku kesana. Perjalanan agak jauh ku rasa. Dalam 5 jam perjalanannya dari kampung halaman. Dengan membawa hati nan sayu meredup, aku teruskan perjalanan. Moga-moga ku temui apa yang aku cari selama ini di sana. Ah, jati diri!
Dua perhentian sahaja. Akhirnya aku sampai dengan selamat di rumah sahabatku, Ummu Saiyyidah. Alhamdulillah. Kedatangan ku di sambut dengan berbesar hati oleh sahabatku yang telah ku kenali semasa masih menuntut di tingkatan 6 lagi. Dulu, dia brutal. Garang. Nakal. Sekarang.... Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Allah tunjukkan kekuasaanNYA dengan begitu ajaib sekali. Subhanallah..
Sampai di sana, jumpa seorang laki sahabat yang tak pernah aku kenali. Nadia Watie... cuma kenal memalui facebook sahaja sebelum ini. Pertemuan yang Allah telah rencanakan untuk kami. Dan, sungguh mudah dan ramah untuk kami menyesuaikan diri antara satu sama yang lain.





Jom Makan! Di SCR, SATOK.

 Usai makan, kami berlalu pergi. Waktu maghrib sudah hampir tiba. Dan, akan bersiap siaga untuk pergi ke Program Kuching Bersalawat. Di rumah Ummu Saiyiddah..dia telah meminjamkan aku baju labuhnya dan tudung labuhnya. Pada mulanya aku menolak..namun tetap ada keinginan. Aku belum bersedia lagi. Namu, desakkan naluri amatlah kuat. Cuba dahulu untuk malam ini. Kalau tidak selesa, tak mengapa.
Bila terpakaikan pakaian sebegitu, hatiku mulai berdegup dedap. Berdebar. Namun, ku gagahi. Sehingga aku mulai tenang dalam lindungan baju dan tudung labuh ini. Ummu Saiyyidah lah yang banyak ingatkan. Terima kasih, sahabat.

Alhamdulillah...ketenangan ini terus meresap dalam hati dan alur darahku sehinggakan aku semakin bersemangat untuk berhijrah. Aku tenang!Bila semuanya selesai..kami selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Dewan Undangan Negeri lama sudah di penuhi dengan para pengunjung..

Memang hampir mengalir mutiara jernih di pipiku tatkala qasidah indah membuai lembut cuping hatiku. Ya Allah, aku ditakdirkan untuk sampai kesini.Untuk mendidik jiwa berhati batu. Untuk membuang resah gulana. Sehingga salawat ke atas Nabi menyelimuti hatiku sedikit demi sedikit. Subhanallah.. Tanpa izinMU, tak mungkin akan ku mampu!
"Sollallahu a'la Muhammad. Sollallahu a'lahi wassalam.."
Ya Allah...aku tidak mampu untuk berkata apa. Terkunci mulutku disaat itu. Sesegera itu hati mula menginsafi diri. Ya Allah, Allahuakhbar!.
Ya Allah,


Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,

Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Aku melangkah keluar bersama azam yang mula tertanam dalam hati. Ya Allah, kekalkanlah aku dalam keadaan seperti ini. Janganlah kau tinggalkan aku, Ya Allah. Sunggu dan benar, aku perlukan semangat dan dorongan!
Ummu Saiyidah..
sahabat yang kental hati nya.Dalam diam aku kagumi semangatnya.

Lalu, siang menjelma. Aku, Ummu Sayyidah dan Nadia watie mula melangkah lagi. Menjalin ikatan ukwah yang tak kan pernah padam!. Bercerita banyak kisah. Berkongsi segala cerita. Dlam masa yang singkat sahaja, kami saling mengenali diri masing-masing. Dan, ku rasa..kami akan di landa rindu bila berjauhan nanti..

Dalam perjalanan. Jalan sesak.
Nadia sudah berkali2 menghubungi. Kasiahan dia
Ini bangunan UNITAR. sebelah sikit..
Hujan lebat di pasar. Memang percubaan
berani mati bila meredah hujan begitu saja.
Hujan hampir reda.
Alhamdulillah..




Dalam kereta



Singgah sebentar di kedao buku. Kami beli buku ilmiah untuk pengisian rohani.
Juga untuk santapan minda.

Singgah solat Asar di Surau Wisma Satok.

kaki, seluar, stokin...
semuanya basah.so, bli selipar dan stokin
untuk sementara waktu.

Perjalanan menuju kerumah NadiaWati


Hari sudah senja. Matahari mulai terbenam.

Inilah persinggahan kami seterusnya.
Solat Maghrib di rumah Nadiawatie.

Berselera sekali NadiaWatie makan. Apa tak nya, seharian menahan lapar tunggu aku dan Ummu Saiyyidah.


Sungguh, setiap pertemuan, pasti adanya perpisahan. Tiga hari disini..Alhamdulillah, aku mampu menenangkan hati. Sedikit sebanyak, masalah yang membelenggu pangkal hatiku kian reda. Alhamdulillah.Aku memandu sendirian lagi untuk pulang ke kampung halaman. Ya Allah, semoga selamatlah aku tiba kepangkuan keluarga.

