RSS

Thursday, 8 September 2016

Sinopsis KEMBAR SONGSANG

Bismillahirrahmmnirahim
Assalammualaikum..

Karya terbaru. Dah uploaded dlm ilhamkaragkraft.com

http://ilham.karangkraf.com/mobile/karya-detail.aspx?idk=6956&idc=36668

KEMBAR SONGSANG 

Terima kasih kepada pembaca setia saya.
Ok,sedikit sinopsis kisah Kembar Songsang saya..

Fathiah Safwah dan Hidayat Safwan adalah pasangan kembar. Fathiah dilahirkan songsang, dan Hidayat pula dilahirkan dalam kedudukkan normal. Walaubagaimana pun, kelahiran mereka adalah dilahirkan secara normal. Bukan seazerian atau yang sewaktu dengannya.

Uniknya, Fathiah memiliki satu kebolehan yang luarbiasa. Impak daripada insomnia aneh yang dia alami. Dia menjadi perantara roh yang tidak diketahui kematiannya supaya dapat diselongkar misteri kematian mangsa.

Dan, uniknya Hidayat juga, dia memiliki kebijaksanaan dan kecerdasan yang dikagumi. Dia seorang hafidz. Hanya dia yang boleh membantu kembarnya itu untuk menemui jalan pulang daripada dimensi masa.

Konflik akan terjadi apabila kebolehan Fathiah dianggap mengancam dan mencabar ilmu hitam milik seseorang yang mempunyai pangkat dan darjat.

Apakah yang akan berlaku terhadap Fathiah nanti? Bagaimana Hidayat melindungi kembarnya yang diamanahkan oleh papanya itu kepadanya? Berjayakah ilmu hitam menguasai kebolehan kembar songsang itu?

Pelbagai debar dan kisah yang akan dipaparkan. Semuanya menyajikan pengajaran sebagai tauladan kita semua.

Bahawasanya berkata Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizhahullah,

"Barangsiapa yang berpaling daripadaNYA, maka Allah akan memerintahkan syaitan untuk sentiasa menemaninya serta melalaikannya dan menyibukkannya (dengan urusan dunia)"

Untuk Hidayat Safwan ,

"Yaqin itu adalah tetapnya hatimu pada-Nya, dan kamu tidak berbalik, tidak berpaling, tidak berpindah & juga tidak berubah hatimu, dari-Nya."

Imam Junaid Al-Baghdadi رحمه الله تعالى


Teruskan mengikuti perkembangan Kembar Songsang. Terima kasih kerana menyokong.

1 ulasan:

fathiah athirah said...

Assalamualaikum...saya ingin bertanya sis tak nak sambung novel kembar songsang? Saya ternanti2... atau sis ada bukukannya? Kalau ada saya nak beli... terima kasih... penulisan sis best...