RSS

Wednesday 10 February 2016

Fahamilah

Bismillahirahmannirahim,
Assalammualaikum..

Terbaca satu status saudara terdekat di fb. Dia post gambar sedang pakai baju pink(baju pesakit di hospital nak bersalin) dengan caption "EVC, smg dipermudahkan segalanya"..

Byk rakan2 fb yg komen, ada yg komen membina, tapi tak kurang juga dengan komen yang xsedap mata membacanya. Kadang, geram jugak dgn sesetengah orang yg main hentam, tp, tak tau situasi sebenar org tu. Aku pun ada pengalaman buat pusingan ECV. Dan, aku positif untuk situasi seperti itu.

Tak ada mak-mak yang nak bayinya sonsang. Kalau boleh, nak bersalin normal. Memanglah, ketika mengandung, byk benda yang kita nak jaga. Terutama hbgn kita dgn org2 yg terdekat. Namun, cuba positif untuk barang seketika. Kalau sahaja kita yg tentukan, mmg kita tak hendak perkara itu berlaku kan? Maknanya, kita ini makhluk yang berkudrat lemah lah kita lansung xberhak nak menentukannya. Allah anjurkan kita berusaha. Jadi, cuba usaha. Kalau xdpt juga, serahkan segalanya pada Allah.

Si emak, jgnlah termakan dan terkesan sgt dgn mulut2 longkang org..
Dan, si masyarakat pula, hormatlah perasaan si emak..org mengandung ni emosinya lembut sikit. Sepatutnya, kita bagi peransang dan semangat buat mereka. Bkn menyalahkan mereka sepenuhnya.

Semoga dipermudahkan urusannya sebelum, semasa dan selepas melahirkan nanti. Semoga bjaya dalam pusingn ECV. Amin...Allah humma amin...

Sekian.


0 ulasan: