Assalammualaikum,
Post ini saya rasa mungkin post ekspres dari saya. Tinggal berberapa minit saja lagi saya akan berangkat balik kekampung. Sebelum tu...singgah sebentar di destinasi lain. Untuk berbincang tentang majlis yang kana berlansung tidak lama lagi. Tapi, tadi semasa mengemas bilik, terbuka akan sebuah buku motivasi yang dipinjamkan oleh bakal ayah mertua kepada ku. Ianya tentang Membina Rasa Cinta oleh Dr. Hm. Tuah Iskandar. Buku ini belum habis di baca lagi. Lantaran daripada tugasan harian yang bertali arus, pengurusan masa yang agak terhad.
Akan tetapi,
ada jugak la bele-belek sedikit. Dan, saya ingin berkongsi sedikit bait-bait kata motivasi cinta sekadar perkongsian jiwa buat kita. Mungkin ada yang kabur dalam menilai makna cinta yang sebenar. Dan, mungkin juga tertipu dengan rasa cinta dari sesetengah sudut sahaja tanpa mengenal, cinta itu sebenarnya apa? Dari mana wujudnya? Mengapa ianya terwujud...dan..bla..bla..bla...
Ironinya...dalam setiap kalbu, pasti ada sumbu untuk menyalakan kasih sesama insan.
Dalam kita menganyam cinta dalam sanubari, jangan pula terleka dan tersasar dari landasan cinta suci yang sebenar. Indahnya rasa cinta andai kita pacukan cinta pada matlamat yang betul. Skop cinta teramat meluas. Kita yang punyai rasa cinta yang teranugarah ini hendaklah memacaukan cinta kita dengan cara yang betul.
SUNGGUH, CINTA KEPADA ALLAH DAN RASULNYA ADALAH SEBENAR-BENAR CINTA YANG AKAN MENYELAMATKAN KITA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT.
Ketahuilah,
Alam percintaan adalah alam mengingati seseorang hampir dalam semua keadaan, hatta dalam keadaan kita berbaring, dalam kita tidur, dalam kita belajar, dalam kita bersedih malah dalam kita sibuk bekerja. Namun, janganlah jadikan cinta itu sebagai alasan untuk kita melupakan cinta Yang Paling Agung.
kerana,
Apabila anda mula didekati cinta , mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya bercinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan. Maka, berwaspadalah dengan memohon petunjuk dan redha Illahi agar senantiasa di bawah lindungan Allah agar kita tidak menjadi insan yang tercela.
Berdoalah semoga Allah mempermudahkan jodoh anda. Yakinlah, kita hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya.
Rasulullah pernah bersabda, " Barang siapa yang menikahi seseorang wanita kerana kedudukannya, maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kehinaan.Barang siapa yang menikahi seseorang wanita kerana kekayaannya, Maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kefakiran. Barang siapa yang menikahi seseorang wanita kerana kemuliaan nasabnya, maka Allah tidak akan menambahkan baginya kecuali kerendahannya. Dan, barang siapa yang menikahi seorang wanita dan dia tidak menginginkan kecuali supaya dapat menundukkan pandangan dan menjaga kemaluannya atau menyambung tali silaturahim, maka Allah akan memberkati mereka berdua." Hadis Riwayat Thabrani.
Rasulullah SAW bersabda, Apabila seorang hamba (manusia) telah nikah maka dia telah menyempurnakan separuh agama, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah dalam separuh lagi yang tinggal.
Thursday, 7 June 2012
Tuesday, 5 June 2012
" Selagi kamu masih bersabar dengan ujian Allah, selagi itulah kasih sayang Allah bersamamu.."
Assalammualaikum...
Agak lama dah tak berbloging. Adapun on-line, cuma menjenguk sebentar saja pada aksara hidup ini. Pun begitu, diri ini tak pernah putus-putus berbloging sesama sendiri. Bloging yang saya ekspresikan sebagai MUHASABAH DIRI. Alhamdulillah. Masih diberi kesempatan untuk mengecapi nikmat yang Maha Indah.
Allahuakhbar..
" Selagi kamu masih bersabar dengan ujian Allah, selagi itulah kasih sayang Allah bersamamu.."
Makna ini mengutil jiwa yang dalam lalu memberi kesan yang konkrit pada 'nafs' ku. Selalu menasihati hati yang liar agar bertenang ketika berhadapan dengan masalah. Namun, terkadang, tak mampu terkawal. Kesedihan dan kekecewaan tetap terpalit walau secubit. Itu adalah lumrah. Ku kira, tidak menjadi masalah andai kita meratapi. Namun, jangan pula melampaui batas. Ia mungkin merosak seluruh jiwa dan raga.Berusaha untuk meraih kekuatan walau ianya bagai berpaut pada dahan yang rapuh. Sedia berkorban. Bersabar dan cuba untuk bertabah. Itu lebih baik dari terus menerus mengeluh. A'la kullihal , mengingati Allah adalah penawar yang paling mustajab. Berzikir memuji kebesaran-Nya. Menunaikan solat sunat. Mengisi masa terluang dengan membaca watikah Ilmu dari-Nya. InsyaAllah...segala kepedihan, kepayahan akan beransur pergi meninggalkan kita. Yang kunjung tiba selaut ketenagan yang sukar untuk dilafaskan dengan kata-kata. Oleh itu, pada saat yang sedemikian...CUBALAH UNTUK SENYUM.
..tidak ruginya bersabar..
Indahnya jikalau kita bersabar. Sabar itu ibarat debunga keimanan kita yang sebenar. Debunga yang indah dan semerbak. Harumya adalah kepasrahan dalam memandang baik segala keputus asaan di samping meyakini segala hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopaknya diwarnai dengan ketabahan , ketenangan dan keteguhan jiwa melambangkan kepuasan terhadap qada dan qadar. Tangkainya lurus dalam qanaah. berakar umbi dari keteguhan jiwa yang kuat dan kental meski akarnya tersembunyi di sebalik tanah. Allahurabbi, betapa indahnya bersabar andai kita menghargai sifat mulia itu dalam diri kita. Bersabarlah meski payah. Kerana, dengan mendidik hati untuk bersabar, ketenangan sejemput bisa mewarnai kamar jiwa yang kelam.
" Dan jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka tidak mendatangkan sedikit pun kemudaratan kepadamu " (Surah Ali Imran : 120 )
Sabar itu indah,
Namun kita perlukan iman serta takwa terhadap Allah SWT. Tanpa iman dan takwa terhadap Allah SWT, amatlah sukar untuk kita menghadapi segala ujiannya kerana ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Tanpa diundang, tanpa diduga malah tanpa dipinta sekalipun. Pun begitu, ujian itu merupakan tarbiyah pada diri kita untuk menambahkan ilmu dalam duni yang fana ini dalam mencari dan mengenal erti hidup yang sebenar.Ujian itu menandakan Allah SWT mengingati kita, memberi pengajaran pada kita, jauh sekali untuk membebankan kita. Kerana setiap segala sesuatu sudah pun direncana oleh-Nya. Sesungguhnya, Allah SWT tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tidak mampu hadapi. Disebalik itulah, terselit kemanisan dalam kesabaran.
"Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar. Mereka yang sabar itu akan diberikan dua kali ganda pahala disebabkan kesabaran mereka" (Al-Qashash : 54 )