RSS

Friday 26 February 2016

Adab Majlis Ilmu


"Diriwayatkan ketika Rasulullah ﷺ berkumpul duduk ditempat Ahlu Suffah di belakang rumah Nabi ﷺ di dalam Masjid Nabi ada ruang untuk Ahlu Suffah. Maka masuklah ketika itu Ahlu Badar yang mana orang-orang yang menyertai Perang Badar yang mempunyai kedudukan yang istimewa di sisi Allah سبحانه وتعالى. Sebab perjuangan dan pengorbanan mereka yang tak ada tandingannya maka mereka memiliki kedudukan yang istimewa di sisi Allah سبحانه وتعالى dan Baginda Rasulullah ﷺ."

"Maka mereka tengok semua ruang dah penuh, maka mereka berdiri. Manakala mereka yang bersama Baginda Rasulullah ﷺ ketika itu yakni Ahlu Suffah yang mana mereka ini adalah orang-orang yang tinggal di dalam Masjid Nabi yang mana mereka belajar dan mengikuti ke mana sahaja Baginda Rasulullah ﷺ pergi."

"Semua orang nak duduk dekat dengan Nabi ﷺ. Kalau boleh mereka nak dekat lagi dengan Nabi ﷺ. Akan tetapi ternyata mereka tak faham dengan isyarat yang melihat kepada Ahlu Badar itu, Yang sedang berdiri. Nabi ﷺ tak boleh buat apa-apa maka Baginda Rasululullah ﷺ minta beberapa sahabat di antara Muhajirin dan Ansar."

"Yakni untuk bangun memberikan ruang kepada Ahlu Badar itu untuk duduk. Maka orang-orang yang dibangunkan oleh Nabi ﷺ itu ada di antara mereka yang terasa, tersinggunglah "Kenapa mereka didahulukan? Kenapa mereka dilebihkan? Tambahan pula di sana ada orang-orang munafik yang membakar api kemarahan."

"Dan yang ada mereka hidupkan dengan mengatakan; "Itulah dulu bukankah kamu kata Baginda Rasulullah ﷺ itu bertindak adil?
Tengok sekarang Baginda Nabi ﷺ mendahulukan orang-orang tertentu." Ini sifat orang-orang munafik yang suka mengapi-apikan maka Nabi ﷺ mengatakan; "Allah merahmati orang-orang yang memberi ruang kepada orang lain untuk duduk di tempatnya ataupun memberikan ruang untuk orang duduk di dalam majlis Allah merahmati."

"Sehingga Nabi ﷺ sebut begitu, maka ramailah yang bangun untuk memberikan ruang kepada Ahlu Badar untuk duduk Sepertimana Nabi ﷺ sendiri meletakkan kedudukan kepada orang-orang yang perlu didahulukan seperti orang yang Alim, Para Ulama begitu juga orang-orang yang mempunyai kedudukan yang mulia."

"Di mana Nabi ﷺ pun ketika duduk di dalam majlis maka sebelah kanannya adalah Saidina Abu Bakar رضي الله عنه وأرض dan di sebelah kirinya pula adalah Saidina Umar رضي الله عنه وأرضاه dan di sebelah Saidina Abu Bakar pula, adalah Saidina Uthman رضي الله عنه وأرضا dan di sebelah Saidina Umar pula, adalah Saidina Ali رضي الله عنه وأرضاه, kerana mereka adalah orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah سبحانه وتعالى."

"Dan juga di sisi Baginda Rasulullah ﷺ. Ini adab memberikan ruang kepada orang lain untuk duduk dan juga mendepankan, meletakkan orang yang sepatutnya di tempatnya. Di dalam hadis disebutkan ketika Nabi ﷺ di dalam majlis ilmu, dilihat ada tiga orang datang. Satunya dia tengok ada ruang yang kosong maka dia duduk."

"Ada satu, dia rasa malu untuk duduk di ruangan tempat yang kosong di hadapan, maka dia pun duduk di belakang dan ada satu lagi dia tengok dan berpaling lalu dia beredar.
Maka kata Nabi ﷺ kepada Para Sahabat yang lainnya; "Nak tak kalau aku bagitahu tentang mereka yang tiga itu tadi? Yang mana satunya dia nak datang mendekat dan cari tempat dekat kepada Allah سبحانه وتعالى maka didekati oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Adapun yang satunya malu kepada Allah maka Allah سبحانه وتعالى malu kepadanya dan yang satunya berpaling daripada Allah سبحانه وتعالى maka Allah pun berpaling daripadanya. Allah! Pada zahirnya mungkin kita nak datang ke majlis ilmu nak belajar Al-Quran, kita nak belajar Hadis tapi hakikatnya kita datang kepada Allah سبحانه وتعالى."