Tiba di rumah, aku mendapat pesanan dari sahabatku ;Ummu Saiyyidah..

salam.


3 hari bersama Siti Hajar Azha memang best!spent time together...xde satu pun terbazir.pg ke Kuching Berselawat 2 dan menghabiskan ms bersama d rumah Nadia Watie,smbil2 buat blog,best!redah hujan ptg smlm antara moment plg sOt!kikiki....seluar,tudung,stoking hbis bsh.dan hr ni,jam 10, siti hajar dah balik ke Betong...sunyi plak.ngeee~sob3x....smoga "pnghijrahan" yg dirimu lakukan hr ni lbh mbuatmu lbh istiqamah dlm mnuju mardhatilah.



tp2....telekung dan al-Quran mu terlupa.hahaha....apa pun,ukhuwahfillah abadan abada...kerana dirimu bgtu berharga...♥♥♥


selawat.~

Bila jauh-jauh begini...hati mulai rindu. Rindu untuk bersama mereka lagi. Shabat yang kurasa boleh membimbing ke landasan yg Allah redhai. Sahabat yang senantiasa menegur dan memberi tunjuk ajar. Sahabat yang sering mencurah ilmu tanpa berbelah bahagi.
Sungguh,

Aku ingin berubah,

Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,

Kupohon padaMu wahai Tuhan,

Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,

Sucikan hatiku dari sifat munafik,

Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...

Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,

Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

From : Ummu Saiyyidah.

Salam.


jika manusia menghindar dr kamu,bukan sbb utk mrsa gelisah,sedih mahupun gusar.krna pasti ada aku dan yg lain sudi memahami.bukankah kamu YAQIN akan Rabb Yang SATU?yg slalu ada tatkala sukar mahupun senang.krna Nur Muhammad kita di sini...maka bersyukurlah.tiada yg mustahil slagi kamu yaqin akan DIA.tepis semua prasangka,sifar tercela dan anasir2 yg xbaik,sehingga semua jadi kosong,barulah tenang dan indah dlm amal ibadah.itu pesan hamba Allah padaku,maka aku sampaikan pula kpda kamu...sama2 mnuju mardhatilah.



selawat.~ 
p/s: Bertahajud menyerikan wajah,

Bersyukur membajai baraqah,

Bermuhasabah mencetus hikmah,
Berhikmah membuahkan pasrah,
Dan Bersaudara menyemai ukhwah kerana Allah..:)

:: TERIMA KASIH SAHABAT ::



6 ulasan:

MarHaein said...

salam.


banyak sungguh foto hamba di dalamnya..terharu,syahdu,semua ada.huhuhu...apa pun yg terjadi,semua dah tertulis..usah takut akan azabnya,tapi tanamkn sifat takut pada Allah kerana azab dan semua langit dan bumi serta seisinya adalah dr AZZA WA JALLA belaka...ingatlah shbtku ku..dunia ini senda gurau belaka...kalau tak cuba memancing di laut,mana kita tahu laut dalam itu ada ikan ke tidak..sama2 berusaha..sama2 membimbing....ukhuwah lillahi ta'ala...


selawat.~

Ummu Hanan said...

Sahabat,
cehhhh....mengalir juga air mataku membaca rintih aksara ku ini. Ya Allah, syukur...aku mampu alami. Aku mendapat sokongan padu daripada mereka yg menyayangi aku.terutama mak dan bapak...sungguh...tika ku hampir terkulai tanpa oksigen, Allah hadirkan kamu untuk membantuku. Terima kasih kembali.
semoga persahabatan ini kekal hingga akhirat..

MarHaein said...

salam.

hanya pesaanku,apa jua kata2 sinis yang hadir..anggap itu tarbiyah pada kesabaran..memantapkan iman dalam diri.eheh...kerana pasti dirimu jua tahu,si laknatullah xpernah putus asa dalam melemahkan iman kita.jadi jangan lah kita menjadi insan yang berputus asa.maju dan takkan pernah mundur skalipun.sehingga si laknatullah merasa bosan untuk melunturkan keteguhan qalbi.lantunkan zikir,bermujahaddah lah sentiasa...insyaallah kita akan mencapai maqam kesabaran yang semakin tinggi.leburkan nafsu mazmumah...cambahkan nafsu mahmudah..dan binasakan "berhala" dalam diri...maka apa yang dirimu pandang hanyalah ALLAH belaka... :)


selawat.~

Ummu Hanan said...

insyaAllah...
itulah yg aku harapkan dan dambakan. Aku semakin tenang sebeginiiiiii...betuiiii...aku xtipuuuu...hahhaa...sampay sbh, boh lupak beli ole2 ngn aku...huhu...dgr ko??

p/s:: terima kasih atas nasihat, smgt dan dorongan. Akan ku gagahi kakiku untuk terus berdiri, menapak dan terus berjuang.InsyaAllah... <3

MarHaein said...

salam.


yup!aku xdengar,dapat baco jak.wakakakaka~o.k deh..akan ku beli sstu utk kalian di sana nanti... ^^ tggu aja dehhhh...ngeh3x...



selawat.~

Ummu Hanan said...

hahahah...yeyetttt...adehhhh...mcm2 ragam blog aku dh...update dr minit ke minit...hoho....