RSS

Thursday, 2 August 2018

Celoteh yang dah lama tak celoteh


Image may contain: 1 person, text and outdoor

Assalammualaikum,

last update blog ni... tahun 2016! MasyaAllah, lama! hehe..
Bersawang dah. Haha!

tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Semenjak banyak lagi medium dalam menulis diperkenalkan, blog menjadi sesuatu yang kurang diaplikasikan. Dahulu, zaman berblog...memeang seronok update apa sahaja cerita didalamnya kan? Sekarang ni...facebook, ig,wc,wa,tele..fuh! banyak lagi...berteberapan aplikasi ni..dan ia sesuatu yang sangat mudah untuk diakses.
so...
mungkin sebab tu..jarang dah guna blog sebagai medium untuk bersosial media.

Hanan.
Ya, umur dah masuk 4 tahun pada 22.11 tahun ni. Tak terasa sungguh anak dah besar. Alhamdulillah...Hanan memebesar menajdi anak yang kuat sepertimana kuatnya mama dan abah melalui kehidupan ni dalam membentuk sesebuah keluarga. Hehe..tak semua orang senang. Dan, aku bukan dikatogerikan sebagai orang yang senang. Belanja, makan apa semua...bersekat. Tak boleh boros. Nak mengidam beli itu ini...jangan mimpi dulu. Cukup telan air liur aje. Tapi, its ok. As well as, hidup bahagia dalam kesederhaan itu. Alhamdulillah. Tak minta lebih. Cuma minta dicukupkan dalam keberkahan. Ameeen!

Hanan dah masuk sekolah!
Sekolah di Taski ABIM. MasyaAllah. Awal pagi dah bangun..mula dulu merengek juga. Sekarang, Alhamdulillah. Tiada masalah apa-apa.

Masih tentang Hanan.
Hanan umur 4 tahun...tapi cakapnya belum lancar. Masih berbahasa baku. Slow-slow ajak dia berkomunikasi. Semenjak masuk sekolah, Hanan dapat kawan baru dan lebih banyak berkomunikasi.

Aku?
Karya Terbaru?
Tempat Kerja?

Aku biasa sahaja. Alhamulillah. Tahun ni...rancang nak bagi Hanan adik. Semoga Allah makbul. Ameen! Perjalanan yang biasa-biasa sahaja, sesuai dengan kesederhanaan diri. huhu..apapun, ujian tetap ada. Ujian tanda Allah sayang. Jadi, just hadap ujian tu dengan sabar dan berbaik sangka. Allah tak uji seseorang tu sesuai dengan kemampuannya. Dan, aku ok!

Belum ada karya terbaru. Kembar Songsang tu...alhamdulillah. Walaupun aku  ni seorang penulis yang tak banyakl orang kenal, agak pemalu untuk beramah mesra dengan pembaca dan....jarang menonjolkan diri...so, aku tenggelam. haha! Aku macam tak dapat nak lawan arus perdana dalam bidang ni. Bidang penulisan ni...kalau kau slow dan pemalu...memang kau akan ketinggalan. Macam aku ni lerr...huhu..pemalunya...alahai!

tempat kerja.
Hah!
Aku kerja dengan pemimpin kuku besi oi. Ya Rabbii...dari hari demi hari...masuk tempat kerja, sebelum kaki masuk gate, awal-awal bisik dalam hati...

"Ja, kee strong and stay positive! Dont Look back and work for Allah!"

punyalah stress masuk kerja dengan pemimpin kuku besi dan macam iguana tu! huh!
belum masuk 2 tahun beliau menerajui bahtera ini. namun, cara pimpinannya sungguh membuatkan bawahannya banyak yang stress. Malah, kami berpecah belah dan berpuak-puak! Aku dah berberapa kali kena. Gaduh besar dah berapa kali. Hingga dia dendam dan kurangkan markah LNPT aku! Hangin betul.
Tapi, its ok! sekarang malas dah nak melayan. Angguk-angguk sahaja. Kalau menegeleng, siapalah kau! So, aku kena behave dalam 3 tahun ni untuk menjaga reputasi. Kalau tak, tak naik gred oi. Apa taknya...kalau dia berdendam dan balas dendam dengan markah prestasi!

Huhu...
Jadi, setakat ini dahulu.
Nanti, berceloteh lagi.
InsyaAllah!

Sekian!


Saturday, 24 December 2016

Selamat Hari Milad, dear self😊



BISMILLAH..

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Namun, ada harinya dimana kita harus berhenti sejenak, menoleh ke belakang lalu bersyukur.

Aku yakin, setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Hidup, mestilah harus BERANI!

Alhamdulillah untuk nikmat usia dr '87 hingga '016 ini bererti 29 tahun Allah pinjamkan nafas pada jasadku yg udah tentunya sebuah pinjaman juga. Suatu hari nanti pasti 'kan kembali pada penciptanya.

Terima kasih buat bonda dan ayahnda yg melahirkan, membesarkan dan mendidik aku hingga tanggjwab itu tergalas pula pada seorang lelaki yg mencintai dan mengasihi aku seumpama ayahanda, abangnda, adiknda, babynda dan rakanda(hehe) yakni suami yang ku cintai seluruh jiwa dan raga. Hingga kami dianugerahi seorang mujahid shomelll dan ncem lagi soleh ini. Tanpa kalian, siapalah aku!

Terima kasih Allah.
Utk segala hal.
Utk segala nikmat.

Nota:  smg selamat permusafiran kami ke bumi Betong dlm cuaca hujan yg 'masyaAllah' ini. Doakan kami, ya😊 (Status semasa on the road balik kampung. Alhamdulillah sampai di Betong dengan memandu 60-90/km - 6jam perjalanan. Suami drive slow sb dari Kuching hingga Betong hujan tak henti2)

...

Sbnrnya tanggal 24 dis hari ni, buka jk mata mmg lansung xingat tarikh ni tarikh apa. Melongo sebentar sambil mata berkedip2. Terkejut adik bongsu call tanya kol brpa berangkat n siap nyanyi lagu birthday. Allahu. Nampak tak tuanya aku smpai lupa birtdhay sendiri.

Masih bergulit lagi, abahnya pula wish. Cakap sorry, sb lupa. Haha..its ok. Aku sendiri pun lupa. Siap abahnya ckp, " Dah tua, xkisah lg kan tarikhnya apa" haha..

Agak terharu bila melewati 'bilik ke bilik' whatsapp, rakan dekat mahupun jauh yg turut mendoakan. Sanggup taip pjg2. Edit gbr. Tulis dlm notes then snap. Htr video main piano. Htr voices lgu hari jadi pelbagai versi. And, hingga larut malam pun masih dihujani doa2 yg 'MasyaAllah' dr rakan2 & keluarga. Semoga Allah merahmati antuna yg mendoakan aku dan apa yg didoakan kembali jua kpd antuna malah mendapat lebih daripada apa yg didoakan.

Bila sampai di umah MIL, terkejut bila FIL cakap, hari ni dinner kt sugarbun. Hehe..

Allahu. Umur makin tua. Mmg xmengharap lebih di hari ulangtahun kelahiran. Cukuplah aku ada utk org yg aku sayangi dan org yg aku sayangi ada untuk aku.

Alhamdulillah untuk nikmat usia yg smkin meningkat.
Smg meningkatnya umur, maka bertambah amal. Dan bertambah cinta dan taat terhadap Allah dan Rasulullah.

Terima kasih.
1234pm/161225

Tuesday, 20 December 2016

👫 SYURGA SEORANG ISTERI 👫





SYURGA SEORANG ISTERI

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian  Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik dari semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah.. biiznillah. Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Amin. Amin.

Tuesday, 6 December 2016

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan (4Tahun)

HAPPY ANNIVERSARY 4TH YEAR!

Alhamdulillah..
Setelah banyak melalui liku2 dalam berumah tangga, masam manis, pahit maong, tangis tawa, gurau senda, marah rajuk, sayang benci, cinta rindu..akhirnya tak terasa hubungan ini sudah sampai 4 tahun.

Alhamdulillah ala kulli hal
Alhamdulillah ala kulli nikmah

Smg Allah kurniakan hidup rukun,
Keluarga yang sakinah mawaddah wa rahmah dalam rumah tangga kami.

Semoga dikentalkan hati, dikuatkan jiwa dan diberikan kesabaran utk kami melalui liku2 hidup yg mendatang.

Sedangkan lidah lagi tergigit..
Apatah lagi kami, manusia yg hina dan hamba yang kerdil. Tersasar dari landasan, terjerumus dalam kehinaan seakan lumrah. Namun, bila difahamkan  itulah kasih sayang yang sebenarnya. Penguat cinta, pengikat kasih agar masing-masing melalui proses pembelajaran dalam lebih memahami hati budi, memahami isi hati dan redha akan ketentuan Tuhan.

Meminta maaf, menurunkan ego dan saling memujuk kunci pada sebuah perhubungan untuk kekal bertahan. Jangan dituruti hati, kelak binasi diri. Andai sayang, kenapa harus dihilang? Andai cinta, kenapa harus berdusta? Kuncinya ada pada didikan agama. Agama mengajar erti ilmu. Ilmu bermakna amal. Ilmu tanpa amal, tiadalah guna ibarat pokok tanpa buah. Justeru, andai cinta kerana Allah, kekallah setia kerana Allah. Teruskan taat kerana Allah. Andai imbalannya bukan di dunia, di akhirat sana ianya ada. Allah Maha Tahu, maka, kuatkanlah hati. Bukan saja pada hati, malah jua pada minda agar tidak rapuh sentiasa!

Syukur alhamdulillah!

Aku sayangkan abang.
Terima kasih atas pengalaman hidup yg sungguh bernilai ini. Ianya byk mendidik ku menjadi seorang wanita kepada isteri dan ibu. Ampunkan aku diatas keterlanjuran lidahku saat amukan marahku, ampunkan diriku saat rajukku yg melampau. Kau sungguh penyabar, abang. Kau sungguh penyabar! Tidak pernah engkau memprotes atas tindak tandukku. Ampunkan aku!

Semoga Allah merahmatimu
Membukakan pintu hatimu
Menganugerahkan taufiq dan hidayah buatmu
Bertambah taat dan taqwamu pada Allah
Bertambah kasih dan rindumu pada Rasulullah
Bertambah taat dan tanggungjawabmu pada ibu bapamu
Bertambah cinta dan amanah pada isterimu
Dan, bertambah segala kasih mu pada anakmu.

Semoga engkau menjadi anak, suami dan abah yang soleh buat kedua ibu bapamu, isterimu dan anakmu.

Aku sayangkan abang!
LILLAHITAALA..

Sanah Helwah 2 Tahun (HANAN)



Sanah helwah MUJAHID KECIL mama & abah
Muhammad Raziq Hanan

Semoga di panjangkan usia dalam keberkatan, sihat tubuh badan,baik akhlak & agamanya. Sejahtera jiwa dan raga & dimurahkan rezeki serta di anugerahkan  kecerdasan akal dan kebeningan hati. Ya Allah, Jadikan anakku, orang yang baik dan takwa, yang punya pandangan dan pendengaran yang taat kepadaMu, yang mencintai dan setia kepada kekasihMu, Muhammad.

Bantulah kami, mendidiknya, berbuat baik kepadanya dari sisiMu. Allah humma Aamiin..

💞💝💞💝🍰🍩🍪🍫🍕

Mabruuk alfa mabruuk ‘alaika mabruuk
Mabruuk alfa mabruuk yawm miiladik mabruuk

Selamat hari milad
Semoga dapat rahmat
Dari Allahu Ahad
Hingga hidup selamat

Mabruuk alfa mabruuk ‘alaika mabruuk
Mabruuk alfa mabruuk yawm miiladik mabruuk

Selamat ulang tahun
Semoga berkah turun
Dari Allah Pengampun
Sehingga hidup rukun...


🌼Mama sayang, Hanan. Hanan asbab mama untuk terus kuat dan sabar.

Sunday, 27 November 2016

Antalogi Cerpen Seram- KEBANGKITAN

Bismillahirahmannirahim..
Assalammualaikum.

Minat dalam penulisan akhirnya membawa hasil. Alhamdulillah. Dari sekolah rendah lagi aku memang suka menulis. Tulis cerpen dalam buku latihan merupakan satu hobi. Aku suka berimaginasi. Apa yang aku lihat, otak aku cepat jak mencerna untuk olahan sebuah cerita.

Bila masuk sekolah menengah, minat menulis semakin tinggi. Aku menulis cerpen dan novel sendiri dalam buku nota. Sehinggakan karya aku di passing kawan2 untuk di baca. Seronok! Walaupun idea tak sebaik mana masa tu, tapi aku suka. Sehinggalah aku mendapat tawaran untuk menulis cerpen bg pertandingan menulis cerpen yg di anjurkan oleh DBP Sarawak. Syukur, cerpen aku mendapat tempat ke dua dlm Sarawak.

Masa tu, aku ada seorg bestfren. Dia nak sgt bc karya aku. Tp, xberkesempatan sebab buku nota yg mengndungi karya aku selalu di tangan orang lain.

" Dlm byk2 geng,aku sorg je yg blm bc karya kau. Teringin nak bc"

Ayt ni masih lekat dlm dinding memori aku wakaupun aku n bestfren aku tu dh lama xberhubung. Tapi, aku harap..one day, diacakan baca.

Semenjak giat semula dlm arena penulisan, aku byk didedahkan dgn rakan-rakan penulis. Bergaul dan bertukar pandangan. Sungguh mengujakn krn aku dpt pengalaman yg bharga dr mereka.

Kolabolasi dengan penulis baru dalam genre seram semakin meningkatkan keyakinan aku utk menulis. Syukur alhamdulillah, buku pertama kami akan keluar di pasaran tidak lama lagi.

Terima kasih page KPTX krn dari situ aku bermula untk melangkah masuk dlm dunia penulisan ini dgn lbih mendalam.

InyaAllah, selepas Antalogi Cerpen dari 8 penulis seram (IDA ANUAR, KUFAZ, AZWA ADDY, PROF ZOREF, SYAIDA, SUE ALIFF, FAZLINA DAN AKU) Akan ada buku2 single drpd kami semua. Semoga dipermudahkan urusan kami dalam bidang ini.


Thursday, 8 September 2016

Sinopsis KEMBAR SONGSANG

Bismillahirrahmmnirahim
Assalammualaikum..

Karya terbaru. Dah uploaded dlm ilhamkaragkraft.com

http://ilham.karangkraf.com/mobile/karya-detail.aspx?idk=6956&idc=36668

KEMBAR SONGSANG 

Terima kasih kepada pembaca setia saya.
Ok,sedikit sinopsis kisah Kembar Songsang saya..

Fathiah Safwah dan Hidayat Safwan adalah pasangan kembar. Fathiah dilahirkan songsang, dan Hidayat pula dilahirkan dalam kedudukkan normal. Walaubagaimana pun, kelahiran mereka adalah dilahirkan secara normal. Bukan seazerian atau yang sewaktu dengannya.

Uniknya, Fathiah memiliki satu kebolehan yang luarbiasa. Impak daripada insomnia aneh yang dia alami. Dia menjadi perantara roh yang tidak diketahui kematiannya supaya dapat diselongkar misteri kematian mangsa.

Dan, uniknya Hidayat juga, dia memiliki kebijaksanaan dan kecerdasan yang dikagumi. Dia seorang hafidz. Hanya dia yang boleh membantu kembarnya itu untuk menemui jalan pulang daripada dimensi masa.

Konflik akan terjadi apabila kebolehan Fathiah dianggap mengancam dan mencabar ilmu hitam milik seseorang yang mempunyai pangkat dan darjat.

Apakah yang akan berlaku terhadap Fathiah nanti? Bagaimana Hidayat melindungi kembarnya yang diamanahkan oleh papanya itu kepadanya? Berjayakah ilmu hitam menguasai kebolehan kembar songsang itu?

Pelbagai debar dan kisah yang akan dipaparkan. Semuanya menyajikan pengajaran sebagai tauladan kita semua.

Bahawasanya berkata Al-Allamah Al-Musnid Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Bin Hafidz Hafizhahullah,

"Barangsiapa yang berpaling daripadaNYA, maka Allah akan memerintahkan syaitan untuk sentiasa menemaninya serta melalaikannya dan menyibukkannya (dengan urusan dunia)"

Untuk Hidayat Safwan ,

"Yaqin itu adalah tetapnya hatimu pada-Nya, dan kamu tidak berbalik, tidak berpaling, tidak berpindah & juga tidak berubah hatimu, dari-Nya."

Imam Junaid Al-Baghdadi رحمه الله تعالى


Teruskan mengikuti perkembangan Kembar Songsang. Terima kasih kerana menyokong.

Tuesday, 9 August 2016

Hobi Baru (Genre Seram)

Bismillahirahmannirahim,
Assalammualaikum..

Berlalu dah syawal. Huhu...tak ada masa nak update update cerita pasal kemeriahan syawal. Heh!

Sekarang ni pun otak rasa tepu sangat nak update cerita utk blog. Tapi, nak.kena juga menulis.huh!

Okey!
Lately ni, akubl tengah bergiat dalam penulisan seram. Utk cerpen & novelet seumpamanya. Ntah, sejak bila mula minat n bergiat aktif. Sedangkan aku ni bergasak aje ngan genre tangkap lentok. Ho!

Tapi, best. Lagi2 ada page paranormal yang sudi upload hasil karya & buat cover percuma skli untuk karya kita. Double saloute to  pages KALIMAH PARANORMAL TEAM X! Admin yg supporting giler. And, sebab dah salu update story, kitorang buka group whatsapp utk berkongsi ilmu especially khas untuk penulisan. Alhamdulillah. Dapat bkenalan dgn geng2 yg hebat dalam arena penulisan walaupun majoriti daripada kitorang adalah pendatang baru. Masih 'mentimun' lagi. Team owsem kitorang bernama “THE DARK X”. InsyaAllah, half of us ada yg dh dirisik oleh editor dan syrkt penerbitan utk hasilkan buku. Smg semuanya berjaya dalam bidang yg diceburi.  Hi!

Aku? Relaks dulu. Cari ilmu, cari pengalaman, post je mana yang termampu..huhu..nanti kalau ada yg berkenan, adalah ia dtg merisik. Rezeki tak kan kemana.

Ok, nak kasi up dulu cover cerita yg aku pnh buat.





“KESUMAT”
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=6600&idc=35204





Korang boleh akses masuk dalam link dibawah..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1760488530859023&substory_index=0&id=1725968027644407


“BIDADARI”
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=6680&idc=35998

Sudi2 lah ye baca..hehe..


Tq kepada pengkomen.hehe...rasa semangat pula nk keep on going nulis n hasilkan mutu penceritaan yang terbaik. Terima kasih atas sokongan semuanya..

K.sekian.

Sunday, 5 June 2016

🌼Hari Jalinan ukhuwah 🌼


Apabila hati penuh cinta,
Apa yang dilihat semuanya keindahan.

Apabila hati penuh cinta, 
Apa yang ingin diberikan hanyalah kemaafan.

Apabila hati penuh cinta,
Apa yang diterima hanyalah kebaikkan.

Cintailah Allah kerana itulah punca
Cinta segala dan semua.

Jangan dirisaukan apakah
Perjalanan cintamu akan sampai,
Tetapi cukuplah sekiranya dirimu 
Telah memulakan langkah.

Sesungguhnya,
Keindahan cinta Allah itu bukan hanya
di hujung jalan tetapi di sepanjang jalan.

❤❤❤

Hati yang penuh cinta akan mudah tersenyum.
Kita akan menemui cinta Allah selagi kita mencari.
Jadi, teruskan mencari..
Itu petanda kita akan menemui!


Kenangan majlis berambeh berulam di rumah sahabat kami. Salah seorang daripada banat Ahbabul Mardhiyah. 

Alhamdulillah selesai majlis d rumah AM Atiqah Annuar. MasyaAllah layanan tuan rumah kpd kami sgt baik👍


Moga moga dgn perkumpulan di majlis barokah seperti ini menjadi asbab kita mendapat redhanya Allah SWT dan dapat menggembirakan Baginda Nabi Muhammad SAW. Aamiin~

Fi Hifzillah ahbabul's💕

SALAM RAMADHAN☺

Sollu a'lan nabiy
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

🌼Tupung Berselawat 🌼

Hati insan hanya dpt disatukan dengan iman.Tanpa iman, tiada perpaduan. Apabila iman di hati, syariat akan dipatuhi dan ketika itu akhlak akan subur kembali.

Marilah kita menempuhi jalan itu.
Meskipun kiranya tidak sampai..
Sekurang-kurangnya kita telah menempuh jalan.

Itulah jalan Allah..yg keindahannya ada di sepanjang jalan, bukan hanya di hujung jalan! Ingatlah, kita boleh menyayangi tanpa memimpin, tetapi kita sekali-kali xboleh memimpin tanpa menyayangi..

Allah terus cinta walaupun kita terus derhaka.
Allah terus kasih walaupun sering dipersia.
Terima kasih atas cinta!

Kenangan khidmat bersama Ahbabul Mardhiyah dalam Tupung Berselawat.
Sempena Rehlah Mahabbah Nur Ahli Badar ft. Ahbab EL Habib bersama tetatu jemputan
Habib Nael Ben Thohir, Habib Naqjamuddin bi Othman Al-Khered dan YB Fazruddin BIn Abd Rahmad Adun N.6 Tupung. 

MasyaAllah! 
Tabarakallah.

Semoga sentiasa diberikan kesempatan, kesihatan tubuh badan untuk berkhidmat pada agama dan menyebarkan cinta Rasulullah saw.

Allah humma solli ala Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa salim.

Wednesday, 25 May 2016

🌸 Alhamdulillah 🌸


°°Penghujung Mei. Alhamdulillah, terusan mujahadah. Walaupun, hasilnya kadang turun kadang naik dlm penghijrahan ni. Dulu, sy jenis yg aurat xberapa nak jg. Solat mcm “belang kambing” bak kata bapak. Ikhtilat memang kelaut. Bila dah sangat jatuh terjunam dlm kelalaian, Allah nagi sedikit jln untuk mcari jln pulang. Dengan lansung xada sokongan, terus berjalan dan berharap smg Allah pandang usaha walau sedikit. Slow2 jauh dari rakan2, slow2 jg ikhtilat. Dari baju ketat dan sluar jeans, dari slendang beraneka jenis dan warna, dari tak pakai sokin, dari pakai heels, dari mackup...slow2 cuba tinggalkan. Usaha lagi walaupn kdg2 penat ditikam dgn tohmahan dan sindiran. Sampailah Allah pertemukan dgn rakan2 yg sering mengajak kearah kebaikkan. Bermula itu, Allah hadiahkan lagi dengan mjls2 ilmu. Paling bermakna, Allah hadiahkan guru yg mursyid untuk rohani ini. Alhamdulillah. Banyak.nikmat Allah bagi. Kdg2, diri yg sombong enggan bersyukur dan menangguh2 utk mengerjakan kebaikkan. Dalam hijrah, Allah uji dgn rakan2 yg nak ikut skli langkah ni. Walau xselayaknya diri ni dijadikan contoh. Tp, Allah uji lagi bila ada rakan2 yg hny berberapa bulan saja bersama kita, hijrah pakaian terutamanya. Bila jauh dari kita, mrk kembali pada cara pemakaian asal. Pernah tanya pd diri, ada salahkah caraku? Tp, bila muhasabah, Allah sedang mtarbiyah. Allah bagi cermin utk tengok niat. Alhamdulillah, syukur..Allah tahu yg terbaik utk kita. Ada hikmah Allah jauhkan dia dari kita. Kalau dia benar2 niat krn Allah, dia akan pegang tgn kita. Kalau niatnya lain, wallahualam. Tapi, kita juga sebaliknya. Kalau dia jauh dari kita, mgkn Allah nak kita check semula niat kita bagaimana. Jgn sesekali berburuk sngka pada Allah. 

Berpesan2lah kearah kebaikkan. Jaga ikhtilat walau kita rapat sgt dgn seseorg tu. Jg hati. Aku xpandai nak bg pesan yg menusuk kalbu sgt, tp..usahalah. Walau sedikit. Walau cepat atau lambat. Usahalah~~Allah sentiasa bg petunjuk, namun, usahalah untuk dapat hidayah Allah. Ianya bukan sesuatu yg ditunggu. Tapi, kita yg perlu mencari. Usahalah~

PESAN UNTUK AKU SENDIRI TERUTAMANYA

Tanyalah, 
Pada sesiapa sahaja disebalik selubung hitam itu
Tanyalah,
Pada sesiapa sahaja dalam lembaran kain besar itu
Tanyalah,
Pada sesiapa sahaja dalam balutan kain nan pudar itu..
kisah mereka dalam mujahadah 
Untuk sebuah penghijrahan, bagaimana?
Kisah mereka dalam meninggalkan
Warna warni perhiasan, bagaimana?

Pasti!
Semuanya bermula dari kisah hitam
Malah, lebih hitam lagi 
daripada apa yang kita sangka..!

“Hidayah Allah”
260516

Monday, 16 May 2016

🌼 Redha 🌼



Ratapan pilu merembes temulang jiwa
Saat dahi mencium lantai bumi
Lalu mengalir sayu mutiara putih
Di denai pipi tiada tebing
Yang kian membuka
hijab luka nan gering
Sambil mengadu duka sengsara
Pada ruang tiada dinding
Hanya dengan rasa dan nikmat
Penuh ampun nan harap

Lah sendu berlabuh pasrah
Sehingga dijentik lembayung redha
Yang mula terbit disukma jiwa
Membentuk senyum dianjung lara

Sepertinya siang meninggalkan malam
Sepertinya hujan menghadirkan sinar
Dan sepertinya itu juga
Aku mencipta bahagia
Disebalik duka
Atas rahmat dan cinta
TUHAN ku..

⚫Ummu Hanan⚫
170516 0945am

Sunday, 15 May 2016

🌼SELAMAT HARI GURU 2016🌼


Untuk semua insan-insan mulia yg bergelar GURU

UKIRLAH walaupun di atas BATU
CURAHLAH air walaupun di atas DAUN KELADI
TULISLAH walaupun di atas PASIR

KERASKAN pahatmu
BESARKAN baldimu
GENGGAMKAN penamu

MANALAH kita tahu
BATU menjadi TUGU
DAUN KELADI menjadi BALDU
PASIR menjadi INTAN

SABAR itu KEKAYAAN
IKHLAS itu KEJAYAAN

لو لا المربي ما عرفت  ربي
Lau la murabbi, ma 'araftu rabbi.
Kalau tidak dikeranakan guruku, tidak aku kenal Tuhanku.

SELAMAT HARI GURU 🌹🌹🌹

#TABIKAKEMASKPGLALANG
#SKDATUKBANDARDEBAK
#SMKSARIBASDEBAK
#SMKSPAOH
#SKNANGAENTEBANBETONG
#SJKCHSEJIJAKPEDAWAN
#OPENUNIVERCITYMALAYSIA
#AHBABULMARDHIYAH
#MADRASAHALKHAIRAT
#MAHAADALMAKKIY
#MTIU
#MakApakGuruSepanjangHayat

Wednesday, 11 May 2016

🌼 Hanya Perlu Sendiri 🌼




Kita mungkin menyembunyi duka disebalik suka
Kita mungkin menyelimut kedana disebalik ada
Kita mungkin mendakap sakit disebalik dada
Kita mungkin mengenggam kata dari bicara

Yang akhirnya membawa kelu membisu
Yang akhirnya menanggung pedih sekutu
Yang akhirnya menggalas kolah mata membeku
Yang akhirnya menetap untuk kelu

Bisik kata direlung hati
Wuquf cinta dalam hati
Aku ada Allah Yang Mengetahui
Tak perlu untuk diekspresi
Hanya perlu menyendiri..

Allah hu Rabbi!

⚫Ummu Hanan⚫
120516 12000pm

Monday, 9 May 2016

🌼 Betapa Adilnya Allah 🌼



Ramai wanita yang berkata bahawa susah menjadi wanita, lihat BETAPA ADILNYA ALLAH 

Ramai wanita yang berkata bahawa susah menjadi wanita, lihat saja aturan-aturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan istrei.

8. Wanita tersekat-sekat dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.

9. dan lain-lain.

Tetapi… PERNAHKAH KITA LIHAT RAHSIA DAN HIKMAHNYA ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga rapi dan ditutupi serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu khidmat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib khidmat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah anda bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Istrinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya , bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5.Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga kehormatannya.

6.Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah… ! Demikian sayangnya ALLAH Subhanahu wa Ta'ala kepada wanita.

Wahai wanita, syukurilah semua keistimewaanmu.

Yakinlah bahwa sebagai Zat yang Maha Pencipta sudah pasti Allah Maha Tahu akan segala yang diciptakan-Nya sehingga peraturan-Nya adalah yang terbaik bagi manusia.

Wallahua'lam 

SILA SHARE DAN SEBARKANsaja aturan-aturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.

2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya.

7. Talak terletak di tangan suami dan bukan istrei.

8. Wanita tersekat-sekat dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.

9. dan lain-lain.

Tetapi… PERNAHKAH KITA LIHAT RAHSIA DAN HIKMAHNYA ?

1. Benda yang mahal harganya akan dijaga rapi dan ditutupi serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

2. Wanita perlu khidmat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib khidmat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahwa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah anda bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita, yaitu : Istrinya, Ibunya, Anak Perempuannya dan Saudara Perempuannya. Ertinya , bagi seorang wanita tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki, yaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

5.Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan 4 Syarat saja, yaitu : Solat 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan, taat kepada Suaminya dan menjaga kehormatannya.

6.Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggung jawabnya kepada ALLAH Subhanahu wa Ta'ala, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah… ! Demikian sayangnya ALLAH Subhanahu wa Ta'ala kepada wanita.

Wahai wanita, syukurilah semua keistimewaanmu.

Yakinlah bahwa sebagai Zat yang Maha Pencipta sudah pasti Allah Maha Tahu akan segala yang diciptakan-Nya sehingga peraturan-Nya adalah yang terbaik bagi manusia.

Wallahua'lam 

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Copy paste_FB:Ustaz_Iqbal_Zain

Friday, 6 May 2016

🌸 Wanita Mulia 🌸





₪ Jika perempuan-perempuan diatas dunia ini. Mereka dapat melawan hawa nafsunya. Bermujahadah, taat perintah Allah dan Rasul-Nya, taat pada suaminya, dapat menjaga puasanya, menjaga kehormatannya, menjaga solatnya, menjaga tanggungjawab sebagai ibu, tanggungjawab sebagai isteri. Maka di akhirat nanti, dia akan menjadi penghulu bagi bidadari-biadari dan kecantikkannya lebih hebat daripada seluruh bidadari syurga nanti. ₪

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
#RaudhatulMuhibbiN

CEMBURU~

Tuesday, 3 May 2016

🌸 Tegarlah wahai diri dan tersenyumlah🌸



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah,
Lagi Maha Penyayang..

TEGARLAH WAHAI DIRI DAN TERSENYUMLAH

Sesungguhnya Dia yang mengujimu dengan sedikit masalah 
adalah Dia yang selama ini membanjirimu
dengan lautan nikmat.
Berbaik sangkalah padaNya.

Jika saat ini beban yang dipikul begitu memberatkan punggungmu
Maka berbahagialah
kerana Dia telah percaya punggungmu akan kuat memikulnya

Jika saat ini harapanmu belum terwujud
Maka berbahagialah 
Kerana Dia telah percaya kamu 
tak akan lelah berjuang dan berpasrah padaNya

Yakinlah,
Dia tidak akan pernah memberikan ujian 
yang tak mampu kita lalui…
Apapun yang kita hadapi saat ini, 
itu semata kerana kita mampu menjalaninya

Tetaplah kuat dan semangat!
Ingatlah dalam bahagia 
Allah menyisipkan duka
agar kita tahu bahwa ada hikmah 
dibalik sekaan air mata.
Dalam harap Allah menyelipkan resah 
agar kita sedar untuk mengiringinya 
do’a dengan segenap pasrah.
Dalam juang pun Allah meletakan lelah 
agar kita ingat betapa mahalnya harga istiqomah.

Memang Allah tidak menjanjikan bahwa langit itu tidak selalu biru, 
bunga tidak selalu mekar 
dan matahari tidak selalu bersinar.
Tapi ketahuilah bahwa Allah selalu 
memberi pelangi disetiap badai, 
senyum di setiap air mata,
berkah disetiap cobaan 
dan jawaban disetiap do’a.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

[susunan semula daripada perkongsian Group Motivasi & Nasihat]

⚫Ummu Hanan⚫
030516 10:15am

Saturday, 30 April 2016

🌼 Batang Ai, Lubok Antu 🌼


..banyak menyaksi hidup yang bercitra. Pertama sekali menapak langkah, masih berjiwa remaja. Bertawa gembira bersama rakan sekaki sekepala. Berkubang dalam biru tasik sambil melontar lumpur atas kepala. Indah sahaja.


Langkah kedua, bersama rakan sedewasa. Berjalan saja sambil bergambar mesra. Tetap saja masih bersuka ria.

Langkah ke tiga, bersama rakan sehati sejiwa. Berdua sahaja mencari diri hilang entah mana. Mula mmuhasabah cari rasa. Mula mujahadah dalam hijrah segala laku dan bicara. Alhamdulillah, dengan berjalan,melihat dan mentafsir makin menimbul rasa hamba. Makin teguh azam hijrah dari hidup yang membawa makna.

Langkah ke empat, membawa duka dan suka. Bersama tunang memujuk rasa. Mencari kata menebar kenangan sebelum lafas sakinah jadi bahtera. Alhamdulillah, untuk nikmat yang penuh citra. Sungguh bermakna, membawa kepada hidup berumahtangga.

Ini langkah ke lima.Bersama anak pula. Tak lupa juga bersama dengan sesetengah daripada mujahidah Ahbabul Mardhiyah yang hebat belaka. Syukur alhamdulillah, rasa pada tasik yang membiru masih sama meski persekitarannya banyak benar berubah rupa. Sedih juga melihat sekeliling tidak dijaga. Tapak kami mengunggun api, memanggang ayam sambil bergelak tawa mula ditumbuhi belukar liar tak dijaga. Kayu jeti untuk berjalan ke pondok tasik juga banyak rompang sini sana.

Allah, meski persekitarannya tidak seperti dulu, namun airnya tidak berubah sama. Kekal berpuput indah udaranya. Kekal asli ciptaan gunung , lembah dan airnya. Allah, nikmat mana lagi yg harus hamba dustai setelah Kau memberi hal yang indah2 belaka?

Terima kasih pada jiwa2 yg pernah bersama ku disini. Ia membawa bahagia! Sungguh! Dan ia kenangan yg sudah terlakar!

Thursday, 28 April 2016

🌼 Salju Hidup 🌼



Sedingin unggapan salju dikulit pipi
Sedingin qalbi merasa kasih Illahi
Bahawa nafas di hari ini
Masih terpinjam untuk jasadi
Menerus langkah terkini
Dalam fitrah seorang insani.

Alhamdulillah ala kulli ni'mat
Nikmat yang mana harus ku dustakan lagi
Setelah Yang Maha Kasih masih memberi hidup
Untuk terus diterokai
Untuk terus kasih mengasihi..
Kau harus jalani
Walau jalannya tak seindah mimpi
Semoga Diredhai langkah kaki ini
Dalam melangkah dunia tidak abadi..

“Rabbi yassir wala tuassir, Rabbi tammim bil khoir"
"la haw la wala quwwata illa billah"
Dan hanya kepada Allah aku berserah diri..

⚫ummu Hanan⚫
29r0416 5:45am

Sunday, 24 April 2016

Wanita Tua Di Ceruk Belantara




Teratak di ceruk belantara
Tinggal wanita tua berbongkok tiga
Sendiri sahaja
Siangnya khidmat pada kota
Menganyam mengkuang dibuat raga
Malamnya khusus untuk Kekasih Tercinta
Merafak sujud dalam tahajjud cinta

Tua riaknya namun muda imannya
Berkedut wajahnya namun jelita nafsinya
Terbiasa dibias munajat berwuquf dalam hati
Terbiasa disembur wangian kalam Illahi

Hidupkan malamnya dengan sumbu iman
Sepertiga malam menghias jiwa dalam taman
Dengan renjisan air mata tanpa teman
Rindukan Rasulullah, juga Agung Sang Tuhan.

Wanita tua di ceruk belantara
Terlalu banyak menyaksi manusia ditipu dunia yang memperdaya
Terlalu banyak menyaksi dunia tanpa upaya
Berbondong-bondong mengejar kaya
Berpusu-pusu mengejar cantik jelita
Yang lelaki hanyut kerana harta, wanita, dan takhta
Wanita pula hancur kerana permata, cinta dan kata
Sedang itu tiada apa-apa
Kelak diperkampungan sana
Tiada meninggal sebarang makna 
Namun sebalik disoal tujunya mana
Untuknya apa
Gunanya bagaimana

Sayu tangisan wanita tua,
Acapkali pada malam nan sepertiga.
Sudah banyak dia dikecewa makhluk dan dunia
Hingga hatinya tepu tidak bernyawa..
Benarlah ujarnya Ibn Athoillah AsSakandari Rahimahullahutaala,
"Mencintai makhluk itu, selalu didalam kehilangan dan juga perpisahan. 
Akan tetapi, cinta kepada Tuhan itu, 
pada-Nya, tiadalah perpisahan."

Tangan dijulang penuh harap
Dalam esak tangis tiada ujung..
Tuhan,
Jangan jadikan dunia ini cita-cita terbesar kami
Justeru,matikan hati kami pada dunia
Hidupkan hati kami pada akhirat.

⚫Ummu Hanan⚫
250416 06:00am