"Dan sebab itu Adab kita ketika datang kepada Allah itu kena lebih tinggi. Baik dari segi adabnya. Begitu juga pakaiannya, Pakai kemas-kemas, wangi-wangi, persiapannya, kelengkapannya, kitab, buku catatan, pen dan sebagainya. Semua itu perlu dalam keadaan yang paling sempurna ketika mana kita hadir di dalam majlis-majlis ilmu."

"Allah سبحانه وتعالى menyatakan; "Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang menuntut ilmu di dalam kalangan kamu dengan beberapa darjat."
Kalau kamu memberikan ruang, kalau kamu mendepankan orang yang layak berada di depan maka kamu itu tidak hina sekali."

"Bahkan kamu itu masuk di antara orang yang mulia sebab dengan ilmu kamu beramal dengan ilmu. Dengan adab yang kamu dapat daripada ilmu itu kamu laksanakan. Bahkan lagi kamu tawadhuk ketika itu. Yang mana disebutkan orang yang tawadhuk itu diangkat oleh Allah سبحانه وتعالى."

"Sepertimana disebutkan oleh Saidina Ibnu Abbas رضي الله عنه وأرضاه; "Perbezaan di antara kedudukan orang-orang yang beriman dengan orang-orang yang menuntut ilmu itu jauh ditinggalkan tinggi oleh orang-orang yang berilmu. Jauh sehingga disebutkan lima ratus tahun perjalanan jauhnya atau lebih daripada itu ditinggalkan daripada tingginya orang-orang yang menuntut ilmu itu atau orang-orang yang berilmu itu."

"Tingginya kedudukan orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang menuntut ilmu sebab itu di dalam menuntut ilmu Adab dahulu yang ditekankan sebelum ilmu. Antara adab didalam majlis ilmu adalah, Kalau ada orang masuk maka kita kena bagi ruang untuk dia masuk dan duduk."

"Cuma orang yang datang lewat itu tak boleh nak membangunkan orang lain yakni orang yang datang awal untuk dia pergi ke tempat lain dan dia, Yang datang lewat itu duduk di tempat orang yang datang awal. Ini tak boleh bahkan dilarang oleh Nabi ﷺ. Yang kedua, Kalau ada di antara dua orang di tengah-tengah itu maka hendaklah kita meminta izin untuk lalu di hadapan mereka ataupun untuk duduk di depan mereka."

"Dan yang ketiga, Orang yang sudah duduk di tempatnya. Kemudian dia nak keluar dalam kadar masa sebentar untuk dia berwudhuk ataupun ke mana-mana sekejap maka tempatnya itu boleh dia nak pertahankan tempat duduk dia dengan dia meletakkan sesuatu seperti shawl yakni ridanya ke ataupun apa-apa sahaja yang menyatakan tempat itu ada orang duduk."

"Maka ini juga termasuk dalam cara-cara orang yang duduk di dalam majlis ilmu. Ini semua sesuatu yang penting yang perlu kita kena faham kerana pada hari ini kita lihat ramai orang yang meremeh-remehkan adab ketika di dalam majlis ilmu. Sebab itu disebutkan; "Jadikan ilmu kamu itu ibarat garam dan Adab kamu itu ibarat tepung." Bermakna ilmu kita banyak mana sekalipun maka jadikan kita punya adab itu lebih tinggi dan banyak lagi daripada ilmu."

"Jadikan adab lagi tinggi daripada ilmu kerana Inti kepada ilmu seseorang itu adalah Adab. Sepertimana yang dikatakan oleh Al-Habib Ali Bin Muhammad Al-Haddad رحمه الله تعالى; "Perbetulkan niat kalian ketika hadir di dalam majlis-majlis ilmu. Jikalau niatnya adalah baik maka baiklah jadinya."

"Dan hendaklah kamu beramal dengan ilmu yang kamu perolehi kerana yang mengikuti ilmu seseorang itu adalah amalannya. Ilmu yang benar itu adalah cahaya dan tidaklah masuk diberikan kepada seseorang itu melainkan cahaya yang benar. Dan ilmu yang cahaya itu akan masuk ke dalam hati yang bersih, hati yang ikhlas dan hati yang tidak kotor."

Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.
#Fb_Raudhatul_Muhibbin

0 ulasan: