RSS

Tuesday, 12 August 2014

22 minggu

Assalammualaikum,

minggu lepas,
buat checkup yang ke 22 minggu.Keseluruhannya, ok sahaja. Alhamdulillah. Tapi, ada kisah yg berlaku pd ku ketika dalam bulan puasa hari tu..
Memang mendebarkan..tp, alhamdulillah..semuanya ok.
cuma aku yang terlalu aktif, banyak bgerak dan gastrik sahaja menyebabkan aku tpaksa ke klinik ambik sick leave. Allah hu...semenjak tu, doktor sarankan aku agar aku jgn puasa dahulu. Badan ku yang lemah tapi aktif ini xmampu nk tanggung pkembangan bby yg sedang melalui proses tumbesaran.
Alhamdulillah..All praise to Allah..
Semuanya ok sahaja, cuma aku d sarankan supaya jgn terlalu aktif dan pbanyakkan rehat sahaja.

so, nk di jadikan cerita..
checkup yg ke 22 minggu..
Berat makin naik..hahah...drpd 49.5 kg nait sampai 52kg... tapi, darah pula yang menurunnya. kena rajin makan ubat n kena rajin makan makanan yg sihat utk tambah darah. Yang lainnya ok, alhamdulillah.

Sekarang,
bby smkin rancak n aktif. kadang2 ssh nak tidur mlm. huhu...tapi, aku bahagia dengan perkembangan itu. Paling membahagiakan apabila dia suka mengeras bila aku baca quran. dalam solat pula, ssh nak tunduk rukuk n sujud..yelaaa...dah makin memboyot..huhu.. tp, byk knalan cakap, perut aku kecik jak. deorang xnampak sgt sbb aku sllu pkai bju besar n longgar.

itu shj perkongsian utk kali ini..hehe...


~smg Allah mpermudahkan urusanku dalam mengandung, melahirkan dan mdidiknya..amin~

Saturday, 5 July 2014

17 Minggu

Bismillahirahmannirahim.

Assalammualakum,
Hari tu buat checkup di klinik lagi. Alhamdulillah perkembangan yang memberansangkan.
Walaupun hamil, semangat untuk berpuasa itu ada.
1/7/2014
Usia kandungan ku 17 minggu 5 hari.
 Berat menurun. Hahaha...daripada 50kg ke 49.5kg.
Walaupun suka dan selalu makan, tapi aku makan dalam kuantiti yang sedikit. Tapi, dalam kadar kegerapan yang berganda.
Petang itu buat ultra sound untuk dengar degupan jantung baby.
Terharu apabila dapat dengar jantungnya sedang berdetak dalam rahimku. Seraya itu, aku mengucap seribu ke syukuran pada Allah kerana memberi nikmat yabg sungguh bernilai dan bermakna ini padaku.
Petang itu juga aku di bagi suntikan dos tambahan yang membuatkan tangan kiri aku rasa kebas dan lemah. Nurse menerangkan, suntikan itu adalah untuk mengindari jikalau brlakunya kancing gigi atau sebagainya ketika proses kelahiran nanti.
Perkara yang paling membuatkan aku rasa terharu apabila di scan.
Rasa nak menangis pun ada jugak.
Tengok perkembagan dia dalam rahim.
Alhamdulillah.
Tengok kepala dia, badan dia, tangan dia, kaki...
Subhanallah, Allahuakhbar.
Kegembiraan itu aku kongsikan dengan suami.
Dia tidak bersamaku petang itu kerana bekerja.
Kegembiraan jelas terpamer.
katanya.."Itu bukti cinta dan kasih Allah pada kita.Dan, dia juga bukti cinta kita selama ini."
terharu..sungguh~
Terima kasih ya Allah.

Sekarang,
Aku semakin rasa bersyukur dan seronok apabila rasa dia mengeras di rahimku. Suami terutamanya, yang suka meletakkan tangannya ke perut untuk memberi haba dari hangat telapak tangannya. Ya Allah, tak terkata kegembiraan ini..

~Tuhanku, permudahkanlah urusan ku dalam mengandungkan dia, melahirkan dia lalu mendidik dia~

Thursday, 12 June 2014

14 MINGGU

Bismillahirahmanirahim,

Assalammualaikum,
Tengah cari maklumat pasal assigment, jari ni tak akan lepaskan peluang untuk search jugak perkembangan baby. hehe...baca cerita dan pengalaman bloger2 tentang pengalaman mengandung buat aku senyum sendirian. Aku juga sedang merasa seperti itu sekarang. Bahagianya...hanya Allah sahaja yang tahu.. ^_^.

Sekarang masuk 14 minggu 1 hari kandungan ku,
Alhamdulillah..
selersa makan makin bertambah. Walaubagaimana pun, menjelang malam memang masih payah nak makan sebab masih terasa loya dan terkadang rasa nak mutah. Stiap pagi, aku ambil breakfirst yang heavy sikit spt makan nasi, mee..atau paling tidak, makan buahan bread dan susu. selang 3 jam atau 4 jam, lapar lagi.Hahaha...aku alaskan perut dengan makan buah atau makan roti cicah air milo saja. selang 4 jam lagi...aku lapa balik..hahah...tengahari memang aku ambil makanan berat. walaupun makan tak banyak sangat, tapi aku perlu makan. sebab kadang-kadang, tengahari pun tekak aku ni berperangai sedikit.  Sekitar pukul 4 atau 5 petang, aku makan untuk makan malam. Memang heavy. Balik kerja terus masak. Letih tak usah cakap laaa..memang letih sangat. Malas masa prgnt pun normal (nurse bagitau), kadang2 kalo badan letih dan tulang belakang ni sakit, aku ambil masa untuk duduk dan baring2 dulu. Kalau hari baik...hahaha...aku bangun..kalau tak...zzzzzzzzzzzz...tp, xnak amalkan sangat tidur petang. Tak baik!
Kalau boleh nak elakkan. tapi, kadang2 aku kalah dengan badan sendiri.ah, nafsu!

Malam, kalau lapar...aku makan roti, susu, kurma sebagai alas perut. Yang peliknya, aku memang xsuka makan sayur. Tekak ni loya sangat kalau nampak sayur.hahahah...tapi, apa2 pun, aku ambik jugak sayur tu dalam kadar yg sedikit. jangan tidak, iyo dak?? hehe..

Nak makan yang masam2 masam tu...kurang jugak dah. Kalau ada kau makan, kalau xda...xcari jugak. Berbeza drpd minggu-minggu sebelum ni...asyik nak nelan yang masam2 jak. Nasib baik masa tu musim mangga, empelam, kuini dan embang..ahahah...mmg selera aku sangat!

Sekarang, makin kerap nak kencing. Lebih2 lagi aku memang banyak minum air. Kadang2, bgn mlm kecin hampir 3 kali.. menjelang malam, aku dan suami akan sedekahkan al-fatihah untuk baby sambil pegang perut ku. Allahu...smg Allah jagakan aku dan bby. smg Allah berikan aku peluang untuk melahirkan dia dengan selamat, lalu membesarkan dia, mendidik dia.. dan, aku ingin dia membesar mjadi seorang anak yg soleh/solehah.. Aminnnn...

Pengalaman best!
Walaupun, kadang2 rasa tak tahan dengan loya..
Tapi, sabarrrrrrr....
nikmati fasa ini dengan sebaiknya!
^_______^

Wednesday, 4 June 2014

Nikmat Rindu

Bismillahirahmannirahim..

Assalammualaikum,
Rindu..
Subhanallah...nikmat rindu yg Allah berikan.
Rindu..
Sukar untuk ku nyatakan rindukan pada apa,
pada siapa..
namun,
aku dalam kerinduan.

