RSS

Friday 12 April 2013

Burung Kertas 7 : Kawan



“Adawiyah!”

Sumaiyah melulu memeluk jasadku yang terbaring di atas tilam. Mukanya nampak runsing. Aku cuba untuk bangun, namun, kepala ini masih terasa sakit.

“Aku di mana, Mai?” tuturku lemah. Aku melihat sekelilingku. Bersama Sumaiyah ada Azam dan Salsabila. Kawan “muslimah” Sumaiyah.

“Kau kat hospital la..Susah betul hati aku tengok kau lama sangat tak sedarkan diri.” Sumaiyah menggenggam erat tangan ku. Aku mengerutkan kening sambil berpaling kearah Azam. Azam Cuma tersenyum.

“Apa sudah terjadi pada aku, Azam?” Tanya ku panik. Azam menghampiri aku dengan wajah sunggul.


“ Kau pengsan. Aku fikir kau tidur. Aku panggil-panggil..kau masih jugak tak bangun. Aku rasa dahi kau...badan kau panas betul. Takut aku tengok kau dalam keadaan macam tu. jadi...ermmmm...aku papah kau ke bilik istirehat dan panggil Cikgu Qalam. Dan, Cikgu Qalam bawa kau ke sini.” 

Panjang lebar cerita Azam. Aku mengerling. Dia papah aku? Adoii...malunya. Mesti banyak mata yang menumpu kearah kami pada masa tu.

Seketika kemudian, Bibik Nita dan Ajiboi datang ke bilik rawatanku. Mereka tampak sungguh susah hati. Aku hanya tersenyum. Sesuatu sedang bermain di hatiku sekarang. Namun, aku tak mampu nak luahkan sekarang di hadapan kawan-kawanku.

“Adawiyah...aku dan Salsabila terpaksa balik sekarang. Malam ini ada usrah kat Masjid. Nak buat persiapan.” Kata Sumaiyah. Aku mengangguk. Hampir menitis air mataku. Perasaan sebak mula memakan seluruh jiwaku.

“Rajin-rajin makan ubat, okey?. Jumpa kat sekolah nanti..” Sumaiyah memelukku lagi sambil mencium pipiku. Begitu juga dengan Salsabila. Aku mengangguk. Wajahku semakin suram. Aku tahu, Azam sedang memerhatikan aku.

“Kau tak balik sama , Azam?”. Tanyaku kepada Azam. Azam menggeleng. Dia hanya mendiamkan diri. Memandandang wajah sunggulku seakan ingin bersama memikul beban sebak bersamaku.

“Adawiyah, maafkan Bibik. Bibik telat. Bibik udah call abah dan mama nya Adawiyah, tapi, mereka Cuma mampu nitip pesanan buat Adawiyah”. Bibik Nita menghampiriku sambil menuturkan ayat-ayat itu dengan perlahan.

“Apa dia, Bik?” Aku menjawab ringkas. Tanpa aku sedari...air mata sudah mengalir laju di pipiku. Aku tidak mampu untuk menahan gelora di hati apabila melihat mama dan abah tiada bersamaku. Sungguh, aku perlukan mereka di ketika ini!.

“Mama masih di Singapura. Meeting. Abah pula di Australia. Mereka ngak boleh pulang dulu. Itu urasan penting. Mereka pesan, Adawiyah jaga diri. Makan ubat jangan malas. Nanti, mereka bank in duit buat belanjain Adawiyah ke hospital swasta. Meraka  mau, Adawiyah mendapat rawatan di sana.” Panjang lebar penjelasan Bibik Nita. Aku gagahi badanku untuk bangun. Hati ku terluka. Terasa sungguh-sungguh terluka. Semkin mengalir laju air mataku.

“Adawiyah tak mahu duit! Adawiyah mahu mama dan abah!. Adawiyah tidak akan ke hospital swasta. Biar saja di sini!” Aku menjerit kuat sambil menangis teresak-esak.

Bibik Nita memelukku. Namun, aku tolak. Hatiku di amuk marah. Aku benci. Aku rindu mama dan abah. Sepatutnya, mama dan abah yang berhati resah melihat aku di sini. Bukan Bibik Nita, Ajiboi, Sumaiyah...Azam!

“Adawiyah, jangan macam ni...Nanti bertambah sakit nanti.” Ajiboi pula menenangkan aku. Aku menolak juga. Dengan perasaan benci, aku membaling bantal kearah mereka.

“Adawiyah nak mama....mama....abah....” Aku merintih lemah dalam sedu sedan. Bagai anak kecil.

“Adawiyah..jangan begini sih..” Bibik Nita cuba memujukku lagi. Tolonglah...aku tak nak diganggu buat masa sekarang. Aku benci. Aku benci...!

“Bibik, Ajiboi...balik lah. Adawiyah ingin sendiri.” Aku memeluk lutut dengan tangis yang esak. Seketika, aku dengar pintu bilik ku dibuka dan ditutup rapat. Suasana mulai sepi. Yang kedengaran hanyalah esak kecil tangisku. Mama...abah...sampai hati korang. Adawiyah sakit, mama. Adawiyah perlukan abah. Jangan siksa Adawiyah macam ni. Adawiyah tak kuat. Tolonglah..jangan biarkan Adawiyah sendirian.Aku merintih sendiri.

“Adawiyah tak sendirian...” Seseorang menyentuh bahuku. Aku terkejut seraya mengangkat muka. 

Azam...?? Ku kira dia juga sudah balik macam ku usir Bibik Nita dan Ajiboi tadi. Rupanya tidak..
“Kau tak sendiri. Kau ada aku. Mai. Bibik. Ajiboi..Kau...ada Allah..”

Bagai satu tamparan yang hebat hinggap di pipiku. Apa yang Azam cakap ni??

“Jangan rasa diri tu sendiri. Jangan anggap, takdir berlaku kejam. Mama dan abah kau jauh. Kau perlu faham. Kalau mereka dekat, mesti mereka orang pertama yang akan susah hati melihat kau macam ni.” Azam cuba menasihati.

“Tak, Azam. Mereka lebih pentingkan kerja mereka daripada aku. Sudah kerap kali aku di buat macam ni. Aku lansung tak dipedulikan? Dari kecil..hingga aku besar, mereka serahkan aku pada jagaan Bibik Nita, Pak Oli dan Ajiboi saja. Mereka?. Mereka sibuk memanjang. Sesekali, aku nak mereka berada di sisi aku, Azam..” Aku merintih. 

Aku dah tak peduli lagi dengan siapa aku berhadapan. Dulu, Azam musuh utama, sekarang....

0 ulasan: