RSS

Wednesday, 25 April 2012

Kala malam tanpa bintang

Assalammualaikum,

lama  dah  tak  berblog.  Rindu...
Namun,  ku  akur  pada  tugas  semasa.  Yang  memungkinkan  aku  untuk  terus  menjelajah  cakerawala  maya  ini.  Tak  pa...abaikan!.

Kala  malam  tanpa  bintang...
Kenapa  aksaraku  tergores  begini  ya?
Bintang  itu  subjektif,  dan  yang  utama  abstraknya. Kenapa?
Malam  ini  memang  tiada  bintang  pun.hehehe...siang  tadi  hujan  mencurah  bumi..
tapi...tapi.....
Sudah  pasti  bintang  ku  malap.  Untuk  malam  ini.  Lantaran  kabus  gelap  menyelubungi. Aku  akur  dengan  arus  dunia.  Siapa  aku  untuk  menongkah  arus..Ah,  mata  sendu ku  memang  tidak  pernah  kontang!

Untuk  malam  ini,
terjentik  seluruh  sanubari.  Usai  menunaikan  solat Isyak,  jiwa  ku  terbuai-buai. Hatiku  terkapai-kapai.  Ketenangan  apakah  ini?  Kesayuan  apakah  pula  ini?  Berbaur-baur  pelbagai  intipati.
Subhanallah...!
Baru  ku  sedar,  hari  ini  aku  bernafas.  Aku  berjalan  di  lantai  bumi  Allah.  Aku  berlindung  di  bumbung  langit  Allah.  Anggotaku  sempurna  sekaliannya.  Pergerakkan  ku  bebas  dalam  langkah  yang  Allah  izinkan  dan...  aku  menikmati  hidup  yang  cukup  sempurna!.  Itu  titik  permulaan  untuk  setiap  kesyukuran ku.  Mengapa  aku  tidak  sedari  dengan  pandagan  majazi  ini?  Bahwasanya,  aku  dibawah  lembayung  keredhaanNYA.
Seribu  kesyukuran  ku panjatkan!

Lalu,
secalit  jiwa  mula  dihurung  rasa  takut.  Dalam  setiap  perbuatanku,  ku  khuatir  andai  aku  tersilap.  Ku  khuatir  aku andai  menyakiti  tanpa  sedarku.  Khuatir  andai  aku  alpa.  Khuatir  andai  aku  melampaui  batas.  Khuatir........
Justeru,
kekhuatiran  itu  kian  memuncak,  bilamana  majazi  ini  mula  membuka  pacaindera  hidup  dalam  alam  nyata. mula  khuatir  untuk  menghadapi  dunia.  Dunia  yang  penuh  dengan  fiil  yang  berbeda. Tersilap  langah,  diri  kecundang.Kuatkah  aku?  Tabahkah?.  Imanku  bagaimana  pula?.
Ya  Allah,  benar...ku  khuatir  imanku  akan  luluh! rapuh!  goyah!  Aku  cumalah  hamba  yang  hina  dan  daif!  Gersang  dan  kemarau  hati!

Namun,
Kalam  indah  ini  pengubat  segala  kekhuatiranku.  Penyembuh  segala  senduku..Lantas,  membuahkan  semangat  dalam  sanubariku.  Bahkan,  mengocak  perdu  imanku...
"Tidak  ada  suatu  bala  bencana(Musibah)  yang  terjadi  atas  muka  bumi  atau  yang  mengenai  menimpa  diri  kamu  semuanya  itu  melainkan  telah  dicatatkan  di  dalam  kitab  catatan  sebelum  kami (Allah)  tentukannya  akan  berlakunya,  sesungguhnya  yang  demikian  itu  bagi  Allah  adalah  suatu   perkara  yang  mudah.Tujuannya  yang  demikian  itu  supaya  kamu  tidak  berdukacita  terhadap  apa  yang  terlepas  daripada  tanganmu  tidak  pula  merasa  bangga  terhadap  apa  yang  diberikan  oelh  Allah  kepadamu. Allah  tidak  menyukai  orang  sombong  serta  membanggakan  diri  sendiri" (Al-Hadid :22-23)

Alhamdulillah...
dalam  kalut  malut  ini, gerak  hati  ini  temui  pendamaiannya.  Ku  ingat  tutur  seorang  teman  padaku  yakni  Ummu  Saiyyidah..
" salam.jgn kalah bila diuji..eheh...truskn mlangkah walaupun hnya dgn merangkak...buktikan CINTA itu.selawat."

Akhirul  Kalam,
Semoga  diri  ini  sentiasa  di  bwah  petunjuk  dan  hidayah  Allah.Agar,  diri  ini  tidak  alpa  dalam  meniti  arus  dunia.  Sesungguhnya,  ujian  itu  akan  memberi  nilai  terhadap  kualiti  iman  seseorag  dan  ia  akan  berguna  bagi  memeperkekalkan  iman  seseorang.





Tuesday, 10 April 2012

Sedetik Cuma

Assalammualaikum,

Ya Allah, syukur kehadratMu diatas limpah rahmatnya segala aksara yang Kau curahkan padaku. Ianya bertali arus tanpa putus-putus. Semakin aku mengingati Mu, semakin itu qalbuku sebak tak tertahan. Syukur Ya Allah, kau pinjamkan aku pada butir-butir aksara yang penuh makna. Tanpa izinMU, mana mungkin akan ku perolehi semua ini.

Ketikan jemariku menari lagi pada butang-butang maya. Setiap aksara, penuh makna...dan makna itu adalah hidup!

Firdaus mengesat peluh yang kian mericik di dahi. Darah kian mengalir laju dipahanya. Sakit! Mungkinkah dia akan mati disitu sahaja? Dalam akal fikirannya, hanya mati sahaja bertandang. Sakit yang teramat sangat. Firdaus terbaring diatas rumput. Memandang sekelilingnya dengan harapan ada orang yang akan menyelamatkannya. Kereta vios silver sudah penyek merempuh penghadang jalan. Mujur dia sempat keluar dari kereta tersebut meski pahanya luka parah dan tulang kakinya mulai terkehel.

Pandangan mata Firdaus kian kabur. Setiap objek dihadapannya kelihat membesar menjadi dua dan telinganya lansung tidak dapat menagkap sebarang bunyi. Ya Allah, mungkin sudah tiba ajalku. Itulah ayat yang mula menggerutu hati Firdaus.

Tiba-tiba sahaja Firdaus merasakan badannya sedang digoncangkan oleh seseorang. Firdaus cuba untuk membesarkan bola matanya, namun ia tetap kabur. Bagaimanapun, dia dapat menangkap akan susuk tubuh yang mula memangku kepalanya itu. Seorang wanita berkerudung putih!

"Bagaimana keadaannya , Doktor?" Tanya Fathihah lemah. Wajahnya pucat lesi. Dia baru sahaja usai mendermakan darah untuk lelaki yang dia selamatkan ketika kemalangan jalan raya tiga jam yang lepas. Mujur darahnya sepadan dengan darah lelaki tersebut. Syukur Alhamdulillah.. Allah memberinya peluang untuk berbakti dalam menyelamatkan nyawa seseorang.Yang empunnya kuasa, Allah juga. DIA yang mematikan, DIA juga yang menghidupan. Syukur Alhamdulillah.

Fathihah masih terbaring longlai di katil yang telah disediakan. Bersebelahan dengan lelaki itu. Hanya tabir biru yang menghadang keberadaan mereka. Dia perlu berehat untuk seketika sebelum dibenarkan pulang.
" Cik Fathiah kenal ke siapa dia?" Tanya Doktor wardah. Ada tanda nama tergantung di baju putih doktor muda tersebut. Fathiah menggeleng. Doktor Wardah mengeluh.
" Kenapa, doktor?" Tanya Fathihah seakan menangkap raut wajah bimbang doktor tersebut.
" Menurut polis, lelaki tersebut tiada tanda pengenalan diri. Mungkin juga beg duitnya telah dilarikan sebelum cik tiba di tempat kejadian.Oleh yang demikian itu, kami tidak dapat menghubungi saudara terdekat beliau buat masa sekarang. Tunggu dia sedar, barulah siasatan disambung semula. Ini bermakna, cik adalah saudara terdekat dia sekarang ni."
Fathihah menghembuskan nafas dalam. Lesu.
" Dia bagaimana, doktor?"
 Tanya Fathihah lagi setelah soalannya tidak dijawab oleh Doktor Wardah sebentar tadi.
" Dia okey. Selamat alhamdulillah. Kakinya patah. Tapi, masih boleh diubati. Dia cuma banyak kehilangan darah. Tidak lama lagi dia sedarlah." Fathihah menguntum senyum. Alhamdulillah.
" Kamu rehatlah dulu." ujar Doktor Wardah. Fathihah mengangguk lalu memejamkan kelopak matanya. Dalam pada masa itu, telinganya seakan menangkap satu bacaan surah yang agak mendayu-dayu nadanya. Suara Abi! Arwah Abi..

"Maha Berkat(serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (Dunia dan akhirat): Dah memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup(kamu)-untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu ; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya ; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (Bagi orang yang bertaubat" Surah Al-Mulk ayat 1 dan 2.

Menitis air mata Fathihah apabila terkenangkan Abi. Abi suka membaca surah Al- Mulk. Hampir setiap hari Allahyarham mendendangkan bacaan suci itu usai solat maghrib. Bak kata arwah, fadilatnya sangatlah besar. Fathihah mulai hanyut dalam mimpi indahnya berjumpa dengan ayah tersayang, yang telah di jemput pulang berjumpa Allah. Semoga roh Abi di tempatkan bersama-sama dengan orang yang Allah redhai. Amin.

Fathihah tersentak apabila merasakan pipinya telah disentuh seseorang. Kelihatan seorang lelaki agak terkejut apabila melihat Fathihah telah mencerlangkan matanya.
" Maaf...maaf...saya tidak berniat. Saya ternampak awak menangis, sebab itu saya lap air mata awak. Maaf, saya tidak sengaja". Tergopoh-gapah lelaki itu menuturkan kata. Wajah Fathihah yang masih pucat lesi itu kelihatan agak terkejut dan kurang senang dengan tindakan lelaki tersebut.
"Maaf.." tutur lelaki itu serba salah. Melihatkan wajah ikhlasnya, Fathihah mengangguk.

"Saya, Firdaus. Terima kasih kerana sudi mendermakan darah untuk saya." Firdaus mengulum senyum. Fathihah membalas senyuman itu. kelat.
" Saya cuma jalankan tanggungjawab saya sebagai muslim. Berterima kasihlah pada Allah." Bersahaja Fathihah menjawab. Tangannya memperbetulkan hujung tudungnya dengan cermat. Firdaus terpampam. Meneguk liur yang terasa pahit.
" Terima kasih sebab bawa saya ke hospital. Kalau tiada awak, mungkin saya ...hurm.."
Fathihah mengulum senyum sambil memandang wajah Firdaus.
" Seperti tadi, jawapan saya tetap sama. Allah yang mengkehendaki sesuatu kejadian itu. Kebetulan saya lalu di tempat kemalangan, saya cuma bantu apa yang patut."
Firdaus cuma mengangguk.Suasana sepi seketika.

"Bagaimana keadaan awak?" Fathihah mulai mengatur bicara. Ramah.
" Macam inilah. Sihat. Tapi, ada pening-pening sedikit. Kaki masih sakit. Doktor kata, dua hari lagi boleh balik. Awak bagaimana?"
"Agak lesu. Pertama sekali buat derma darah. Doktor kata, antibodi baan saya lemah. Perlukan rehat yang bayak."
"Saya ini menyusahkan awak sahaja, kan?. Terima kasih banyak-banyak. Eh, kenapa tangan awak berbalut ni?" Fathihah melihat tangan kanannya yang berbalut kemas. Oh, hampir terlupa akan kecederaannya itu.
"Awak berat sangat. Saya cuba angkat badan awak untuk masuk kedlam kereta. Masa tu, awak dah pengsan. Tapi, kudrat saya tak mampu. Saya tersadung batu dan badan awak menghempap tangan saya. Terseliuh sahaja."
Firdaus serba salah. Ya Allah, besarnya pengorbanan wanita di haapannya itu ke atas dirinya. Firdaus tertunduk. Tiada kata-kata yang mampu terluahkan.

Petang itu, Fathihah dan Firdaus sempat bertaaruf sesama sendiri. Mujurlah, Fathihah peramah orangnya. Nampak macam sombong, tapi, bila didekati, Fathihah sangat lucu dan penyakat orangnya.Begitu juga dengan Firdaus. Periang dan nakal. Sebab itulah mereka mampu menyesuaikan diri dengan baik.
" Esok, saya balik rumah mak cik saya." Ujar Fathihah selamba sambil menyuapkan nasi kedalam mulutnya.
 Firdaus kaku. Matanya meredup merenung Fathihah. Entah mengapa, hatinya muali terasa sukar untuk berjauhan denga Fathihah buat masa sekarang. Dia selesa bersama Fathihah. Kampung halaman Fathihah agak jauh daripada hospital dimana mereka di tempatkan sekarang. Selepas Fathihah dibenarkan untuk pulang, dia terpaksa menetap dahulu di rumah mak ciknya untuk sementara waktu.Firdaus begitu juga. Keluarganya sudah pun di hubungi. Perjalanan menuju ke hospital ini memakan masa yang agak lama.

"Sesungguhnya orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring(sama sahaja keadaan kepada Allah) kerana sesungguhnya Allah mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung didalam dada.Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Dia Maha Halus urusan pentadbiranNYA, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya! Surah Al-Mulk ayat 12 hingga 14."
Usai membaca terjemahan surah itu, Fathihah tersenyum manis. Alhamdulillah, Allah masih menajamkan akalnya untuk menghafas surah yang menjadi kegemarannya setelah Abi meninggal dunia.

Firdaus menelan liur. Fathihah kelihatan berilmu dalam bab agama. Tengok sahaja adapnya dalam berpakaian. Dalam pertuturan. Dalam tingkah laku. Semuanya tidak melampaui batas dan ada had yang tersendiri. Sejuk matanya memandang wajah Fathihah.Tanpa dia sedari, ada sesuatu rasa yang aneh mula menyelinap tangkai hatinya perlahan-lahan. Ya Allah, punyalah banyak wanita yang dia kenali, tiada seorang pun seperti Fathihah.Dia mulai malu pada Fathihah. Apalah sangat yang ada pada dirinya. Jahil dan selalu memandang enteng akan perihal agama. Astaghfirullah..

"Sehari bersama awak, saya rasa saya cukup tenang." Firdaus bernada sayu. Fathihah pula menyimpul senyum. Dia juga turut merasa tenang bersama Firdaus. Bersama Firdaus, dia mampu ketawa riang. Firdaus pandai menghiburkan hatinya. Meski rindu pada tunang tersayang masih kuat membuai hati. Zulfaqar, tunang yang pergi bersama Abi ke alam sana. Meninggal semasa mengerjakan umrah di tanah suci. Meski pemergian kedua-dua insan yang disayanginya itu meruntun jiwanya, namun dia harus redha. Allah lebih Mengetahui akan segala sesuatu.

"Saya akan berkahwin dua minggu lagi, Fathihah." Luah Firdaus dalam sendu. Fathihah tersentap. Mata bulatnya membesar. Ayat itu seakan sembilu yang merobek hatinya. Dia sendiri kurang mengerti akan musababnya. Ah, misterinya perasaan!

"Tapi, pernikahan kami telah pun di batalkan siang tadi. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, bakal isteri saya berpimpingan tangan dengan sahabat karib saya. Pada mulanya, saya tidak syak apa-apa. Tapi, hati saya bagai dicarik-carik bila bakal isteri saya memanggil kawan saya tu dengan panggilan yang cukup mesra. Bila amarah makin meluap-luap, saya memberanikan diri untuk berhadapan dengan mereka. Rupa-rupanya, mereka sedang dilamun cinta. Saya telah diperbodohkan. Masa itu juga saya telah memutuskan perhubungan kami.Cukup menyakitkan apabila kita dikhianati"
Firdaus mengepalkan jemari. Geram. Namun, dia sudah tidak mampu berbuat apa. Terpaksa merelakan keadaan itu berlalu sebegitu sahaja.Dek kekecewaan itulah yang membawa dia jauh dari kampungnya. Dai memandu kereta tanpa hala dan arah tuju. Perhentian demi perhentian yang disinggahi untuk mencari ketenangan. Sehinggalah, dia merempuh penghadang jalan gara-gara terlau letih dan mengantuk. Dan, pertemuan bersama Fatihah sekan mendatang embun dingin dalam hujung hatinya.Syukur, Ya Allah.

"Situasi kita hampir sama, Firdaus. Saya juga bakal berkahwin tidak lama lagi. Namun, Allah lebih sayangkan bakal suami saya. Dia telah meninggal dunia ketika mengerjakan umrah bersama ayah saya. Mereka meninggalkerana kemalangan juga. Mereka dikebumikan disana. Saya redha. Andai itulah ketetapan untuk saya. Menyakitkan bila rindu datang bertandang. Namun, di sebalik rindu itulah, terpalit sedikit bahagia buat saya. Sekarang, saya harus teruskan hidup."

Firdaus merenung dalam wajah sunggul Fathihah. Dia wanita tabah. Kenapa aku tidaj setabah Fathihah.? Dia telah kehilangan insan tersayang. Diputuskan oleh pertalian yang bernama kematian. Sedangkan dia, diputuskan oleh pertalian yang bernama hidup. Subhanallah, Allah Maha Besar kerana telah membuka mata hatinya kini.Sungguh, pertemuan bersama Fathihah banyak membuka mata hatinya. Bermula dari pengorbanan Fathihah dalam usaha menyelamatkannya, kemudian menderma darah, sikap dan peribadi Fathihah, kisah Fathihah juga keramahan Fathihah.

Malam kian sunyi. Penghuni hospital sudah lena dibuai mimpi. Firdaus tidak mampu memejamkan mata. Jiwanya rasa tidak keruan. Sakit fizikal yang dia alami bagaikan tidak terasa baginya. Ada sesuatu yang aneh menghurung sanubarinya kini. Ya Allah, berikanlah aku petunjukmu. Sungguh besar hikma yang telah kau berikan untukku. Mungkin juga Fathihah telah lena dibuai mimpi. Biarkan dia tidur. Peristiwa pada hari ini terlalu banyak merakamkan kenangan yang cukup bermakna.Akhirnya, Firdaus terlena jua..

Esok harinya.

Fathihah tersenyum ceria. Wajahnya tampak berseri-seri.Melihatkan senyuman manis itu, Firdaus juga menguntum senyum. Ada sesuatu yang menggelikan hati Fathihah. Malam tadi, ketika dia terjaga dari tidur, dia terdengar Firdaus meracau-racau. Menyebut namanya. Apa yang Firdaus fikirkan agaknya ya?.

"Awak, bila agaknya kita akan berjumpa lagi ya?"
Soalan itu tiba-tiba sahaja terpacul dari mulut Firdaus. Fatihah menjongketkan bahu. Entah.
"Serahkan segalanya pada Allah. Bukakah pertemuan, perpisahan jodoh dan maut itu ketentuan Allah. Maka, kenalah kita yakin dengan sepenuh hati akan kekuasaannya." Senyuman manis itu masih lagi melekat dibibir Fathihah.
"Jangan lupa hubungi saya, ya Fathihah..." Pinta Firdaus penuh harapan. Fathihah cuma mengangguk. Dia malu menyatakan hasrat hati ingin mengenali Fathihah dengan lebih mendalam. Harapannya menggunung terhadap Fathihah. Dia hanya mampu memendam rasa. Fathihah wanita unik. Dai tidak semudah wanita lain.
"Saya pergi dulu, Firdaus. InsyaALLAH, jika diperkenankan, semoga kita berjumpa lagi. Jaga diri baik-baik." Fatihah mengucap salam sebelum pergi meninggalkan Firdaus.
 Kakinya melangkah perlahan. Hatinya mulai berdegup kencang. Perasaan aneh itu menyelinap ruang sanubarinya. Ya Allah, paculah aku kejalan yang kau redhai agar aku tidak tersasar dalam godaan nafsuku. Dan kiranya, ada pertemuan lagi yang menyusul antara kami, biarlah pertemuan itu dibawah baraqahMU.

Sepintas lalu, Fathihah menoleh kebelakang. Melemparkan senyuman penuh makna buat Firdaus. Firdaus mengorak senyum. Semoga ada lagi pertemuan yang menyusul antara mereka. Itulah rasa yang mula menghimpit jiwa mereka sekarang.


p/s :: Firdaus, awak nak tahu kenapa saya senang bersama awak? Kenapa saya selesa bersama awak walaupun sedetik cuma? ini kerana... darah kita mengalir sama. bersatu dalam jasad kita. Allah gerakkan hati saya untuk awak. Cuma, saya ingin menjaga perasaan ini sebaik mungkin. Saya tahu, awak merasa apa yang saya rasakan. Justeru, biarlah Allah Taala sahaja yang mengatur segalanya untuk kita. Hanya Dia sahja yang berhak. Saya berharap agar kita dipertemukan lagi. InsyaAllah.. <3

Bulatan Gembira (ct, sheda,zul,amin, n ibal )

Dedikasi untuk mereka..

Asslammualaikum...

Duhai hati, duhai jiwa
Seringkali terbuai-buai
Hanyut pada nostalgia lama.
Sungguh aku rindu pada pertemuan. Pada gurau senda. Pada tawa riang. Air mata juga.

...bahwasanya, aku pernah singgah di perlabuhan hati mereka walaupun seketika cuma.
Menghantar secangkir bahagia, juga sesudu air mata...

...bahwanya juga, mereka pernah mendiami hati ku untuk dulu, kini dan selamanya.

Larian jemari ku pantas berlari semula. Pada aksara hidup yang sering menaungi hati. Al kisah yang punyai rentetan. Sungguh, aku rindu pada..

SEBUAH HUBUNGAN PERSAHABATAN YANG PERNAH MEMERIAHKAN SANUBARI HATIKU, suatu masa dahulu. Titiapan ini buat mereka..



 ..Nur Sheda, Ahmad Aminuddin, Zulfadli dan Fakhrul Al-Iqbal. Juga pada Wan dan Ezzah Ubaidah...


Sungguh, rindu pada saat bersama kamu semua. Mereka sudah ku anggap persis adik ku sendiri. Juga kakak ku. Kasih sayangku terhadap mereka tumpah mencurah-curah pada persahabatan itu. Aku yakin, mereka juga seperti aku.
Aku masih ingat lagi detik perkenalan kami. Tersenyum sendirian. Kotak memeori ku kian sarat dengan nostalgia. 

Awalnya, ku kenali Ahmad Aminuddin, Iqbal dan Wan. Ketika kami sama-sama menawan gunung santubung. Semenjak itulah hubungan kami semakin erat. Seingatku juga, itulah kali pertama aku dan Nur Sheda keluar bersama-sama walaupun sebelum ini kami berada pada bidang tugas yang sama dalam kerja. Ketika itu, mungkin juga kerana keramahan ku, juga kematangan Nur Sheda, persahabatan kami berjalan dengan begitu mudah dan akrab. Adik-adik ku (Amin, Iqbal dan Wan juga) memanggil kami sebagai kakak. Memandangkan kami lebih tua dari mereka.
Rentetan daripada peristiwa itu, persahabatan kami terasa mulai semakin akrab. Kami bersama-sama menjalankan misi menawan berberapa Gunung yang terdapat di Kuching. Seperti Gunung Gading dan Gunung Serapi. Dalam melayari minat dan hobi yang sama itu, terasa kami mulai senang bersama antara satu dengan yang lain. Mula meredah onak berduri bersama-sama. Suka duka bersama-sama. Tawa riang bersama-sama. Aku bahagia memiliki adik-adik yang sangat prihatin. Juga kakak yang sangat memahami. Ya Allah, lindungilah sahabat-sahabatku .

Dan Kini...

Bukan menjauh. Tapi, mungkin sudah suratan. Kami tidak akan mampu menjadi seperti dahulu lagi. Kami tidak mungkin akan duduk membuat "Bulatan gembira" seperti dahulu lagi. Berjalan bersama-sama. Dan, ku kira mungkin agak mustahil untuk kami mengembalikan keceriaan sama seperti dahulu lagi.
Pengalaman ini telah mendewasakan. Juga mematangkan fikiran. Kami akan ingat di mana, bilamana, dan bagaimana kami pernah terjatuh bersama-sama kemudian bangkin bersama-sama. Segalanya adalah bersama-sama.

Nur Sheda, bakal menjadi isteri orang tidak lama lagi. Alhamdulillah. Berakhir juga zaman bujangnya setelah banyak mengharungi liku-liku yang beronak duri. Walau apa pun yang  berlaku, aku akan sentiasa bersamamu, Kak Sheda.Terima kasih kerana menjadi sahabat ku. Aku sayangkan kamu.
Zulfadli , semoga berbahagialah kamu apa adanya. Ingat, dunia ini sifatnya sementara. Umur muda, manfaatkanlah sebaiknya. Dalam kita mengorak langkah, kita tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan. Semoga pengalaman bersama kakakmu ini menjadikan kamu lebih matang dalam menenal erti hidup. Semoga sukses selalu adik ku.Kakak sayangkan kamu.
Ahmad Aminuddin , terjatuh..bangunlah. Jangan biarkan kekecewaan menyekat langkahmu. Belajar dari apa yang pernah kamu perjuangkan. Perjuangkanlah apa yang kamu pernah pelajari. Pintaku, moga kau lebih tabah. Genggamlah segulung ijazah sebagai bukti ketabahanmu. Kalau boleh, master, Phd dan..bla...bla.. Ingatlah, Allah menyanyangi hambanya yang sabar dan tabah akan segala ketentuan. Mungkin nanti, kamu akan mendakap kebahagian yang lebih dari jangkauanmu. Kakak sayangkan kamu.
dan,
Fakhrul Al-Iqbal, sudah besar remaja sekarang. Masih muda belia. Melangkah ke alam dewasa perlukan ketabahan dan kesabaran yang jitu. Didiklah hatimu selalu. Ingatlah Allah dalam setiap langkahmu. Bahwasanya, kakak ingin melihat kamu berjaya melaanjutkan pelajaran seperti Zulfadli dan Ahmad Aminuddin. Kakak sayangkan kamu juga.
Sedikit tips dari ku :-

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya”(H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
·      Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
·      Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
·      Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
·      Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
·      Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
·      Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
·      Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
·      Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
·      Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
·      Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
·      Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
·      Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
·      Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
·      Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh melemahkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
·      Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
·      Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
·      Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
·      Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
·      Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya

p/ :: Semoga kita dapat berkumpul semula seperti dahulu. Untuk megimarakkan lagi psahabatan kita yang di hurung sepi.



~Wassalam~

Thursday, 5 April 2012

bUKU HiTaM

Assalammualaikum,

Menari lagi jemari ku di ruangan ilham. Susur galur curahan anugerah Illahi.
Setiap aksara , ada maknanya.
Setiap maknanya, membawa pengertian.
Dan setiap pengertian, ia hidup!

Ku titip satu kisah sekadar renungan.

"Bapak kau bisu!"
"Bapak kau pekak!"
"Pengotor!"

Aku menoleh suara sumbang itu. Dahiku berkerut seribu. Seorang gadis , muda belia, ; tertunduk malu. Ingin sahaja aku menghampiri. Namun, langkahku tidak bermaya. Namun, hati ini mulai tertarik. Pengertian rasa yang mulai tersentuh.

Gadis itu meneruskan langkah nan longlai. Cuba menepis tohmahan yang menggores luka itu. Ah, luka! Maya dalam hati. Tak akan siapa yang mungkin mengerti. Hangat kelopak mataku tatkala melihat sebutir mutiara jernih melalui pipi gebu gadis itu. Ya Allah, beri tabah padanya. Semoga ejekan dan hinaan itu merupak tarbiyah untuknya agar lebih dewasa melalui kenyataan.

Kaki ku mengikut jejak langkah si gadis. Entah mengapa. Amatlah tertarik aku pada kisahnya. Dia tidak menyedari akan kehadiran. Cukuplah aku memerhati. Nanti, bila ada masa yang sesuai, akan ku dekati jua. Kasihan dia. Si gadis duduk di bawah pohon ketapang. Ada bangku panjang tersedia di situ. Tangannya mengeluarkan sebuah buku didalam beg sekolahnya. Buku berwarna hitam. Dia mencoret sesuatu. Penuh kusyuk dan penghayatan. Sehingga jelas ku lihat, ada derita di sebalik lindungan hatinya yang dia tidak mampu untuk berkongsi dengan siapa-siapa dan hanya dia , Allah sahaja yang tahu.

Mengalir lagi mutiara jernih dipipinya..

Sebak hatiku. Namun, ku gagahai hati untuk terus memerhati dari jauh.
Usai menulis, si gadis termenung panjang. Buku hitamnya di selitkan dalam beg yang belum di zipkan. Tidak lama selepas itu, dia berlalu pergi. Melangkah dalam terpaksa.

Buku hitam!

Ia terjatuh dari beg. Tanpa Si gadis sedari pun. Berlari-lari anak aku menghampiri. Mengutip buku hitam yang menyungkur lantai bumi. Belum sempat aku memanggil, si gadis telah lesap ditelan perut bas sekolah.
Aku mengeluh hampa. Buku hitam itu aku renung dalam-dalam. Tanpa izin, mungkis silapku..Aku membuka buku hitam itu. Satu coret hati penuh airmata menghujani buku hitam tersebut.

"Ayu mahu ada bapa yang boleh mendengar rintih hati Ayu,
Ayu mahu ada bapa yang boleh memberi nasihat tatkala jiwa ini di hurung duka,
Ayu mahu berbual-bual dengan bapa,
Bicara dari hati ke hati.."

"Bapak bisu. Bapak pekak!. Macam mana hendak berbual dengan ku? Bagaimana hendak mendengar rintih hati ku?
"Bapak mengongkong aku sangat. Bapak melarang aku keluar dengan teman lelakiku.
Bapak dipandang hina dan keji!

Tersentap dadaku pabila terbaca akan kenyataan itu. Aku beristighfar untuk berberpa kali. sebagai meredakan jiwa yang kian terganggu. Ya Allah.. Bapak sendiri hendak di cela? Bapak sendiri dopandang rendah? Bukankah itu anugerah?. Bukti kekuasaan MU?. Tanda keistimewaan. Aku mengutuk sendiri. Namun, aku teruskan jua pembacaan ku.

"Bapak, Ayu tertekan. Di sekolah, rakan-rakan mengejek Ayu. Mereka tulis di papan hitam, "Anak si bisu". Ayu malu. Ayu menangis, namun, Ayu tidak tahu hendak luahkan pada siapa. Ayu rindukan arwah emak. Kalaulah emak masih hidup..."

"Bapak, Wazir menyindir Ayu, "Bapak sayang bisu rupanya. Patutulah macam orang bodoh". Ayu sedih. Kenapa bapak datang jemput Ayu malam tu?. Ayu bukan sahaja diputuskan oleh Wazir, malah, Wazir telah mengutuk Ayu. Bapak tahu? Betapa sakitnya Ayu rasakan sekarang?. Bapak tahu? Ayu tension!!"
Ayu dah tak sanggup lagi hidup macam ni. Ayu menderita kerana asyik kena kutuk dan dicaci. Asyik disakiti. Ayu tak tahan. Ayu rasa hendak mati saja, pak!. Buat apa Ayu hidup kalau punyai bapak yang pekak dan bisu?. Ayu tak mahu di ejek lagi. Ayu malu!"

Aku menitiskan air mata. Sungguh...sungguh aku tidak menyangka!. Mungkin, Ayu sudah terlalu tertekan, sehingga dia tidak mampu untuk berfikir waras. Suatu dosa besar apabila menyakiti hati orang tua. Ya Allah, Ayu perlukan bimbingan dan petunjuk MU. Selamatkanlah dia daripada perkara yang tidak diingini. Dia masih terlalu muda untuk menjerat dirinya kelembah yang boleh menjahanamkan dia. Janganlah biarkan dia tersasar dari landasanMU.

Dalam hatiku menggerutu kecewa dengan sikap Ayu, ianya tetap terpalit sedikit sebak. Sebak menyaksikan senario dunia yang pelbagai ragam. Hilang jati diri sehingga sanggup berceloteh benda yang bukan-bukan. Apalah sangat kuasanya manusia sehingga sanggup menjatuhkan hukum pada insan lain? Astaghfirullah. Manusia akhir zaman!

Aku bertekad, esok aku akan serahkan  buku hitam itu kepada Ayu. Ada alamat rumah Ayu yang tertera di kulit buku hitam tersebut. Aku berazam, bila sahaja aku dapat menyerahkan buku tersebut, terlebih dahulu, aku hendak meminta maaf pada Ayu sebab membuka buku hitam itu tanpa izin. Semoga aku dapat memberi sebarang dua patah kata nasihat pada Ayu.

Esoknya..

Aku memakirkan kereta ku dihadapan sebuah rumah yang kelihatan agak kecil dan sempit. Aku rasa, alamat ini betul dan tepat. Belum pun sempat aku memberi salam, seseorang melulu keluar dari rumah tersebut dengan wajah yang agak cemas. Dia menghampiriku sambil tergopoh-gopoh dalam bahasa isyaratnya. Aku tidak faham. Namun, jelas terpamer rasa cemas di raut wajah berkerut lelaki itu. Ku kira, itu bapaknya Si Ayu.
"Kenapa ni, pak cik?" Tanya ku mulai cemas.
 Bapak Ayu masih lagi berbahasa isyarat sambil menunjukkan kedalam rumahnya. Tanpa membuang masa, aku pun masuk kedalam rumah tersebut. Bapak Ayu sudah melulu masuk kerumah.Belum sempat aku membuka sepatuku, aku lihat bapak Ayu sudah memapah badan longlai Ayu dengan tangisan teresak-esak. Aku kaget!. Lengan Ayu dikelar! Ya Allah....
Kami melulu memboloskan diri kedalam kereta. Ya Allah, selamatkanlah Ayu. Dalm rasa kasihanku, aku megutuk keras perbuatan tidak bermoral Ayu. Ayu mengelar tangan sendiri! Ayu cuba hendak membunuh diri sendiri!

Di Hospital.
"Doktor, tolonglah selamatkan anak saya. Itu sahaja satu-satunya anak yang saya ada , Doktor. Berapa sahaja bayarannya, saya akan ikhtiarkan. Tolonglah doktor. Buatlah apa sahaja asalkan anak saya selamat (Dlaam bahasa Isyarat)"
Ada airmata mermbes diwajah tuanya. Ya Allah, kasih sayang seorang ayah..mengapa si anak lansung tidak hargai?.
"Pak cik, Ayu sudah terlalu banyak kehilangan darah. Kami perlukan penderma untuk menyelamatkan Ayu."
"Ambillah darah saya, doktor. Asalkan anak saya selamat."(Dalam bahasa Isyarat)
"Darah yang kami perlukan mempunyai kuantiti yang banyak, Pak cik. Saya khuatir. Ianya amat berbahaya untuk pak cik."
" Saya mahu dermakan darah saya!. Tolonglah. Keselamatan saya, itu tidak penting. Asalkan anak saya selamat!"(Dlam bahasa isyarat)

Meski aku kurang faham, namun akau dapat membaca akan kekhuatiran abpak Ayu.Tersentap hatiku mendengar pengakuakn bapak Ayu. Pengorbanannya terlalu besar. Dan, ianya boleh membahayakan nyawanya sendiri. Allah, tingginya pengorbanan seorang ayah yang sanggup berkorban nyawa untuk anaknya. Namun, sebaliknya tidak bagi si anak. Dunia...

Satu jam kemudian..
Aku menguak pintu bilik wad yang telah menempatkan Ayu dan bapaknya. Mereka ditempatkan pada katil yang bersebelahan. Aku melihat, Ayu sudahpun terjaga. Cuma, bapaknya masih kaku terbaring dengan bantuan kiub oksigen dan sedkit air tercucuk di rongga hidung dan pergelangan urat nadinya. Bapak kelihatn lemah. Menitis airmataku. Ya Allah, inilah hikmahnya. Engkau telah mengaturkan perancangan yang cukup sempurna untuk kejadian ini. Subhanallah.
Ayu menggenggam jemari sejuk bapaknya. Matanya sudah basah dek air mata.
"Ampunkan , Ayu bapak. Ayu berdosa pada bapak. Ayu anak yang jahat. Ayu anak yang tak berguna. Ayu bodoh, pak. Ampunkanlah Ayu... Mafkan khilaf Ayu. Ya Allah, aku bodoh dan hina. Selamatkanlah bapak. Pengorbanan bapak padaku teramat besar. Bapak...sedarlah. Bila bapak sedar, Ayu berjanji Ayu akan jaga bapak. Ayu tak akan malu lagi. Ayu akan lindungi bapak. Ayu akan bersama bapak untuk selamanya. Ampukan Ayu..Sedarlah, pak...."

Sayu hatiku. Namun, aku memanjatkan seribu kesyukuran diatas apayang telah berlaku. Hikmah yang cukup nyata. Pengertian yang Maha Jelas. Jangan disangkal! Ya Allah, semua yang terjadi atas kehendaMU. Semoga selepas ini, Ayu lebih tabah menghadapi hidup. Aku yakin, Ayu sudah sedar akan segala khilafnya. Syukur Alhamdulillah.

Buku hitam ini, kunci pada kisah hidup Ayu dan bapaknya. Aku tinggalkan pada kaunter hospital. Nanti, mereka akan serahkan pada Ayu. Tidak usahlah Ayu mengenali ku. Ku yakin, suatu hari nanti, Allah akan pertemukan kami dalam lembayumg ukhwah yang Allah redhai. InsyaAllah.



"AKU MALU PUNYAI BAPAK YANG PEKAK DAN BISU..!"



P/S :: ..Semoga Ayu lebih dewasa dalam hidup. Semoga Allah bagi petunjuk padanya. Ikhlas kasih, untuk Ayu, si Buku Hitam..

Wednesday, 4 April 2012

Kunci Noda

Assalammualaikum,

Dalam likat pekat malam, hati mula dihurung kata serabut yang berangkai-rangkai.
Dalam elus pawana dini hari, qalbu mula di rintik embun.
Dalam ligat minda menjamah waktu justeru meneroka kisah bertindih kisah..
Hinggap pada tanah berdarah kering.
roh mula kaku tanpa kata.

Ah!
Betapa di situ mengandung jutaan kisah yang terpendam.
dalam ingatan ku, sudah lama ku simpan kisah ini dalam peti jiwa.
kuncinya ku campak jauh dalam dasar lautan duka.
azam ku, manakan ku gali kisah nondeng yang menurih luka.

Bergelut, bermandi nanah hanyir!
selimutku cuma rasa ingin meneroka!
terjentik pangkal hati !
terikat pada tali nafsu tiada sempadan!
bersemayam bisik laknatullah!

Astaghfirullah hal'adzim..
Sungguh hati pudar tanpa iman.
Sungguh jua jasad basah tanpa iman!

Lalu dengan itu, ku pejam mata hangatku. Tertakung kelopak jernih yang pedih. Hati...hati!
Hati bergetar tanpa nada. Cuma sedikit dengar suara memohon ampun..
Allah...SinarMU menyuluh kamar hati yang gelap.
Allah...KasihMU membaluti jiwa yang tandus..
Allah...HidayahMu mengubah roh yang mati!

Allah...Syukur, ku pijak lagi bumi nyataku..


p/s ::  Sesungguhnya Allah membentangkan tangan rahmatNya pada waktu malam supaya bertaubat orang yang telah berdoa pada siang hari. Juga menghulurkan tangan kemurahanNYA pada waktu siang hari. Keadaan ini terus-menerus menjelang matahari terbit dan barat.
(Riwayat Tirmizi)


#Ingatandalamingatansitihajarahmad

Tuesday, 3 April 2012

Sahabat selamanya..


Merintih sendiri.Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....Banyaknya kekurangan diri. Mengeluh tak sudah. Di timpa musibah barang sedikit bagai sudah hilang kawalan diri. Bagai berhenti putarnya dunia. Ya Allah, di mana letaknya barang sedikit iman yang tersangkut di hati?.
Memang, tika itu aku terawang-awangan. Bagai mencapai tali dalam maya. Namun, tak tercapai oleh mata ilusiku. Terusan lah aku merintih. Terkadang, sedikit sendalu damai menyapu tangkai hati. Mengajak agar lebih tabah. Mengingati agar lebih waras dalam berfikir. Ku kelu. berkecamuk tidak keruan jiwa sanubari. Ya Allah, berilah tolong pada hamba yang jahil lagi terkeji ini!
Aku sedar,Jiwa yang tandus taqwa,Terdorong lakukan apa sahaja,Sanggup menentang arus kehendak Ilahi.Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri.Maka, pabila dosa telah larut,Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri.Itulah fitrah sang pendosa,Yang leka dari pencipta-Nya. Nauzubillah..
Lalu, ku ingin membawa pergi jiwa nan rawan ini. Kebetulan, di Kuching, akan berlansung program Kuching Bersalawat. Bila sudah ada kata sepakat, dari teman yang bayak membantuku selama ini...akhirnya Allah gerakkan aku kesana. Perjalanan agak jauh ku rasa. Dalam 5 jam perjalanannya dari kampung halaman. Dengan membawa hati nan sayu meredup, aku teruskan perjalanan. Moga-moga ku temui apa yang aku cari selama ini di sana. Ah, jati diri!
Dua perhentian sahaja. Akhirnya aku sampai dengan selamat di rumah sahabatku, Ummu Saiyyidah. Alhamdulillah. Kedatangan ku di sambut dengan berbesar hati oleh sahabatku yang telah ku kenali semasa masih menuntut di tingkatan 6 lagi. Dulu, dia brutal. Garang. Nakal. Sekarang.... Alhamdulillah. Sejuk mata memandang. Allah tunjukkan kekuasaanNYA dengan begitu ajaib sekali. Subhanallah..
Sampai di sana, jumpa seorang laki sahabat yang tak pernah aku kenali. Nadia Watie... cuma kenal memalui facebook sahaja sebelum ini. Pertemuan yang Allah telah rencanakan untuk kami. Dan, sungguh mudah dan ramah untuk kami menyesuaikan diri antara satu sama yang lain.





Jom Makan! Di SCR, SATOK.

 Usai makan, kami berlalu pergi. Waktu maghrib sudah hampir tiba. Dan, akan bersiap siaga untuk pergi ke Program Kuching Bersalawat. Di rumah Ummu Saiyiddah..dia telah meminjamkan aku baju labuhnya dan tudung labuhnya. Pada mulanya aku menolak..namun tetap ada keinginan. Aku belum bersedia lagi. Namu, desakkan naluri amatlah kuat. Cuba dahulu untuk malam ini. Kalau tidak selesa, tak mengapa.
Bila terpakaikan pakaian sebegitu, hatiku mulai berdegup dedap. Berdebar. Namun, ku gagahi. Sehingga aku mulai tenang dalam lindungan baju dan tudung labuh ini. Ummu Saiyyidah lah yang banyak ingatkan. Terima kasih, sahabat.

Alhamdulillah...ketenangan ini terus meresap dalam hati dan alur darahku sehinggakan aku semakin bersemangat untuk berhijrah. Aku tenang!Bila semuanya selesai..kami selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Dewan Undangan Negeri lama sudah di penuhi dengan para pengunjung..

Memang hampir mengalir mutiara jernih di pipiku tatkala qasidah indah membuai lembut cuping hatiku. Ya Allah, aku ditakdirkan untuk sampai kesini.Untuk mendidik jiwa berhati batu. Untuk membuang resah gulana. Sehingga salawat ke atas Nabi menyelimuti hatiku sedikit demi sedikit. Subhanallah.. Tanpa izinMU, tak mungkin akan ku mampu!
"Sollallahu a'la Muhammad. Sollallahu a'lahi wassalam.."
Ya Allah...aku tidak mampu untuk berkata apa. Terkunci mulutku disaat itu. Sesegera itu hati mula menginsafi diri. Ya Allah, Allahuakhbar!.
Ya Allah,


Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,

Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.

Aku melangkah keluar bersama azam yang mula tertanam dalam hati. Ya Allah, kekalkanlah aku dalam keadaan seperti ini. Janganlah kau tinggalkan aku, Ya Allah. Sunggu dan benar, aku perlukan semangat dan dorongan!
Ummu Saiyidah..
sahabat yang kental hati nya.Dalam diam aku kagumi semangatnya.

Lalu, siang menjelma. Aku, Ummu Sayyidah dan Nadia watie mula melangkah lagi. Menjalin ikatan ukwah yang tak kan pernah padam!. Bercerita banyak kisah. Berkongsi segala cerita. Dlam masa yang singkat sahaja, kami saling mengenali diri masing-masing. Dan, ku rasa..kami akan di landa rindu bila berjauhan nanti..

Dalam perjalanan. Jalan sesak.
Nadia sudah berkali2 menghubungi. Kasiahan dia
Ini bangunan UNITAR. sebelah sikit..
Hujan lebat di pasar. Memang percubaan
berani mati bila meredah hujan begitu saja.
Hujan hampir reda.
Alhamdulillah..




Dalam kereta



Singgah sebentar di kedao buku. Kami beli buku ilmiah untuk pengisian rohani.
Juga untuk santapan minda.

Singgah solat Asar di Surau Wisma Satok.

kaki, seluar, stokin...
semuanya basah.so, bli selipar dan stokin
untuk sementara waktu.

Perjalanan menuju kerumah NadiaWati


Hari sudah senja. Matahari mulai terbenam.

Inilah persinggahan kami seterusnya.
Solat Maghrib di rumah Nadiawatie.

Berselera sekali NadiaWatie makan. Apa tak nya, seharian menahan lapar tunggu aku dan Ummu Saiyyidah.


Sungguh, setiap pertemuan, pasti adanya perpisahan. Tiga hari disini..Alhamdulillah, aku mampu menenangkan hati. Sedikit sebanyak, masalah yang membelenggu pangkal hatiku kian reda. Alhamdulillah.Aku memandu sendirian lagi untuk pulang ke kampung halaman. Ya Allah, semoga selamatlah aku tiba kepangkuan keluarga.

Tiba di rumah, aku mendapat pesanan dari sahabatku ;Ummu Saiyyidah..

salam.


3 hari bersama Siti Hajar Azha memang best!spent time together...xde satu pun terbazir.pg ke Kuching Berselawat 2 dan menghabiskan ms bersama d rumah Nadia Watie,smbil2 buat blog,best!redah hujan ptg smlm antara moment plg sOt!kikiki....seluar,tudung,stoking hbis bsh.dan hr ni,jam 10, siti hajar dah balik ke Betong...sunyi plak.ngeee~sob3x....smoga "pnghijrahan" yg dirimu lakukan hr ni lbh mbuatmu lbh istiqamah dlm mnuju mardhatilah.



tp2....telekung dan al-Quran mu terlupa.hahaha....apa pun,ukhuwahfillah abadan abada...kerana dirimu bgtu berharga...♥♥♥


selawat.~

Bila jauh-jauh begini...hati mulai rindu. Rindu untuk bersama mereka lagi. Shabat yang kurasa boleh membimbing ke landasan yg Allah redhai. Sahabat yang senantiasa menegur dan memberi tunjuk ajar. Sahabat yang sering mencurah ilmu tanpa berbelah bahagi.
Sungguh,

Aku ingin berubah,

Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.

Jadi,

Kupohon padaMu wahai Tuhan,

Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,

Sucikan hatiku dari sifat munafik,

Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.

Dan...

Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,

Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.

Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

From : Ummu Saiyyidah.

Salam.


jika manusia menghindar dr kamu,bukan sbb utk mrsa gelisah,sedih mahupun gusar.krna pasti ada aku dan yg lain sudi memahami.bukankah kamu YAQIN akan Rabb Yang SATU?yg slalu ada tatkala sukar mahupun senang.krna Nur Muhammad kita di sini...maka bersyukurlah.tiada yg mustahil slagi kamu yaqin akan DIA.tepis semua prasangka,sifar tercela dan anasir2 yg xbaik,sehingga semua jadi kosong,barulah tenang dan indah dlm amal ibadah.itu pesan hamba Allah padaku,maka aku sampaikan pula kpda kamu...sama2 mnuju mardhatilah.



selawat.~ 
p/s: Bertahajud menyerikan wajah,

Bersyukur membajai baraqah,

Bermuhasabah mencetus hikmah,
Berhikmah membuahkan pasrah,
Dan Bersaudara menyemai ukhwah kerana Allah..:)

:: TERIMA KASIH SAHABAT ::