Subhanallah.
Terima kasih ya Allah kerana hadirkan aku nikmat ini..
Fitrah jiwa seorang aku sebagai insan.
Semoga rindu ini akan terus kekal subur membajai justeru menghasilkan debunga cinta, bunga-bunga sayang
yang tiada hadnya..

Nikmat sebuah rindu,
Subhanallah... sehingga kelu lidahku
penuh jiwaku..

Allah humma solli ala Muhammad wa a'la alihi wa sohbihi ajma'in..
Sollu alan nabiy..

Al-madad ya Rasulullah..




p/s : Rindu bertamu juga pada sayang--sayangku, Mordiah, Khadijah dan Nurazlynda. Smg mrk sentiasa di bawah rahmat dan redha Allah. Maaf kerana menyepi selama hampir 2 minggu ini.. Sungguh, aku baik2 saja.

Tuesday, 27 May 2014

Sesudah Kesulitan pasti ada kemudahan..Alhamdulillah

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM..

Assalammualaikum,
 Tanggal 28/05/2014, hari Rabu, jam 11:28am..aku bercerita lagi. 
Sekian lama, AKSARA HIDUP ini menyepi tanpa coretan.
Sekian lama ia dibiar kosong tanpa penghuni.
Sekian lama, ia kaku tanpa bicara..
Dan, sekarang..dengan lafas suci..bismillahirahmannirahim...
Aksara hidup bercerita lagi..................................................................... ^_^


Aku mulakan perjalanan ini pada penghijrahan pertama aku di Kuching.
Tanggal 3 April 2014, aku berhijrah secara rasmi di Kuching. Akan tinggal bersama-sama dengan suami tercinta. Alhamdulillah. Berkat kesabaran dan doa yang tak putus selama ini, Allah makbulkan doaku untuk berada disisi suami. Alhamdulillah, syukur diatas segala nikmat jua, permohonan pertama aku untuk berpindah tempat kerja yang baru juga telah diluluskan. Sesungguhnya, janji Allah itu benar belaka!. Janji Allah itu pasti!. Setelah kesulitan, akan hadirnya kemudahan. Alhamdulillah....smg penghijrahan ini membawa makna yang besar dalam rumah tanggaku. Aminnnn..

Mula 8 April 2014,
aku mula bertugas di sekolah baru.
SJK Chung Hua Sejijak, Batu Kawa.. Alhamdulillah..aku terima dengan berlapang dada walaupun setelah sehingga kini, aku banyak menepuh segala cubaan dan dugaan apabila terpaksa bekerja dengan non-muslim lagi. Bezanya, disini..cuma 3 orang staf sahaja termasuk aku adalah muslim. Halal dan haram memang cabran yang etrbesar buatku apabila aku berurusan dengan 'makanan dan minuman'. Allah sahaja yang tahu. Semoga hati ini, diri ini akan sentiasa dikurniakan kesabaran dan kekuatan untuk emnghadapi cabaran yang akan mendatang. Fikiran ku cuma satu!.....Ujian ini, untuk lebih mematangkan aku. Mengajar dan mendidik aku untuk lebih berhati-hati. Dan, yang penting, Iman aku sedang diuji sepenuhnya! Syukur ya Allah, atas segala cabaran dan dugaan ini.

Semenjak tinggal berdua dengan suami,
Hati semakin lapang. Alhamdulillah. Diberi kesempatan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sepenuhnya di samping menjadi seorang wanita yang bekerjaya. Alhamdulillah dapat urus makan minum pakai suami dengan sekadar yang mampu. Kekurangan dan sebagainya tak akan membebankan kami kerana kami percaya, rezeki Allah Maha Luas. Kasih sayang, cinta  perhatian dan segala pengorbanan ini sudah cukup memadai bagi kami. Alhamdulillah. Kasih sayang dan perhatian yang suami berikan sungguh membuatkan diri ini terharu. Ya Allah, bersyukurnya dianugerahkan lelaki seperti dia. Alhamdulillah. Di samping menjadi suri rumah, berkerjaya, aku juga seorang pelajar. Alhamdulillah. Nikmat hidup dalam mencari ilmu Allah yang sungguh luas. Bukan sekadar sebagai pelajar separuh masa di OUM, tapi sebagai penuntut dalam kelas fiqh dan tasawuf wanita, kelas ratibdan zikir, dan juga kelas sirah. Alhamdulillah. Kelansungan hidup yang penuh dengan jadual ini, insyaAllah...alhamdulillah dapat diuruskan dengan baik atas izin Allah jua.

Tanggal 28 April 2014,
Satu lagi anugerah daripada Allah yang sungguh besar Allah berikan kepada ku dan juga suamiku. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...tiada kata mampu diungkap, dia ayat mampu di lafaskankan untuk menggambarkan kegembiraan dan kebahagian di hati. Maha Besar Allah yang telah mengamanahkan aku sebagai seorang wanita yang akan bergelar IBU. Subhanallah. Apabila merasa selera makan berkurang, rasa suka nak makan asam dan deria bau yang semakin cerewet, hati mula berharap. Namun, ditepis pengharapan itu khuatir kecewa lagi seperti sebelum ini. Loya dan muntah buat pertama kali menguatkan lagi naluri ini. Ketika itu aku sedang berjuang dalam program Intensif Islam anjuran HIKMAH. Aku bisikkan dalam hati, "Seandainya ada nyawa dalam rahimku, kuatkanlah dia dan kuatkanlah aku dalam mujahadah ini, Ya Tuhan.". Alhamdulillah, pagi selepas pulang semula ke rumah, aku melonjak gembira apabila mendapati UPT ku adalah positif. Sujud Syukur...sungguh rezeki Allah xkan ada siapa yang dapat menduganya. Selepas pulang kerja, aku segera ke klinik Ibu dan Anak untuk mendapatkan pengesahan lagi. Bila di scan..subhanallah, mengalir airmataku apabila melihat heartbeat anakku sedang berdetak di screen. Allah...Allah..Allah... aku mengandungkan dia dalam 9 minggu. Smg kami diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam melalui proses awal mengandung ini. Syukur Alhamdulillah.. ^_^

....Hingga kini....
Aku sudah berada dalam 12 minggu 6 hari dalam mengandungkan dia. Smg Allah lindungi dan rahmati kami. Doakan aku dan bayiku sahabat..
Doakan kami..
Kisah lalu..ectopic pragnency..membawa sejuta hikmah dalam hidupku..
Ya,
Sesudah kesulitan, pasti ada kemudahan!
Janji Allah Pasti!
Semoga bahagia ini akan terus menjadi milik kami...
Smoga bahagia jua akan terus mengiringi anda yang membaca coretan bisu ini..
Smg kita sentiasa dibawah rahmat dan redha dari Allah, Tuhan yang berhak di sembah
dan Rasulullah persuruh Allah..
Allah humma solli ala Muhammad wa ala ali wa sahbihi ajmain.... ^_^


~Sekian, wassalam...~

Monday, 31 March 2014

Musafir seorang aku


Bismillahirahmannirahim....

Assalammualaikum,

Setelah menyepi daripada tidak melakar tinta, aku kembali lagi. hehe..Entry ni rasanya xda apa2 pkongsian yang nak katakan..cuma nak kongsi pengalaman saja. Sekarang, tgh exited..tinggal bberapa hari lagi nak pindah ke sekolah baru.Tp, yg paling mengujakan adalah dok dekat ngn suami. Alhamdulillah , Allah telah permudahkan urusan kami suami isteri untuk dok berdua. Selama 5 bulan berjauhan dan daku sering bermusafir antara Betong ke Kuching @ Debak ke Kuching. Hampir tiap2 minggu driving...meredah jelan selama 5 jam. Letih memang letih.Tapi, demi suami..demi kuliah..berkorban sikit. Suami xbleh pergi jenguk haku di Betong sbb dia xda cuti. Kalau off pun sehari jak. Xpa lah..itu tidak menjadi masalah buat daku.

Alhamdulillah, 1st permohonan...terus diluluskan. Rezeki...itu lah namanya rezeki.Bersyukur sangat2...dan, sudah pastinya suami yang paling suka. Di Kuching, kami menetap di rumah sewa jak.Rumah flat. Kecik jak. Tp, xpa..itu baru permulaan hidup dan aku lebih suka berdikari. Kat rumah sewa, xleh nak dec02 yang mcm2...tu la yg membantutkan kesenian aku nih.Haha..kalo rumah sendiri...suka ati jak kita nk deco kan?Alahai...dalam perancangan...nak ada rumah sendiri. InsyaAllah..semoga dipermudahkan.

Bila mengenangkan tak lama lagi nak berhijrah mengikut suami, aku happy plus sedih.. Berjauhan ngn family terutamanya. Mesti makin sunyi mak (mentua).. makin sunyilah rumah ni.. hurm..mak dan apak di Debak..msti mkin jarang balik kpg..SKNE, msti deorang terkenangkan daku yang suka melatah..kakak yang garang tp lemah lembut(ehem3.. :p) Allahu...jika hdk di ceritakan kenangan ketika berada di SKNE, mmg rasa sebak giler.

Penempatan pertama. SKNE byk menyaksikan tumpahnya air mataku, bergayutnya senyum tawaku..suka duka dalam berdikari di tempat yang majoriti non-muslim dgn tiada penginapannya dulu..mandi sungai..petang2 suka masuk hutan cari bidin..Part mandi sungai best..hehe..Dari secebis selendang, menjadi selebar tudung labuh..Allah..Allah...Allah..Kenangan!
Tapi, kehidupan mesti diteruskan, tak gitu? Tempat isteri adalah di sisi suami..dan, aku sedia berkorban apa sahaja demi rumah tanggaku. Memiliki suami yang sepenyabar suamiku adalah anugerah terindah dr Allah. Dia air tatkala aku api..aku yang lebih banyak api nya...alaaa...biasalah pompuan..hehe..tp, xlah api membara. Aku bukannya pandai sgt marah.Tp, merajuk blh tahan lah...hahah...biasalah...pompuan..

harapan,
InsyaAllah...smg semuanya baik2 sahaja di tempat kerja baru nanti. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami suami isteri. Rezeki ini tak di jangka, malah datangnya begitu pantas...smg selepas ini, rezeki lain pula yg menjelma..Aminn...berserah dan bertawaqal hanya pada Dia, Yg Maha Berkuasa ke atas seluruh isi kehidupan ku, jua makhluk2 ciptaan-NYA.. kami hny mampu berusaha dan berdoa seterusnya bertawaqal..selebihnya, adalah atas urusan Allah. Keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah..di hati.. ^_^

Selamat malam dan selamat istirehat..

Wednesday, 29 January 2014

RISIK


Bismillahirahmannirahim...
Assalammualaikum,

Ramai orang berpandangan,
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan,
Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang,
Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan,
Mereka sebenarnya terlepas pandang,
Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh

RISIK

dan bertunang,
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan,
Taaruf itulah mendedahkan keserasian,
Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran
manusia berlainan.

Islam mengajar manusia bertaaruf
yang ada sempadan,
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan,
Bukan taaruf melalui bercinta sakan.

Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan,
Bukan serasi dengan kehendak pasangan.

Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan,
Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh 
dipermainkan.!

~Monolog Asiah Yusra_Tautan Hati~


||Dalam ingatan jua diskusi bersama sahabat mengenai cinta dan nikah. Alhamdulillah, monolog ini adalah konklusi daripada pendapat ku. Pengalaman bercinta membuatkan daku mengerti makna cinta yang sebenar. Cinta sebenar adalah cinta kpd Illahi..di mana, cinta yang paling utama harus diraih sebelum cintanya manusia. Harus diingati, cinta manusia, cinta yang tak kekal abadi..ianya membawa banyak kesukaran yang menyesakkan jiwa berbanding cinta Illahi yang sering menghadirkan ketenangan dan damai yang paling abadi. Kalau ingin bercinta dengan manusia melebihi cinta terhadap Allah, bersedialah untuk menghadapi kekecewaan! Dalam ingatan di awangan merindui suami yang jauh di mata namun dekat di hati... Terima Kasih atas cintamu..||



~Sekian.Wassalam..~


Tuesday, 28 January 2014

Malu si Pohon Semalu

Bismillahirahmannirahim,

Assalammualaikum..

Lewat malam. Pas cari maklumat berkenaan dgn tugasan..daku terus mencuri sedikit masa untuk meng updatekan teratak aksara hidupku yang tak cukup nak meriah ini. hihooo..

Terkenangkan tugasan,
Pening + blurr + blackout.. terkenaang ngn Semester lepas, ada Lia..ada Ima..ada Dennis, ada Kak Dewi, Kak Julia, Kak Siti...dan banyak lagi yang bagi support n teman stdy group. Sampaikan, paling best...kitorang bersaing dalam diam.Boleh dikatakan sebagai persaingan sihat. Stdy group ngn Lia n Dennis paling best sebab deorang mmg otak bergeliga n jenis yang stdy hard, stdr\y smart.. Daku, selaku org yang kurang pandai, mendapat semangat daripada mereka. Alhamdulillah, bila result di umumkan, keputusan kami semuanya tidak mengecewakan. Terutama Lia...Tahniah! Apa pun, usaha kena gandakan lagi. No mtter what, why...usaha mesti tahap maximum!. InsyaAllah, smg kami peroleh kejayaan sama2. 

Yang agak spoiled daku pd semester ini, Aku dah xsama kelas lagi dengan deorang. Terutamanya Lia. Lia amik Bach Account, daku..Bach Admin Edu. Masuk kelas, memang terasa asing, terutama skli kls keusahawanan. Kelas Thingking Skills n Problem solving, aku masih ada kak Julia n kak Dewi. Kelas Basc Concpt Infrm Tech pun daku masih ada lagi kak Julia. Alhamdulillah. Aku yang hilang keperamahan ini, agak rasa malu untuk beramah mesra dengan rakan sekelas.Kikiki...tapi, akan di usahakan untuk memudahkan proses pembelajaran. Malu xbertempat!

Ok, cerita pasal MALU..

Sinonim untuk malu yang suka untukku metaforakan adalah POHON SEMALU. Ada apa dengannya?
Pohon semalu..pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam berceracakan. Walaupu, pohon semalu tumbuh melata atas tanah, ganggu adik2 n abang2 main bola.. Haaa...di situ, daku ingin buat perumpaan lagi..cuba kita bawa minda kita sejenak ke padang bola. Jarang nampak ia tumbuh di padang bola. Padanlah dengan sifatnya yang pemalu, ia tak kan hidup lama di tempat banyak leleaki (padang bola)..sb tu la ia cari pinggir yg tersembunyi n jarang dipijak org utk tumbuh subur..kekeke...

Pohon semalu memang pemalu. Sifat pemalu lambang keindahan dan kemuliaan seorang wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bukan hny utk wanita shj ttpi, utk lelaki juga. Rasulullah juga pemalu orangnya, xgitu? Malu juga melambangkan nilai keimanan n kesusilaan. Sabda Rasulullah, Malu dan iman adlh teman seiring jalan. Jika yg satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lg.Dalam hadis lain, Baginda bersabda, Sesungguhnya bagi tiap2 agama itu ada ciri2 kesusilaan maka untuk Islam adalah sifat malu.

Hebatkan sifat malu?

Perlu difahami, kita xperlu malu dlm menuntut ilmu n menegakkan kebenaran Allah. Malu yang daku maksudkan adlh malu bertempat. Malu utk mjadi wanita yg roak akhlaknya iaitu hny pandai menggoda lelaki yg bukan mahramnya. Selain tu, malu utk melakukan maksiat. Pendek kata, malu pd Allah n Rasul utk mengingkari perintah-NYA n melakukan larangan-NYA.

Apa kena mengenanya dengan pohon semalu pula?

Bagi pohon semalu, bsama sifat malunya ada duri yg tajam berbisa. Duri tu simbolik utk sebuah perjuangan yg lahir drpd iman. Duri itu ibarat senjata yg mahu meruntuhkan sgla kemungkaran yg ada. Itulah senjata buat seorang mujahidah.

Pohon semalu jgk mengeluarkan bunga ungu yg cantik, kan? Begitulah juga wawasan seorang mujahidah, dia ingin mghiasi alam dgn hruman bunga2an akhlak yg cantik menawan. Selain tu, dedaun yg meghijau pd pohon semalu sgt erat pertaliannya antra satu sama lain. Apb sehelai daun disentuh, daun-daun ditepinya turut tertutup malu. Tindakbalas daun2 itu lambang persaudaraan n ksh syg. Begitulah ssorg mujahidah, dia perlu memandang semua org dgn kaca mata dakwah untuk membawa ssorg itu mcintai Allah dan Rasul-NYA.

Indahnya jk kita dapat mbawa ssorg rasa bhgia dgn cara hidup islam yg sebenar. Kerja ini sepatutnya terpikul pd semua org yg mengaku beriman. Moga Allah sudi memilih kita semua utk tugas berat ini...


Akhirul kalam,

"Malu itu baik semuanya"


Selamat malam dam selamat istirehat ^_^

Wednesday, 1 January 2014

Goodbye 2013, Welcome 2014!!!



Bismillahirahmanirrahim..

Assalammualaikum,



Aku menggaru kening sebelah kananku. Otakku ligat sekarang. Oh, peti! Ya..Peti. Lantas aku berlari anak menunuju ke bilik memori. Seketika, aku terpunduk diam. Memandang bilik memori dengan perasaan yang bercampur baur. Di hujung sana, peti yang berlabel 1987. Ia tersusun rapi..mengikut tahun...sehinggalah sekarang, tahun 2013. Aku menarik peti 2013, dan satu peti kosong. Maka dengan itu aku bersusah payah menarik peti-peti itu keluar dari bilik memori. Bilik memori ku tutup rapat. Ku kunci.

Di ruangan bilik,
aku membuka peti 2013.Kenapa?? saja-saja..hendak melihat semula isi di dalamnya. Mencari makna diri, siapa aku dlm tahun 2013. Aku ingin bermuhasabah. Selajur, ku buka sehelai demi sehelai helaian hidup. 

Awal Januari,
Bulan ke 2, aku menjadi tanggungjawab yang sah buat suamiku. Malah, tahun ke 2 aku mendiami rumah mentuaku. Rentetannya, bercampur aduk. Seketika, mentari menyinar menerobosi ruangan hati lalu melahirkan sang suria yang tersenyum bahagia. Terkadang, awan kelabu berarak mendung mengatapi denai jiwa yang rapuh. Tiap kali, langkah tersadung batu, tiap kali jua diri terjelepuk di gaung hitam...walau mendatang luka, namun, ia segera terubati. Laksana, kuasa magis yang menyembuhkan luka berdarah. Syukur..Setiap satu daripadanya mampu diatasi walupun terkadang, diri hampir-hampir menjurus kepada berputus asa. Allahu Rabbii... Aku berpegang kepada satu prinsip, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolomg..Alhamdulillah..dari masa ke semasa..bangkit walupun sakit, ia mampu membina kejituan hati yang mkin kental. Alhamdulillah, segalanya ilham dari Allah jua.

Dalam perjalanan itu,
tersisip kisah indah bersama keluarga tercinta. Kasih sayang mak dan apak yang tak pernah berbelah bahagi kepada 8 orang putra dan putrinya. Pengorbanan cinta dan kasih sayang mak dan pak, tak mampu aku balas walau dalam akhirat sekalipun. Mereka pejuang kasih sayang yang sbeenar. Walau kami anak-anaknya, masing-masing sudah punyai keluarga sendiri, cinta dan kasih sayang mereka sangat mekar dlm hati. Apak dengan ketegasannya dalam pimpinan rumah tangga sering menyentuh hal keagaamaan. Berusaha merangkul bahu kami, juga menantunya untuk sama-sama berdiri dalam jemaah.Mak dengan lemah lembutnya, yang sering mengingati kami, puteri-puterinya tentang adab seorang isteri.Tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada anak-anak.. Alhamdulillah, bila mampir ke rumah mak, jarang sekali tidak menunaikan solat berjemaah, kerana apa sangat tegas dalam urusan solat. Alhamdulillah.

Tidak ketinggalan, ibu bapa mentua yang sangat mengasihi diri ini seadaanya seperti mengasihi anak kandung sendiri. Walau diri ini tidak mampu melakukan yang terbaik, namun, diri ini ingin berusaha menjadi yang solehah untuk suami terutamanya,juga kepada mereka. Kebaikkan mereka tak mampu juga untuk ku balas walau di alam akhirat sekalipun. Sesungguhnya, pertemuan ku bersama ahli keluarga ini adalah anugerah terindah dalam hidup. Maafkan aku, terkadang, aku bukan suri yang sempurna.Mungkin kerana rentetan ku sebagai wanita yang berkerjaya menyukarkan aku untuk menumpukan perhatian pada mereka. Maaf, aku bukan wanita yang kental hatinya..mampu menerima tujahan berupa pengjaran dalam lafas yang agak keras..sesekali tergores jua..kerana aku.......wanitaaaaaaaa yang cukup lemah. Namun, ribuan terima kasih yang tidak terhingga, mereka banyak mengajar aku erti suri yang sebenar. Dalam diam, aku sedang mengamati lalu ku garap sebagai pengajaran yang sangat berguna. Alhamdulillah..Terima kasih, ya Allah..

Masih segar dalam ingatan, percutian bersama keluarga mentua di Pontianak, Indonesia. Alhamdulillah, berkesempatan.

Awal September,
aku melangkah sebagai wanita yang punyai komitmen yang bertambah. Yakni, sebagai pelajar separuh masa di Open Universiti Malaysia yang berpusat di Kuching.Bertambah komitmen, maka, bertambah jualah tanggungjawab. Sebagai isteri, menantu, anak, penjawat awam,juga sebagai pelajar. Kenapa aku belajar semula?. Itu impianku..sekurang-kurangnya ijazah dalam tangan. Master, phd InsyaAllah, kalau diizinkan. Sekian lama ingin menyambung semula pengajian yang terbengkalai, akhirnya Allah membuka pintu rezeki dan juga pintu hati untuk belajar semuala. Di OUM, aku adalah seorang pelajar dalam bidang Bachelor of Education (Education Administration) with honours.Sokongan yang jitu dari suami adalah satu aspirasi dalam jiwa. Keluarga kandungku terutamanya, juga keluarga mentua mengizinkan perjuangan ku. Alhamdulillah. Semoga, dalam langkah ku menimba ilmu, akan dipermudahkan oleh Allah...Amin.

Pertengahan Oktober,
aku, kami...di uji lagi. Kebahagian dalam pernantian untuk menjadi ayah dan mama seakan tergugat. Aku di sahkan mengandung diluar rahim. Setelah menanggung keperitan dan kesakitan seorang diri, akhirnya aku dibedah dan sebelah tiup fallapio ku di potong. Dugaan yang terasa amat sukar untuk ku tempuhi. Hanya mampu berserah dan berfikiran positif. Allah itu Maha Penyayang. DIA akan makbulkan jua doakan untuk menjadi seorang mama suatu hari nanti. Suami ku adalah tongkat ketabahanku. Tanpa dia disisi, mungkin aku luluh .Mungkin aku hancur.Hampir aku berpaling dari landasan sebenar dek fobia yang menghurung jiwa, namun..bisikan lembut nurani ini agar redha tidak pernah jemu. Syukur, dalam redha, aku pasrah. Menyerah segala ketentuan hidup ini dengan serela hati. Aku ini milik Allah. Anakku juga milik Allah. Bukan rezeki dia untuk melihat dunia melalui rahimku, dan bukan rezeki aku juga untuk menyusukan dia, mendidik dia dan melihat dia besar dewasa. Bukan..semua itu sudah percaturan Allah untuk hidupku. Dan, deminyawaku dalam genggaman-NYA aku akan meneruskan hidup ini. Dengan harapan, suatu hari nanti..aku dapat merasa bagaimana menjadi seorang mama untuk anak kandung sendiri hasil perkongsian hidup dengan lalaki yang bernama, Muhammad Azalan Bin Buang. InsyaAllah.

Penghujung November,
Nenek, yakni nenek kepada suami ku kembali kerahmatullah. Ala-fatihah untuk arwah nenek, wanita yang sangat kental hatinya. Seorang ibu yang sangat kuat jiwanya. Syukur alhamdulillah, kerana Allah pertemukan aku dan suami dengan nenek sebelum nenek menutup mata buat selama-lamanya.Smg roh nenek dicucuri rahmat dan di tempatkan disisi orang-orang yang soleh dan solehah di sana. Sungguh, mati itu pasti...hidup itu INSYAALLAH!. Demi nyawa dalam genggamannya..demi urusan dalam tangannya..aku adalah hamba yang kerdil, tidak punyai apa-apa. Kembaliku nanti, kepada Allah jua, pemilik alam semesta raya ini. Allahuakhbar!


Dan Sekarang,
Aku mengulum senyum. Menyeka setitik mutiara yang berkaca di tubir mata. Sungguh, hidup ini amat indah untuk di nikmati. Sungguh, hidup ini terlalu banyak mengajar untuk menjadi seorang hamba..dan, sungguh, hidup ini penuh dengan ketidak pastian. Masa depanku samar di hadapan, namun, aku harus melangkah. Menapak perlahan untuk mengecapi redha Illahi. Smg Allah redha akan perjalananku suami isteri, juga mereka-mereka yang sangat ku sayangi.

Aku menutup helaian 2013 dalam nafas yang mendatar. Alhamdulillah. Sampai sekarang, Allah masih izinkan aku untuk terus hidup di dunia yang smentara ini bersama dengan suami tercinta, keluarga tersayang, sahabat yang di hormati..dan semuanya yang berada di sisiku.Alhamdulillah, sampai waktu...kami akan pulang ke dunia yang kekal abadi. Semoga di syurga sana, aku menjadi ketua bidadari untuk suamiku. Allah humma aaminnn..

Peti 2013 ku tutup. ku kunci rapat. Apa pun yang terjadi padaku selama ini, itu adalah proses pendewasaan. Diama, ia mengajar aku untuk lebih matang, tabah dan lebih kental meneruskan hidup. Aku masukkan semula peti 2013 ke dalam bilik memori. Ya...bilik ini...terlampaubanyak menyimpan kisah hidup. Dan sekarang, bilik ini ku akan kunci jua.

Di hadapanku, sebuah peti kosong sedang menunggu. Ya..perjalanan bermula lagi. Pengembaraan pun bermula. Dalam perjalanan mengenal diri, mencari kebahagiaan...dunia dan akhirat. Lalu, ku label peti ini dengan....

2014!

Welcome 2014. Sekarang aku berada di dalam mu. Semoga aku lebih kental dan kuat menghadpi dugaan dan cabaran hidup selepas ini. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan ku..urusan kam..

Goodbye 2013!



~Sekian~

Wednesday, 25 December 2013

Rumah itu syurgaku

Bismillahirahmannirahim..

Assalammualaikum,

Orang kata, rumah itu..syurgaku. Jadi, mesti kita nak syurga kita tu indah, kan? Indahkan mengikut kemampuan. Tapi, rumah yang indah terbina daripada keindahan kerukunan rumah tangga itu sendiri. Tak gitu?. Makin bahagia...mkin indah..Itu rahsianya, rumah itu syurgaku..

Okeh ^_^

Design ruang tamu yang saya minat? 
Suka yang simple, comel, selesa, dan tak sesak sangat. Tu je..hehe..Sekarang, tengah berangan2 nak ada ruag tamu sendiri. kalau rumah sendiri lagi best untuk di dekorasi kan?? Rumah sewa?? Hurrm...dream on aje la jawab nya..haha.. Ni haaa...kita mitak Incik google pinjamkan kita pic2 ni.. Mana tahu boleh tolong korang untuk design ruang tamu sendiri. Saya??... InsyaAllah....suatu hari nanti.. :)

 Ini saya ambik ruang tamu bagi ruang yang kecik jer...Ruang maam rumah sewa kita memang cunnnn..















 



Uwaaa...rambang mata tengok. Cuci-cuci mata...rasa nak garap suma gambar2 pasal ruang tamu ni..alahai...

Suka perabot yang macam mana??
Saya suka perabot dari ikea..kalau bole nak suma perabot kat umah adalah daripada perabot IKEA... ngeee...bermimpi lagi.. Actly, suka jugak dengan perabot kayu jati. Nampak lebih ekslusif dan elegen, kan? Tapi, perabot kayu jati mahaaaallll...hahaha...

Contoh Barangan Ikea.

Okeh...tu jee...kalao ada masa, nanti kita share pulak pasal ruang dapur, raung bilik dan ruang tandas. Oh, mahu jugak share landskap..hehe...Tungguuuu...InsyaAllah.

Tuesday, 24 December 2013

Aku Bercerita ||Ectopic Pregnency||

Bismillahirahmannirahim...

Ectopic pregnency..

Itu mimpi ngeri yang membaluti jiwa ini sehingga sekarang. Genap sebulan..peristiwa itu berlaku. Menghadirkan satu bentuk igauan dalam lena dan jagaku. Hati..tak mampu untuk ku telaah bagaimana perasaannya. Mungkin yang pernah mengalami..faham apa yang aku rasakan. Dan, aku yakin, bukan hanya aku seorang yang terpilih untuk melalui ujian ini, malah..banyak lagi wanita di luar sana yang mengalami nasib yang serupa denganku.

Ramai kenalan dan sahabat handai bertanya, apa itu ectopic pregnency. Aku pernah mendengarnya. Dalam kata mudah, "Mengandung di luar rahim". Ia..sebut sahaja pasal mengandung luar rahim, automatik, minda kita sudah ada tafsirannya sendiri. Mengandung bukan dalam rahim. Bersahaja bagi yang tak memahami. Namun, bagiku..itu igauan ngeri!.

"Ceritakan pengalaman awak, mana tahu boleh jadi pedoman untuk wanita lain."- Ayat ini aku telah lama pertimbangkan. Hinggalah ke hari ini, aku ingin bercerita. Pengalamanku..

Bermula 24/10/2013
Pendarahan yang ku fikir mungkin period biasa. Aku tidak mengambil endah sangat, walaupun hari untukku "period" dah lewat selama seminggu. Namun, kerisauan mula bertamu apabila sesudah 20 hari, period ku masih meriah. Kawan-kawan menasihati, pergi jumpa doktor.Pergi klinik. Di khuatiri berlaku pkara yang tidak di ingini. Aku mengangguk. Memang, aku nak sangat pergi jumpa doktor. Kesakitan yang teramat sangat pada tulang belakang. Bahagian pinggang terutamanya. Disertakan dengan rasa sengut-sengut di bahagian pinggang. Kalau dah sakit sangat, kaki akan rasa kejang. Tapi, sakit akan berkurang bila aku dok rileks. Bila buat kerja berat, macam berdiri terlalu lama, duduk terlalu lama, terlampau aktif, sakit di bahagian itu kembali menyerang. Ketika itu, hanya suami yang memahami sakitku. Aku tidak berani hendak bersuara. Aku pendamkan kesakitan itu seorang diri dengan menitik kata peransang dalam hati dan minda bahawa, sakit ini penghapus dosa.

13/11/2013,
Kebetulan, aku pergi ke Kuching untuk menjemput mak di Airport. Syukur, nampak muka mak..hati ku jadi tenang. Aku bercerita dengan mak perihal keadaan ku. Kebetulan juga, aku memang sangat hendak pergi ke Klinik. Seorang sahabat karib memperkenalkan Klinik sakit puan kepadaku. Selepas makan tengahari, aku dan suami bergegas ke C.M Wong Specialist Clinic For Women. Alhamdulillah, aku pelanggan yang ke dua. Tak lah tggu lama sangat. Bila namaku di panggil, sesegera itu aku masuk ke bilik Doktor. Aku menceritakan semuanya kepada Doktor. Dari A sampai Z, aku terpacak depan dia. Aku menjalani ultrasound scan untuk scan di bahagian rahim. Dia cakap, rahimku sihat, cuma di sebelah kanan berdekatan dengan tiup fallopio ku terdapat sedikit cecair yang di tafsirkan sebagai darah. "

"You mengandung?" Itu soalan pertamanya setelah melihat keputusan di skrin. Aku menggelengkan kepa;a, seraya menjawab, tidak tahu.
"Saya khuatir, You mengalami ectopic pregnency. Berdasarkan scan, besar kemungkinan. Tetapi, saya nak awak buat urine test dulu. Kalau positif. awak mengandung. Tetapi, agak malang..saya tidak dapat mengesan kandungan awak di dalam rahim." Aku mendengar dengan tekun. Selajur, aku membuat urine test, hasilnya????? Allahuakhbar!! Positif!! Aku rasa nak menjerit. Ada dua perasaan aku di ketika itu. Gembira, juga khuatir. Masa itu, aku tak pedulikan pasal diri sendiri. Aku fikirkan pasal anak ku. Ya Allah, doa ku termakbul untuk mendapat cahaya mata. Namun, takdirku tidak seindah yang aku harapkan.. dalam diam, hatiku menangis hiba. Pautan tubuhku ke dada suami sedikit sebanyak menenangkan aku.

"Sabar. Semua ni berlaku adalah bersebab. Kita tunggu dulu keputusan doktor pakar di Hospital Umum. Mana tahu, boleh di selamatkan."

Tika itu juga, bagaikan mimpi..Doktor Wong menyuruh aku untuk pergi ke Hospital Umum dengan kadar yang segera atau boleh di takrifkan sebagai "Emergency". Allahuakhbar..bagaikan mimpi, aku usung dan di tukarkan baju, di suntik tangan kanan dan kiri bagi saluran air, di suntik ambil darah, di lekatkan dengan wayar-wayar di badan...sekelip mata sahaja, duniaku seakan berubah. Scanning menggunakan Ultrasound tidak dapat untuk mengesan bayi ku, scanning  menggunakan saluran bawah pun, masih tidak dapat. Rasa tak mampu menahan sakit. Berair mata ku menanggung sakit yang amat.

Justeru, malam itu..aku di tempatkan di wad ibu dan anak. Tinggal dua malam dalam wad itu, membuatkan aku seronok. Perasaan bercampur baur. Seronok sebab di kelilingi bayi-bayi, dengar suara bayi, tengok ibu-ibu yang sarat mengandung.. Allah sahaja yang tahu betapa, aku ingin anak ku hidup. Aku ingin dia ada di sampingku. Dua malam aku di wad ibu dan anak, aku di hantar pula ke wad ginekologi. Tinggal di situ aku baertambah tertekan. Dengan suasana yang di kelilingi oleh pesakit-pesakit yang terdiri daripada daripada wanita yang mengalami penyakit yang berbeza-beza. Namun, sempat bermuhasabah, betapa Allah sayang dengan wanita, di uji-Nya wanita dengan kesihatan yang tidak baik untuk melihat dan menyedari akan kebesaran Allah. Syukur, aku adalah salah seorang daripadanya, meski akal yang kurang warasku ini seakan kurang mahu mengerti makna di sebalik semua ujian ini.

Sepanjang didalam wad, aku melalui banyak proses perubatan. Scanning hampir tiap-tiap hari. Memamang menyakitkan. Tambahan pula, aku masih lagi bleeding. Memang menggusarkan. Terkadang, tidak mampu menahan sebak. Berkomunikasi dengan pesakit lain dalam wad boleh mengurangkan tekanan. Kehadiran suami yang hampir setiap masa menemani menambahkan keyakinan.

5 Hari berlalu,
Aku di benarkan pulang. Itu pun tidak di benarkan pulang ke kampung halaman. Aku di benarkan pulang kerana aku tidak menampakkan ciri-ciri 'bahaya'. Tekanan darah ku okey.Degupan jantung pun sihat. Cuma menggu keputusan darah daripada makmal sahaja samaada aku berada di tahap yang mana satu.1st sample BHCG, 489.9miu/ml, 2nd Sample (48hours late), darahku menaik.. 644miu/ml. Kata doktor, kalau range darah naik pada tahap 1000, aku akan di oprate. Sukar untuk menerima hakikat.Namun, itulah kebenarannya.

20/11/2013
Follow up lagi di Hospital. Scanning lagi. Bila tengok keputusan, memang masih belum dapat di kesan janin bayi ku. Justeru, aku kembali lagi di tahan dalam wad. Allahuakhbar. Aku rasa berputus asa. Namun, akal waras menasihati, bersabarlah..mungkin ada hikmahnya. Petang itu, sekali lagi aku di scan. Dan, doktor telah membuat keputusan untuk buat operation.Dimana, Doktor akan menjalankan pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadangkala, keputusannya tidak tepat dan aku mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari.  Dalam hati berdebar-debar. Hanya Allah sahaja yang tahu. Tengahmalam, aku sudah berpuasa. Masa itu, barulah aku alami sakit yang teramat di bahagian rahim sebelah kanan. Sehinggakan, kaki rasa kebas. Aku manusia biasa yang lemah. Fitrah..aku mengeluarkan air mata. Saban hari..mengenang nasib apa yang akan berlaku.

22/11/2013
Setelah lebih 48 jam aku berpuasa. Badan sungguh lemah. Di situ aku di uji lagi. Mengenang nasib diri. Keluarga, suami...semua jauh dari ku. Kebetulan masa itu, suami ada urusan di luar. Sesampai sahaja suami di sisi..aku terasa amat sukar untuk melepaskan dia pergi. Betul, tika itu aku perlukan sokongan dan semangat. Suami bekalkan aku dengan surah yasin. Hampir pada waktu sengang, aku menghabiskan bacaan ku. Mencapai ketenaangan. Dek kerana kesakitan yang menusuk..semangatku hilang lagi. Sehingga suatu tengahari itu, aku tidak mampu untuk bernafas. Aku terbatuk-batuk. Lendir menyekat di kerongkong. Memang sukar untuk bernafas sehimgga suami bergegas memanggil doktor. Sepanjang tempoh ku berpuasa, sebanyak 6 pain air yangmasuk dalam badanku.

Masa yang ku tunggu-tunggu..
Pukul 12 suku tengah hari, aku telah di usung ke bilik bedah. Berdebar-debar jantungku. Aku cuba mengosongkan fikiran. Hanya memikirkan tentang kebesaran Allah. Hanya menahan hati untuk bersabar. Di bilik bedah, salur getah di tangan kanan, doktor telah menyuntik sedikit cecair didalamnya. Wayar-wayar telah sedia terpasang di hampir segenap ruang detakkan jantung. Bekas oksigen di tekapkan ke mulutku seraya itu aku di minta untuk menarik nafas sedalam-dalam kemudia hembus dengan perlahan. Tiga hembusan, akhirnya aku terkulai..

4.00 petang. Aku tersedar. Badan memang cukup lemah. Doktor memberitahi, operation telah berjaya. Dalam keadaan masih lemah dan otak masih sukar untuk berfungsi aku di usung semula ke dalam wad. Selang eberapa jam, barulah aku stabil sepenuhnya. Alhamdulillah. Menurut doktor, mereka berjaya mnegeluarkan janin itu dalam tiup. Sebelah tiup, iaitu tiup sebelah kanan telah di potong. Payah untuk menerima hakikat. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui bagaimana perasaan aku di ketika itu. Sabar...sabar...ya...sabar...Acuba menarik cas positif dalam hati. Namun, seringkali aku kalah.

Ectopic Pregnency..

Ada beberapa simptom awal yang boleh membantu mengenal pasti kehamilan di luar rahim seperti:
*Pendarahan faraj yang tidak normal
*Sakit yang teruk dan berterusan di satu bahagian pada bawah perut

Rawatan

Jika anda mengalami simptom-simptom yang disebutkan di atas, jumpalah doktor dengan segera atau pergi ke hospital. Jika salur Fallopio anda telah pecah, anda perlu terus dibedah tetapi dalam kebanyakan kes, kehamilan di luar rahim dapat dikesan awal dan ujian-ujian dapat dilakukan dan pembedahan (jika perlu) dapat dirancang.

Anda mungkin akan menjalani pemeriksaan dalaman untuk mengesan lokasi kehamilan serta ujian kehamilan yang sensitif. Ujian darah akan mengukur tahap hormon chorionic gonadotrophin (hCG). Ia akan memberitahu bukan sahaja sama ada anda hamil atau tidak, malah akan menunjukkan sama ada tahap hCG anda lebih rendah daripada yang normal, yang mana merupakan satu tanda kehamilan di luar rahim.
Doktor akan menjalankan pemeriksaan imbasan ultrabunyi melalui faraj, memandangkan kehamilan ini mungkin tidak dapat dikesan melalui imbasan pada perut. Kadangkala, keputusannya tidak tepat dan anda mungkin perlu membuat imbasan lagi selang beberapa hari.

Jika kehamilan di luar rahim ini dikesan, pakar bedah akan menggunakan kaedah laparoskopi untuk memotong salur Fallopio dan mengeluarkan kehamilan tersebut. Salur tersebut tidak akan dipotong jika ia boleh dibaiki. Laparoskopi lebih baik daripada pembedahan terbuka kerana pembedahan ini lebih cepat; kurang darah yang hilang semasa pembedahan ini; anda tidak perlu tinggal lama di hospital dan kurang ubat penahan sakit diperlukan.

Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang jika salur Fallopio telah pecah dan doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan secara terbuka (laparotomi).
Sama ada salur Fallopio dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama, atau kehamilan dikeluarkan dan salur Fallopio dibaiki bergantung kepada tahap kerosakan salur tersebut; tahap kesihatan salur Fallopio yang satu lagi dan keinginan anda untuk hamil lagi. Dalam sebilangan kes, biasanya dalam kes-kes yang salur tersebut dapat diselamatkan (kira-kira empat peratus dengan kaedah pembedahan lubang kunci dan lapan peratus dengan kaedah pembedahan terbuka), kehamilan tersebut terus berlangsung dan memerlukan ubat metotreksat yang menggugurkan kehamilan, atau pembedahan susulan untuk mengeluarkannya. Metotreksat kadangkala boleh digunakan untuk merawat kehamilan di luar rahim dan pesakit tidak perlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih pada tahap rendah dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku dan tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan diserap oleh si ibu, yang kemudiannya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.
Dalam kes-kes tertentu, jika kehamilan di luar rahim dikesan dari awal lagi tetapi lokasi sebenar belum dipastikan, tiada rawatan akan dicadangkan. Ini dipanggil pengurusan ekspektasi atau 'tunggu dan lihat'. Dalam kes ini, banyak kehamilan di luar rahim yang gugur dengan sendirinya, terutamanya dalam kes tiada pundi telur dikesan dan hormon kehamilan masih di tahap sangat rendah.

Dalam kes-kes ini, pengurusan ekspektasi dapat mengelakkan pembedahan sehinggalah ia tidak dapat dielakkan lagi. Namun, ini berlaku dalam kira-kira satu perempat daripada kes tersebut.




||Sesiapa sahaja wanita yang pernah mengalami hal sepertiku ini, pasti faham, bagamana rasanya. Semoga Allah murahkan rezeki dan permudah kan urusan kita untuk kandungan yang seterusnya. Aku inpikan sebuah keluarhga bahagia dimana cahaya mata yang soleh dan solehah sebagai penyeri rumah tanggaku. InsyaAllah. Sungguh, aku hanya mampu merancang. Allah yang menentukan. Perancangan Allah juga yang terbaik. Untuk wanita d luar sana, jaga diri, jaga kesihatan. Jangan buat kerja terlalu berat. Jangan terlalu aktif.Syukur, Allah menguji. Semakin Allah uji, semakin dia sayang. Semoga hati makin tabah dan kuat menempuhi hari-hari yang mendatang. InsyaAllah. Sekian.. ||


Friday, 4 October 2013

Haluan Laluan

Dengan lafas suci....Bissmillahirahmannirahim...

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. Berpeluang untuk berilham lagi. Lebih suka menggunakan bahasa jiwa. Justeru, ku garap menjadi jurnal cerita.

Dalam arus  kemodenan dunia. Manusia berlumba mencari nama,harta, pangkat dan darjat..aku bagaikan terkebil-kebil sendiri. Melihat persepsi daripada pelbagai sudut. Ibarat berada di dunia dimensi. Wayang 3D. Dan aku hanya mampu melihat. Mengukur makna jati diri. Dalam erti kata lain..bermuhasabah untuk menilai diri sendiri. Sesekali, bila teringatkan diri yang sudah banyak tersasar dari landasan jiwa kehambaan yang sebenar, aku mengucap istighfar. Astaghfirullahal a'dzim!. Sungguh hati ini sering d bolak balik..Iman sering di uji. Aku tak mampu menepis godaan dek bunga-bunga dunia yang mekar mengharum.

Teringat lagi pesan sahabat, tika ku mula berjinak memakai tudung labuh. Tika itu, pelgabai hamburan kata-kta tajam berbisa bak sembilu menghiris. Namun, kugagahi demi sekeping jiwa yang ingin berjihad.

"Jangan macam cucur pisang goreng ya. Awalnya sahaja bersemangat, dah lama...layu dan dingin."
"Jangan jadi macam melepaskan batuk di tangga. Penting untuk istiqamah."
"Jangan hangat-hangat taik ayam saja. Nanti, kamu sendiri yang mendapat malu."
"Jangat jadi macam lalang di tiup angin. Bila bersama mereka yang bertudung labuh, kamu bertudung labuh. bila bersama mereka yang tak bertudung labuh, kamu turut macam mereka."

Daku terkelu. Pedas kata2 itu. Namun, itulah semangat!. Itulah kekuatanku. Aku ingin berubah kerana Allah. Bukan kerana siapa-siapa. Moga istiqamah menjadi landasan ku.

Namun, iman ini sering di uji. Hati ini sering dbolak-balik. Aku tersungkur kadang-kadang. Melihat indahnya dunia fesyen. Tapi, mereka berpesan juga..

"...biar  sempurna penutupannya. Jangan sampai nampak susuk tubuhmu.."
Ya, secara praktikalnya..aku pernah juga berselendang..tapi, akan ku jaga paras labuhnya.  InsyaAllah.

Duhai hati,
Tetapkan pendirian mu. Teruskan istiqamah. Smg mampu menjadi insan yang teguh dalam berpendirian.

Yang pasti..
Sahabat kesayangan ku yang perihatin sekalian, tegurlah daku jika daku tersalah memilih ahluan. Gapai tanganku tika aku tersungkur. Aku manusia biasa yang sering membuat onar pada diri sendiri.

Suami penah berpesan,
"Sayang lebih cantik mengenakan tudung labuh"

Itu satu semangat yang menjadi kekuatan ku!

Allah..Allah..Allah.. Engkau Maha Mengetahui. Engkau  Maha Melihat. Pimpinlah aku untuk menuju ke jalan yang Engkau redhai selalu. Amiinnn...



Thursday, 3 October 2013

Inilah seorang aku!

Bismillahirahmannirrahim..

Assalammualaikum,

Jika aku di beri peluang untuk memilih..aku lebih suka mengkaji bahasa sestera.
cintaku pada bait-bait indah itu terlalu mendalam sehingga secara praktikalnya aku hampir mengaplikasikan dunia penulisanku dalam kehidupan.
hampir kata-kataku ku bisik bahasa jiwa.
bait hentakkan jari ku terus diiringi bahasa melankolik. 
Sehingga tega sahaja suara-suara angin melabelkan aku dengan wanita semalu..puan pujangga..
ah, keterpedulian aku lansung zero.
anugerah-Nya ini yang ku jaga rapi.
Itulah seorang aku yang bernama,
SITI HAJAR!

itu sahaja yang ingin ku sampaikan!
sekian.

Wednesday, 21 August 2013

Bahang Di Pundak



Catatan bermula lagi.
Bicara tentang jiwa.
Katanya kaku di hujung bibir.
Tuturnya sayu di tangkai hati.
Pundak jiwa bergetar dalam sendu.

Dalam setiap bait madah tanpa suara.
Mata bertakung rintisan jernih berhalwa.
Biar memberat di kelopak merah membahang.
Pun hati yang berhujan duka.
Pun jiwa yang menahan siksa

Lembaran waktu bertirai kelabu terbentang tanpa setuju.
Terungkap berkisah langit kusam yang punyai nyawa yang bercerita.

Maka, bergema lagu tanpa rentak.
Bingit dan menunjam lubang telinga.
Pedih memandang, sakit lagi merasa.
Hadir bagai patung bernyawa tolol.
Membiar nafsu menguasai benak yang kian bengong.
Menyumpah dengan seranah hati berdepankan biol.

Ingin ku junam belati.
Biar ku bunuh sahaja.
Biar ia hilang.
Maka berakhir duka sengsara!
Namun, tidak ku setega itu.
Aku masih berTuhan!

Siapa yang membantu?
Kalau ku disimbah api.
Kau dibasah petrol?
Maka jadinya bahang-bahang yang menjahanamkan.

Terbahak sang durjana.
Misi kreatif berinovatif terkesan.
Ah, aku enggan!
Aku enggan dimonopoli!
Aku masih berTuhan!

Namun,
Jauh dalam jiwa damai.
Aku ada cinta yang sedang berkasih sayang.
Biarlah ku buka benteng kemarahan
Agar kerajaan kasih dan sayang berleluasa di segenap kota jiwa.
Biar bahang terpadam.
Biar terlebur misi durjana.
Nanti,
Kuhembus angin di kerajaan hati dengan kalam Allah
Biar syahdu isinya.

Tertutup lembaran kini.
Marah benci geram mana.
Membahang di pundak.
Aku hanya sendiri meratap.
Mengerti makna jiwa diri.
Takkan mampu bibir terbicara.
Biar aku yang meratap.
Kerna ku ingin akhirnya suka.

Tajdid berpasak.
Aku masih berTuhan.

Itu hakikat pasti!


By: Siti Hajar Ahmad


Pic_Of_http://weheartit.com_Tq ^_^

Wednesday, 14 August 2013

Mesir Berdarah ( Berita Dari Mesir )


10 FAKTA TRAGEDI
Mesir Berdarah

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg td.

2. Jeneral Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini seramai hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah mereka yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam Ikhwan Muslimin.

Ayuh kita DOAKAN KEHANCURAN MUSUH ISLAM & KEMENANGAN ISLAM

Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!





Jatuh "otak" syuhada ini sepenuhnya daripada kepalanya selepas ditembak kejam . Mereka hanya bersenjatakan Kalamullah dan hati yang ikhlas menegakkan Islam. Bumi Mesir kini dibasahi dengan darah para Syuhada . 

وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

“Dan barang siapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan adzab yang besar baginya.” (QS. Al-Nisa’: 93)



Tahniah buat puak sekular dan sekutu mereka . Kamu pasti menerima balasan dari Allah Azza wa Jalla kelak.

Surah Al-Maidah (Quran 5:23)

Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman".


Berdoalah untuk rakyat Mesir kalaupun kita tidak mampu bersama mereka di sana.

Sebarkan cerita yang benar tentang mereka, cukup-cukuplah media dan para pemberita dengan berita-berita palsu. Itu hanya membunuh lagi jiwa-jiwa mereka di sana. 

Jangan kita leka dengan kesenangan dan keamanan yang kita ada kalau saudara kita diuji di sana. 


Gambar pembunuhan beramai-ramai yang
terbaru yang dipertanggungjawabkan kepada As-
sisi, di Nadi Sikkah.
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel!

Sadis.. pembunuhan rakyat yang tidak bersenjata
yang dilakukan oleh Tentera yang sepatutnya
menjaga keselamatan mereka.
Gas pemedih mata, senapang, peluru hidup dan
pasukan penembak tepat digunakan bagi
menjalankan misi kejam ini.
Hasbiyallahu wani'mal wakeel.
Semoga setiap nyawa yang mereka bunuh menjadi laknat ke atas mereka dan pimpinan mereka!


sungguh, aku tidak mengenali mereka. tapi mereka itu saudaraku, saudara seagamaku.
kau telah menyakiti mereka, maka kau juga telah menyakiti aku. 
kau memang kejam!!
peluru meliar mencari darah syuhada
darah pekat mewarnai bumi anbia
apa kau ingat darah mereka itu pesta air untuk kau raikan??
anak kecil dan wanita juga kau lakukan begitu
kau memang zalim!!
semua ini terjadi jua dengan izin Allah.
maka ketika ini,
untuk kau saksikan mulut2 kami mengaminkan qunut nazilah
untuk kau lihat makin ramai langkah menuntut pembelaan
untuk kau lihat kuatnya hati2 yang bersaudara itu
untuk kau saksikan bahawa yang hak itu juga akan menang
pada masa yang Allah telah tetapkan!
darah syuhada mewangi mekar bersama bidadari syurga
saat kau mendapat pengadilan setimpal saat berhadapan dengan tuhan!

allahuakbar!! allahuakbar!! allahuakbar!!
hasbunallah wa ni'mal wakil

kemenangan itu semakin hampir!!!