RSS

Tuesday, 9 October 2012

Tutup Aurat, Akhlak Terpelihara.

Assalammualaikum,

Ok. Hari ni aku rasa nak membebel..
hehehehe. . . . . .


Nak  kongsi  satu  cerita, Allahu Rabbi...dalam  dunia  serba  moden  ni  kan,  aku  agak  frust  sekali  dengan  segelintir  sikap  dan  persepsi  manusia  skang  ni...ish...ish...ish...  Aku  nak  cerita  pasal  tudung  labuh  dan  baju  muslimah.  Mukhtahir  ini,  kedua-dua  helai  item  tersebut  agak  sukar  untuk  di  dapati  di  pasaran.  Kenapa  ya?

Lebih-lebih  lagi  kat  tempat  aku  nih.  Kalau  nak  pergi  beli,  terpaksa  pergi  kat  bandar.  Kat  bandar  pulak...entah  ape2  ntah  la  deorang. Pernah  sekali,  aku  nak  beli  tudung  labuh  bidang  60.  Satu  pasar aku  pusing.  Last-last  aku  tanya  dengan  sebuah  kedai  ni  yang  jual  kain  baju  dan  tudung-tudung.

"Kak,  tudung  bawal  labuh  ader  x?" <---- Ini  versi  Malaya.   Tapi  hari  tu  aku  cakap  serawak.. Ngeh,,,ngeh...ngeh...

"Ada.  Adik  nak  berapa  helai?"  Ramah  tamah  kakak  tu  jawab.  Aku  terus  tertinjau-tinjau.  Dalam  hati  aku  cakap,  mana  pulak  tudung  yang  dia  maksudkan  ada  tu  yer?.  Sedangkan  aku  tak  nampak  sehelai  pun  tudung  labuh  yang  tergantung  dalam  kedai.  Yang  ada  cuma  tudung-tudung  masa  kini,  macam  selendang,  tudung  exspress  dan  banyak  lagi.

"Tudung nya  mana  kak?"

Kakak  tu  jawab  sambil  senyum....

"Ada.  kat  dalam  stor.  Nanti  akak  ambilkan."

Uwaaahhhh!!!!  DALAM   STOR!!!

Rasa  disiat-siat  hati  aku  ni.. pedihhhh!  Sampai  hati  deorang  letak  tudung  labuh  dalam  stor.

Apa?  Tudung  labuh  ni  kuno  sangat  ke?  Tak  ikut  perkembangan  semasa? Bukan  trend  terkini?  Tak  laku?.  Malu  nak  show  tudung  labuh  kat  luar  kedai?...  Ya  Allah...kecewanya...
Sedangkan,  tudung-tudung  lain  melambak  pulak  di  luar.  Bagaimana  macam  tu??  Patutulah,  wanita  sekarang  semua  pakai  tudung  tak  betul.  Konon  ekot  trend,  tapi,  tak  sedar ke...semua  tu  boleh  menuju  ke  arah  tabarujj?.. malah  penutupan  aurat  pun  tak  sempurna.  Tudung  sekadar  nak  tutup  rambut  je. macammana  bahagian  lain?.  Bahagian  lain  yang  tak  tutup  sempurna  tu  boleh  menyebabkan  fitnah.  Boleh  membangkitkan  nafsu  lelaki  kalau  terpandang.  Tak  sedar  ke?.

Kalau  nak  cerita  bab  tutup  aurat  memang  tak  kan  habis.  Tapi,  aku  cuma  bagi  nasihat.    Jaga  aurat  baik-baik.  Kita  tidak  tahu,  walaupun  kita  rasa  kita  dah  tutup  rambut  kita  dengan  baik,  tapi  tak  tutup  bahagian  lain,  kita  boleh  mendatangkan  fitnah  dan  menarik  dosa  dari  kita  mahupun  kepada  orang  lain.Bukan  nak  cakap  aku  ni  baik  ke  apa.. aku  pun tengah  belajar  nak  tutup  aurat  dengan  sempurna  jugak  nih.

Itu  bab  tudung,  Ni  pulak  bab  baju  muslimah.

Sekarang  nih  susah  sangat  nak  carik  baju  muslimah  yang  betul-betul  menepati  syariat.  Sekarang,  banyak  dijual  dalam  mana-mana  kedai..ataupun  kat  kedai  on9  jugak,  baju  muslimah  yang  pendek-pendek.  Paras  lutut  biasa  kita  tengok.  Tapi,  yang  bawah  lutut??.  hurm....ada  jugak  baju  muslimah  yang  di  reka  ber'shape'  sampai  boleh  menunjukkan  lekuk  badan.  Benda  macam  tu  boleh  mendatangkan  fitnah  jugak.

AWAS  dengan  si  mata  keranjang.  Jangan  biarkan  kita  jatuh  ke  lembah  dosa  dengan  percuma  gara-gara  tak  tutup  aurat  dengan  sempurna.

Jom,  tutup  aurat  dan  pelihara  akhlak..
"Tak  semestinya  orang  yang  menutup  aurat  tu  baik,  tapi  orang  baik,  mesti  tutup  aurat.."


oK...nI  aku  kopi  and  pasta  kat  blog  lain  pasal  bab  adab  menutup  aurat.  Jom  baca,  fahami  dan  amalkan  bersama-sama. InsyaAllah,  semoga  Allah  melimpahkan  rahmat-NYA  utk  kita.  Semoga  berubah  hati  kita  dan  terbuka  pintu  hati  kita  untuk  berubah..  Beristiqamahlah...

ADAB BERPAKAIAN MENURUT ISLAM

Bismillahirrahmanirrahim.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`araf, ayat 26 yang bermaksud;
“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan- bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).”

Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada seluruh umat manusia melalui Nabi
Muhammad s.a.w. adalah penyelamat dan pembawa rahmat kepada mereka dan seluruh
kehidupan mereka. Ia penyelamat manusia dalam setiap kegiatan dan kehidupan mereka
di dunia dan memberi rahmat kepada manusia di saat bertemu kembali dengan Tuhan
mereka di akhirat kelak.

Dalam hal ini, Islam telah memperincikan secara jelas tentang adab dan peraturan dalam mengurus kehidupan manusia termasuklah dalam hal yang berkaitan dengan pakaian dan perhiasan untuk mereka.
Islam sebenarnya adalah agama yang mudah dan memudahkan umatnya bila garis dasar
yang ditetapkan dalam berpakaian ialah menutup aurat dan bersih. Aurat mengikut
jumhur ulama bagi lelaki ialah dari bawah lutut hingga ke atas pusat mereka. Walau
bagaimanapun, adab dan kesopanan dalam berpakaian menurut Islam menambahkan
sehingga ke atas bahu apabila kita diminta meletakkan kain atau pakaian lain menutupi
hingga ke atas dua bahu ketika hendak sembahyang.

Manakala aurat bagi wanita ialah seluruh tubuh mereka kecuali muka dan dua tangan
bermula dari pergelangan tangan mereka. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa
seluruh tubuh wanita itu adalah aurat termasuk muka mereka dengan alasan muka juga
boleh menarik perhatian lelaki yang “hatinya berpenyakit” dan akan menimbulkan fitnah
dalam masyarakat.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka
melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan,
atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah
mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari
perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang
yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Selain itu, Islam yang diterima oleh seluruh manusia di seluruh pelusuk dunia adalah
berpunca dari pembawa yang sama iaitu Nabi Muhammad s.a.w. dan baginda adalah dari
bangsa Arab yang berpakaian mengikut budaya bangsa baginda.
Oleh sebab puncanya bermula dari bangsa Arab yang mana cara pemakaian mereka ialah jubah, serban atau kopiah (sesuatu yang menutup kepala) bagi lelaki dan berjubah labuh menutup seluruh tubuh bagi wanita, maka ia juga turut dikira sebagai budaya pemakaian Islam bahkan lebih jauh lagi ia sudah dicap sebagai imej Islam itu sendiri.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
“Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.”
Rasulullah s.a.w. sendiri dalam segala segi manjadi rujukan dan ikutan setiap umat Islam
yang komited dan istiqamah dengan suruhan agama, maka mereka turut meniru dan
membudayakan setiap amalan dan tindakan termasuklah cara Rasulullah s.a.w.
berpakaian dalam hidup mereka.
Itulah yang melambangkan imej dan syiar Islam sehinggakan keperibadian seseorang
hamba itu turut dinilai melalui cara mereka berpakaian.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, ayat 59 yang bermaksud;
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-
perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh
tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal
(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan
(ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Inilah antara lambang kesempurnaan dan ajaran bagaimana Islam mendidik umatnya
dalam berpakaian dan memilih pakaian yang melambangkan ketaqwaan kepada Allah.
Oleh itu, kita sebagai umat Islam dan selagi kita meyakini bahawa setiap ajaran Islam itu
benar dan meyakini bahawa Allah itu benar, maka kita akan dengan rela hati memilih dan
berpakaian menurut Islam dan menjulang tinggi pakaian yang manjadi syiar dan lambang
keislaman dan ketaqwaan kita walaupun ada mereka yang membenci, marah atau
menyerang kita.
Ketahuilah, hakikatnya mereka mahu menyerang Islam itu sendiri tetapi mereka
memperalatkan seorang dua golongan yang berperangai syaitan tetapi meniru pakaian
Islam.
Yakinlah Allah tetap bersama kebenaran dan Allah pasti bersama kita selagi kita bersama
kebenaran.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah an-Nisa`, ayat 85 yang bermaksud;
“Sesiapa yang memberikan syafaat (tauladan) yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan tauladan yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas semua perkara.”

Sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai kerana pakaian sopan dan menutup aurat adalah cermin seseorang itu Muslim sebenar.

ISLAM tidak menetapkan bentuk atau warna pakaian untuk dipakai, baik ketika beribadah atau di luar ibadat. Islam hanya menetapkan bahawa pakaian itu mestilah bersih, menutup aurat, sopan dan sesuai dengan akhlak seorang Muslim.




Di dalam Islam ada garis panduan tersendiri mengenai adab berpakaian (untuk lelaki dan wanita) iaitu
:

1. Menutup aurat
AURAT lelaki menurut ahli hukum ialah daripada pusat hingga ke lutut. Aurat wanita pula ialah seluruh anggota badannya, kecuali wajah, tapak tangan dan tapak kakinya. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Paha itu adalah aurat." (Bukhari)

2. Tidak menampakkan tubuh
PAKAIAN yang jarang sehingga menampakkan aurat tidak memenuhi syarat menutup aurat. Pakaian jarang bukan saja menampak warna kulit, malah boleh merangsang nafsu orang yang melihatnya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Dua golongan ahli neraka yang belum pernah aku lihat ialah, satu golongan memegang cemeti seperti ekor lembu yang digunakan bagi memukul manusia dan satu golongan lagi wanita yang memakai pakaian tetapi telanjang dan meliuk-liukkan badan juga kepalanya seperti bonggol unta yang tunduk.
Mereka tidak masuk syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun bau syurga itu dapat dicium daripada jarak yang jauh." (Muslim)

3. Pakaian tidak ketat
TUJUANNYA adalah supaya tidak kelihatan bentuk tubuh badan

4. Tidak menimbulkan riak
RASULULLAH SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana perasaan sombong, Allah SWT tidak akan memandangnya pada hari kiamat." Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti." (Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'iy dan Ibnu Majah)

5. Lelaki, wanita berbeza
MAKSUDNYA pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud: "Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan." (Bukhari dan Muslim)
Baginda juga bersabda bermaksud: "Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian lelaki." ?(Abu Daud dan Al-Hakim).

6. Larangan pakai sutera
ISLAM mengharamkan kaum lelaki memakai sutera. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah kamu memakai sutera, sesungguhnya orang yang memakainya di dunia tidak dapat memakainya di akhirat." (Muttafaq 'alaih)

7. Melabuhkan pakaian
CONTOHNYA seperti tudung yang seharusnya dipakai sesuai kehendak syarak iaitu bagi menutupi kepala dan rambut, tengkuk atau leher dan juga dada. Allah berfirman bermaksud: "Wahai Nabi, katakanlah (suruhlah) isteri-isteri dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman, supaya mereka melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang." ?(al-Ahzab:59)

8. Memilih warna sesuai
CONTOHNYA warna-warna lembut termasuk putih kerana ia nampak bersih dan warna ini sangat disenangi dan sering menjadi pilihan Rasulullah SAW. Baginda bersabda bermaksud: "Pakailah pakaian putih kerana ia lebih baik, dan kafankan mayat kamu dengannya (kain putih)." (an-Nasa'ie dan al-Hakim)

9. Larangan memakai emas
TERMASUK dalam etika berpakaian di dalam Islam ialah barang-barang perhiasan emas seperti rantai, cincin dan sebagainya.
Bentuk perhiasan seperti ini umumnya dikaitkan dengan wanita namun pada hari ini ramai antara para lelaki cenderung untuk berhias seperti wanita sehingga ada yang sanggup bersubang dan berantai.
Semua ini amat bertentangan dengan hukum Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: "Haram kaum lelaki memakai sutera dan emas, dan dihalalkan (memakainya) kepada wanita."

10. Mulakan sebelah kanan
APABILA memakai baju, seluar atau seumpamanya, mulakan sebelah kanan. Imam Muslim meriwayatkan daripada Saidatina Aisyah bermaksud: "Rasulullah suka sebelah kanan dalam segala keadaan, seperti memakai kasut, berjalan kaki dan bersuci."Apabila memakai kasut atau seumpamanya, mulakan dengan sebelah kanan dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Apabila seseorang memakai kasut, mulakan dengan sebelah kanan, dan apabila menanggalkannya, mulakan dengan sebelah kiri supaya yang kanan menjadi yang pertama memakai kasut dan yang terakhir menanggalkannya." (Riwayat Muslim).

11. Selepas beli pakaian
APABILA memakai pakaian baru dibeli, ucapkanlah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tarmizi yang bermaksud:
"Ya Allah, segala puji bagi-Mu, Engkau yang memakainya kepadaku, aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa-apa yang dibuat baginya, aku mohon perlindungan kepada-Mu daripada kejahatannya dan kejahatan apa-apa yang diperbuat untuknya. Demikian itu telah datang daripada Rasulullah".

12. Berdoa
KETIKA menanggalkan pakaian, lafaz- kanlah: "Pujian kepada Allah yang mengurniakan pakaian ini untuk menutupi auratku dan dapat mengindahkan diri dalam kehidupanku, dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia.
"Sebagai seorang Islam, sewajarnya seseorang itu memakai pakaian yang sesuai menurut tuntutan agamanya kerana sesungguhnya pakaian yang sopan dan menutup aurat adalah cermin seorang Muslim yang sebenar.



Aku  nak  minta  maaf  ,  menyusun  10  jari  ni  rapat-rapat  sekiranya,  sepanjang  penulisan  aku  ni  dalam  bab  tutup  aurat  telah  menyingung  hati  dan  perasaan  anda.  Tolong  tegur  aku  kiranya  aku  tersilap..

Kepada, Tuan  Guru,  Tuan  Syeikh,  ustazah,  Ustaz, atau  saudara  saudari  di  luar  sana  yang  ingin  menambah  baik  penulisan  ini,  sila  bagi  komen.  Okey..

Barakallahu feekum.. 



Monday, 1 October 2012

Azabnya Seksa Kubur

Assalammualaikumm

MARI  BACA  JAP...

Sebagai  orang  islam  yang  beriman,  kita  wajib  mempercayai  dan  meyakini  tentang  adanya  pembalasan  di  hari  akhirat.  Jka  tida  ada  pembalasan  di  akhirat  sama  ada  pahala  atau  dosa,  baik  atau  buruk,  kenapakah  Allah  SWT  menyediakan  syurga  dan  neraka?.  Orang-orang  islam  yang  beriman  lagi  beramal  soleh  di  tempatkan  Allah  SWT  didalam  Syurga-NYA  yang  penuh  kenikmatan. Manakala  bagi  mereka  yang  melakukan  dosa  kemungkaran  dimasukkan  kedalam  neraka  Allah  SWT.

Sebagai  orang  islam  yang  taat  dan  patuh  dengan  segala  ajaran  islam  yang  dibawa  oleh  junjungan  besar  kita  Nabi  Muhammad s.a.w  kita  wajib  mempercayai  adanya  pembalasan  di  hari  akhirat  kelak. Apabila  kita  mempercayainya  dengan  yakin,  sudah  tentu  kita  akan  lebih  berhati-hati  dalam  membuat sesuatu  tindakan.

Apabila  terlintasnya  di  hati  untuk  melakukan  sesuatu  yang  bertentangan  dengan  hukum  syarak  atau  yang  boleh  mendatangkan  dosa,  kita  mungkin  akan  berfikir  berhati-hati  untuk  melakukannya.  Contohnya,  apabila  malas  hendak  solat,  terus  teringatkan  adanya  pembalasan  dari  Allah  SWT.  Dalam  kubur  sudah  mendapat  seksaan  daripada  Allah  SWT,  belum  lagi  di  hari  pembalasan  sebenar di  akhirat  yang  entah  bagaimana  dahsyatnya.,  pedih  dan  sakitnya  balasan  seksa  daripada  Allah  SWT  sudah  tentu  kita  akan  meas  takut,  lantas  cepat-cepat  menunaikan  solat.

Maksud  ayat  16  surah  Luqman:
(Luqman  menasihati  anaknya  dengan  berkata):"  Wahai  anak  kesayangan  ku,  sesungguhnya  jika  ada  sesuatu  perkara  (yang  baik  atau  buruk)  sekalipun  sebiji  sawi  serta  tersembunyi  di  dalam  batu  besar  atau  di  langit  ataupun  di  bumi  sudah  tetap  akan  di  bawa  Allah  SWT(  untuk  dihakimi  dan  dibalas-NYA).  Kerana  Sesungguhnya  Allah  Maha  Halus  pengetahuan-NYA  lagi  amat  meliputi  akan  segala  yang  tersembunyi"

Oleh  itu  kita  semua  mestilah  menjauhi  dari  melakukan  perkaara  mungkar  dan  dosa  kerana  akibatnya  akan  dibalas  seksa  yang  amat  pedih.  Sebaliknya  berusahalah  sentiasa  utk  melakukan  kebaikan  demi mendapat  balasan  pahala  dan  syurga  Allah  SWT  di  akhirat  kelak.

...Perbetulkan  niat..  Lillahi  Ta'ala... Semata-mata  hendak  mendapatkan  Redha  Allah  SWT...

Saujana mata memandang berhias Mutiara kata..

Assalammualaikum,

Rasulullah SAW  bersabda :
Sampaikan  dariku  walaupun  sepotong  ayat.











.....salah  satu  antara  hobi  aku  jugak  ialah  buat  benda  ni...  Aku  buat  bukan  untuk  suka-suka  atau,  nak  dapat  apa-apa  atau  untuk  diri  aku  seorang  jeh. Tapi,  aku  buat  untuk  di  kongsi  bersama...Selamat  Beramal... ^^


Maafkan  aku  di  atas  segala  kekurangan  dalam  setiap  kata-kata  yang  aku  titipkan.  
Allhumma  Solli  a'la  Muhammad wa a'la  ali  Muhammad.






"YA HANANA" Al Maulid @ Sawa'Assabil -050912



Assalammualaikum....

Aku  suka  sangat  dengar  alunan  qasidah  nih...Jom  layan  dan  hayati  jap...k??

... zikir penenang hati

Aku dan Karton

Assalammualaikum,

Aku  suka  melukis...tapi,  tak  la  reti  mana  pun  melukis... yang  aku  tahu,  lukis  karton  ni  jeh...hehe...cumey  tak  cumey...terpulang  lah  yer...hehe..




Semua  karton  nih  aku  lukis  sendiri  taw...  walaupun  tak  secantik  mana  pun...




Yang  nih  saku  dedikasi  untuk  kawan  aku.  Dia  yang  nak  sangat  aku  lukis  ngan  dia...hehe...Ini  gambar  lama.  Dah  bertahun-tahun  rasanyer...





Gambar  nih  aku  lukis  taime  pujuk  anak  saudara  aku  Si  Nuraina  Fatihah  ketika  dia  tengah  merajuk  ngan  ibunyer...  Bukan  main  senyum  lagi  dia  tengok  sambil  tepuk2  tangan.  Hahaha...dedikasi  untuk  dia...


Yang  nih,  mood  tengah  sedih.. Aku  lukis  ekot  perasaan . Hahaha...aku ekspretasikan  luahan  jiwa  dalam  bentuk  lukisan  selain  daripada  menulis...

Nih  plak  mood  happy.  Ngeh3....

Tapi,  aku  paling  suka  muka  karton  yg  satu  nih...agak  comel  la jugak...hehe...




Okey,
itu  sahaja  untuk  setakat  ini.. lain  kali,  upload  lagi...maaf  kalo  lukisan  aku  nih  xcantek  mana,  mengada-ngada  or...apa2  je  lah... Dan,  terima  kasih  kerana  sudi  tengok...

Diary Hati

Assalammualaikum,

Malam ni..hening. Terbuai-buai plak jiwa ni..AllahuRabbi..  Indah  dan mententeramkan. Actually, aku tak tahu nak buat apa sebenarnya. Layan Fb on off jer.. Hurm..boring pun ada jugak. Nak layan buku, dah tak der buku terbaru untuk di baca.  Alamatnya, aku menyemak laaa kat blog aku yang dah nak berkulat nih.. Adeihh...blog nih dah macam tempat luahan hati pulak dah...hehe...xper...blog aku...suka ati aku lah..

Tapi kan, bercakap pasal luahan hati nih.. tetiba aku teringatkan pasal DIARY. Anda semua  minat  tak menulis diary?. Aku?? Ermm...Aku dulu fanatik ngan diary. Aku start bernukilan dalam  diary  tika aku  sekolah  rendah  lagi.  Dulu,  suka  tulis  luahan  hati  dalam  buku  sekolah.. Pas  tulis, aku  koyak...pastu  buang  jauh-jauh...tak  pun  bakar  or  rendam  dalam  air.  hehe...kecik-kecik  lagi  aku  dah  ada  perasaan yang  sungguh  sensetif.  Aku  bukan  jenis  yang  suka  marah-marah.  Aku  lebih  suka  pendamkan  perasaan  aku  daripada  aku  luahkan  dengan  orang  lain.  Makanya,  aku  suka  menulis.

Tiap-tiap  hujung  tahun,  aku  akan  bakar  diary  aku.  Alasan,  takut  kakak-kakak  aku  baca.  Bila  dah  terbiasa  berdiary,  aku  mula  semakin  minat  untuk  menulis.  Menulis  luahan  dalam  bentuk  cerpen  ataupun  sajak.  Seingat  aku,  masuk  tingkatan  satu,  aku  dah  tak  bakar  lagi  diary2  aku.. aku  simpan  elok-elok,  dan  simpan  kat  tempat  orang  lain  tak  dapat  tengok.

"Imaginasi  kuat  sangat  kot"
Aku  masih  ingat  lagi  ngan  kate-kate  ni  bila  cerpen  aku  dibaca  oleh  rakan  sekelas.  Meraka  bergilir-gilir  baca  cerpen  yang  aku  goreskan  dalam  buku  latihan  murah  yang  rega  Rm0.20 tuh...hehe... Ada  yang  conteng  buku  cerpen  aku  tu...dan  deorang  bagi  komen.  Komen  yang  membina  dan  memberi  peransang ,  dan  ada  jugak  yang  mengkritik.  Tapi,  kritikan  tu  lansung  tak  melunturkan  semangat.  Bila  dah  dapat  peransang  macam  tu,  aku  mula  giat  dengan  penulisan.  Mula  minat  dengan  subjek  Bahasa  Malaysia..semata-mata  hendak  memperbaiki  tatabahasa.  hehe..

Semua  ni...
...bermula  dari  minat  suka  menulis  dalam  Diary.  Alhamdulillah,  aku  masih  simpan  gi  Diary-diary  lama  aku.  Sayang  sangat  dengan  harta-harta  yang  bersejarah  tuh.  Kadang-kadang  senyum  sendirian  bila  baca apa  yang  aku  tulis  sendiri.  Di  situ lah  aku  memperbaiki  kelemahan  diri.  Apa  yang  membuatkan aku  bersedih,  bergembira  dan  sebagainya,  semuanya  dirakamkan  penuh  indah  dalam  diary.  Kadang-kadang  jugak,  bila  terbaca  akan  kenagan  pahit  di  mana  aku  pernah  di  lukakan,  ianya  seakan  membuka  jahitan  pada  luka  dalam  hatiku  sedikit  demi  sedikit.  Pun  begitu,  demi  Allah...aku  ikhlaskan  apa  yang  berlaku.  Dan,  aku  redha.  Ada  hikmah  di  sebalik  setiap  kejadian.

...belajar  dari  kesilapan...itu  pasti!
Bagiku,  hidup  ni  bagaikan  pentas.  Adakalanya  kita  dibuai  rasa  bahagia  dan  di  suatu  ketika  kita  dilanda  dugaan  sehinggakan  air  mata  menjadi  teman  setia.  Inilah  Lumrah  hidup  kan??  Pahit  dan  manis  tu  tetap  bersulam  sepanjang  hayat.  Dugaan  datang  bukan  hanya  memberi  duka,  tapi...sebaliknya  kalo  kita  amati  sesungguh,  segalanya  dah  Allah  takdirkan  dan  ada  hikmah  yang  tersendiri..  Aku  belajar...belajar  menghayati  erti  hidup.  Pastinya  onak  duri  yang  ditempuhi  menjadikan  kita  lebih  matang  baik  cara  berfikir  maupun  dalam  kita  mengatur  langkah  agar  pisan  tak  berbuah  duia kali.. So,  syukur  Ya  Allah  atas  segala  nikmat  baik  dan  nikmat  duka  yang  Kau  kurniakan  padaku..

...lalu...kerana  Diary  juga,  aku  telah  mencuba  nasib  untuk  terus  serius  dalam  penulisan.  Aku  try  aaa buat  cerpen  panjang  sedikit.  Hehe...pastu  bagi  kekawan  yang  baca.  Sampai  kakak  cakap,  " Kau  cedok  idea  dari  mana  nih?"..haha...tapi...whatever  laa...  suma  ilham  Allah  bagi  padaku  dan  aku  sungguh  rasa  bersyukur  kerana  Allah  kurniakan  aku  bakat  macam  ni...

Perkara  yang  paling  menggembirakan  aku...
Form  5,  aku  telah  menang tempat  ke-2 dalam  peraduan  menulis  cerpen   katogeri  sekolah  menengah  peringkat  negeri  Sarawak!.  Semenjak  tu...aku  agak  akrab  ngan  Dewan  Bahasa  Dan  Pustaka  Negeri Sarawak.  Tiap-tiap  karya,  aku  akan  hantarkan  ke  sana.  Kadang-kadang  aku  dipanggil  untuk  menghadiri  seminar  dan  bengkel  penulisan.  Tapi,  kebanyakkan  aku  tak  dapat  pergi,  gara-gara  sibuk belajar  dan  tak  der  transport  nak  pergi  Kuching.  Aku  pernah  hadiri  Majlis  Penulis  Remaja  Peringkat  Negeri  Sarawak  dua  tahun  berturut-turut.  Pengalaman  sedikit  itulah  aku  cuba  manfaatkan  sebaik  mungkin.  Sangat  menyeronokkan  bila  dapat  jumpa  Penulis-Penulis  tersohor  di  Sarawak  dan  dapat  jumpa  rakan-rakan  seangkatan  yang  lain.

Pun  begitu,
otak  ni  agak  sengal  bila  semakin  dekat  nak  STPM.  Fokus  study  kononya.. aku  abaikan  penulisan  untuk  seketika.  Tapi,  berDIARY  itu,  PASTI!.

Semenjak  itu,  aku  jarang  sangat  menulis  dan  hantar  karya  ke  DBP. Ada  jugak  menulis  sekali  sekala,  tapi  kebanyakkannya  terbantut  dan  terpekasam  jer...Hampeh!

Tapikan,  semenjak  dah  masuk  alam  pekerjaan  nih, aku  jarang  benar  menulis  diary.  Diary  pun  dah  tak  der  lagi  dah.  Kalo  nak  luahkan  isi  hati,  aku  tores  jer mana-mana  kertas..Hurm...Kini,  aku  sedar,  kadang-kadang,  diary  itu  sangat  penting  untuk  dijadikan  teman  dalam  apa  jua  keadaan  terutama  sekali  ketika  sedang  berduka. Dunia  penulisan  terbang  melayang  dah...dah  bingai  sangat  wayar  dalam  kepala  aku  ni  untuk  terus  berkarya.  Teringin  sangat  nak  ada  novel  sendiri.  Rasa  cemburu  bila  tengok  rakan  seangkatan  yang  lain  dah  terbitkan  berbuah-buah  novel  sendiri.  Aku???  Diary  kemana,  penulisan pun  entah  kemana...Yang  ada  hanya  sekeping  hati  yang  merintih  sendiri.

Allah  sebaik-baik  tempat  untuk  mengadu.  Diary  itu  subjektif . Istiqamah...aku  akan  terus  istiqamah...InsyaAllah...


Friday, 31 August 2012

Ukhwah Lillahi ta'ala

Bismillah...
Assalammualaikum,

Allah...Allah...Allah...
Lama  sudah  tidak  berbloging. Rindu  hendak  bernukilan.  Rindu  hendak  meluahkan.  Rindu,  rindu  dan  rindu... <  Rindu  sangat  le  tu...hehe..>

Rasanya,  tak  ada  idea  nak  nukilkan  apa-apa.  Cuma,  sedikit  laporan  hati  untuk  saluran  pada  bukti  kenangan  yang  akan  di  muziumkan  dalam  bingkai  waktu.  Laporannya terkisar  tentang  sebuah  Ukhwah  Islami.  Allah...penangan  ukhwah  islami  ini  sangat  hebat.  Dan,  saya  mengakuinya.. Lebih  hebat  kiranya lillahi  ta'ala. 

Saya  berkisah  lagi.
Kisaran  pada relung  waktu  yang  lampau.  Jelasnya,  tika  itu  masih  menuntut.  Punyalah  teman  yang  sangat  banyak.  Namun,  teman  bagi  saya  tika  itu  adalah  teman  yang  sentiasa  menemani  saya  kemana  sahaja  saya  pergi.  Teman  yang  snetiasa  bersama  saya  tika  susah  dan  senang.  Malah  dalam suka  dan  duka.  Merekalah  yang  terbaik.  Bagaikan  keluarga  yang  tidak  akan  berpisah  untuk  selama-lamanya.  Dilanjutkan  lagi  kisahnya..Nah...ini  sahabat  saya."  sANG  dEWi ".  Punyalah  brutal  beliau  ketika  itu.  Beliau  baik  tapi, agak  kasar  dan  suka  memberontak.  Semua  pelajar  takut  akannya. Kami rapat...sehinggalah,  berlaku  sedikit  salah  faham.  Salah  faham  yang  telah  merobek  kepercayaan  saya  padanya.  Sehinggakan,  salah  faham  itu  telah  menjauhkan  kami.  Masuk  tahun  kedua  pengajian,  saya  dan  Sang  Dewi  lansung  tidak  pernah  bertegur  sapa  walaupun  sama  kelas.  Bila  terserempak,  kami  buat2  muka  tak  tahu  dan  tidak  kenal.  Kadang2,  bagai  halimunan  sahaja.  Sungguh...tika  itu...sya  tidak  benci...namun,  masih  belum  diberi  kekuatan  lagi  untuk  menegurnya.

Hingga  suatu  saat..
Suatu  ketika..
Suatu  kisah...

Allah  pertemukan  kami  semula.  Dalam  lain  keadaan  dan  situasi.  Dalam  umur  yang  bertambah,  fikiran  yang  bercambah  dan  hati  yang  kian  berubah.

Sang  Dewi  menegur  saya  dalam  Fb  Chat.  Di  situ,  kami  mula  berkisah...Sorotan  demi  sorotan..Namun,  yang  paling  indah  tika  itu,  saling  maaf  memaafi..  Keadaan  sudah  jauh  berbeza,  dan dia  bagai  bukan  dia  yang  saya  kenal  berberapa  tahun  yang  lepas.  Allahurabbiii... Hidayah  itu  milikMU ya  Robb..Dia  jauh  berubah...Kami  mula  menyambung  silaturrahim  yang  telah  lama  terabai  dalam  belukar  jiwa.  Bila  bersemuka  dengannya,  saya  benar2  kagum.  Allah,  dia  bukan  lagi  seperti  yang  saya  kenal  suatu  masa  dahulu.  Sungguh,  masa  dan  keadaan  telah  mengubah  segalanya.  Kami  mula  rapat  seperti  dahulu  semula.

Tanpa  perancangan, 
Tanpa  diduga,

Hati  ini  mula  menjinak.  Untuk  terus  mendalami  agama.  Hidayah  itu  Milik  Allah..Dan,  saya rasakannya.  Bila  kita  beramal  dengan  amalan  orang  mukmin,  hati  kita  akan  menjadi  tenang  dan  mendamaikan.  Kecintaan  terhadap  Sang  Pencipta  mendahului  cinta  terhadap  makhluk  lain.  Allah,  pertemuan  dengan  Sang  Dewi  banyak  membantu  diri  saya  untuk  terus  bangkit.  Dia  meniupkan  semangat  untuk  terus  beristiqomah.  Dia  mencurahkan  ilmu  untuk  terus  berpegang  teguh  pada  peganggan.  Alhamdulillah,  semangat  dan  dorongan...terkadang  berupa  tarbiyah  darinya  amatlah  membantu.  

Hingga  saat  ini,
Saya  dan  Sang Dewi  berdiri  atas  Ukhwah  Islami  yang  terasa  sangat  mekar  mewangi  dalam  kamar  hati.  Ukhwah  ini  akan  terus  berlanjutan...Dan,  semoga  Allah  melindungi  kami.



" Ya Allah baguskan agamaku karena ia menjadi peganganku.Baguskan duniaku karena disitulah kehidupanku, dan baguskan akhiratku karena itu tempat aku kembali. Jadikan kehidupanku ini sebagai kesempatan untuk memperbanyak amal soleh dan jadikanlah kematianku sebagai tempat istirahat dari semua keburukan. “ (HR. Muslim)


<3  Ukhwah  Fillah  Abadan  Abada....uhibuki  Fillah  <3

Saturday, 7 July 2012

Kenangan Ramadhan masa sekolah - Dedikasi untuk Minah, Esah, Neng, Tikah, Amy Mas, Teyrot, Not, Kenen, Batok,Daus dan Lan.


Assalammualaikum,
Allahumma  solli  a’la  Muhammad  Wa’ala  a’li  muhammad..

Pejam  celik  pejam  celik  1  Ramdhan  bakal  menjengah.  Alhamdulillah  kerana  masih  diberikan  ruang  dan  waktu  untuk  terus  menikmati  Ramdhan  pada  tahun  ini.  Malah,  masih  diberikan  kesempatan  untuk  bertaubat  kepada  Allah  S.W.T.
Sebelum  tu...dah  ganti  semua  dah  ke  posa  yang  terbuang  tahun  lepas.  Jangan  lupa  ganti  ok! ^___^

Tiap  kali  puasa  macam  ni  mesti  teringat  akan  kenangan  manis  pada  Ramadhan  pada  tahun  2006  yang  lepas.  Masa  tu  saya  masih  menuntut  sebagai  pelajar  tingkatan  6  lagi.  Tingkatan  6  atas.  Kenangan  yang  sangat  berharga  dan  akan  saya  simpan  dalam  album  memori  hidup  saya  buat  selama-lamanya. 

Apa  yang  bestnya?

Best  nya  sebab  mempunyai  sahabat-sahabat  yang  sangat  baik  ,  satu  kepala,  prihatin,  penyayang  dan  sebagainya.
Bestnya  sebab  mempunyai  cikgu  yang  sangat  sporting  dan  ambil  berat  terhadap  kami  semua.

Saya  nak  kongsi  satu  cerita... (hehehe...macam  skrip  iklan  oreo  la  pulak..)
Saya(  Siti  Hajar),  Siti  Aminah,  Siti  Aisah,  Siti  Huzaini,  Samiyah,  Atiqah,  Mastuyah,  Asfarina, Ismail, Mazlan, Azmi  dan  Firdaus  ni  satu  geng.  Kitorang  satu  kelas.  Nak  kata  nakal,  ada  kot,  sikit-sikit, paling  top  dalam  akademik  dalam  kelas  pun  kitorang  jugak..hehe...ada  ke?,  popular  pun  kitorang  jugak (Haaa...perasan je lebeh. Aisehhh!).  Yang  paling  best,  walau  dimana  sahaja  kami  berada,  kumpulan  kami  ni  sentiasa  bersama  sampaikan  dah  terasa  macam  adik  beradik  sendiri  dah.  Tak  heran  laaa...ada  segelintir  student  kat  sekolah  tu  ada  yang  agak  kurang  senang  dengan  kemesraan  kami.  Bagi  saya,  deorang  ni  sangat  memahami.  Kami  menangis  bersama-sama,  ketawa  bersama-sama,  malah  berkongsi  segala  masalah  bersama.  Allah...rindu  sangat  dengan  kenangan  ni..
Walaupun  kami  datang  dari  kampung  yang  berlainan,  namun,  bila  masuk  asrama,  kami  eratkan  keserasian  itu  sebagai  satu  keluarga.

Yang  bestnya  jugak,  makan  minum,  mandi,  tidur (Untuk  geng  pompuan  je)...semua  berkongsi  sama  rata.  Tiada  satu  pun  yang  berkurangan.  Yang  empat  orang  kawan  lelaki  saya  tu,  Allah...baik  sangat.  Deorang  adalah  selaku  bodyguard  kami  yang  ladies2  nih.. hehe...

Yang  bestnya  menjelang  Ramadhan,
Jeng...jeng....jeng...

Aloooorrrr...kitorang  ni  bukannya  suka makan  kat  dewan  makan.  Pertama,  malas  nak  beratur,  kedua,  malas  nak  berasak-asak  dengan  student  lain..ketiga,  kitorang  memang  tak  suka  poooon...  Bukan  pak  cik  dan  makcik  kat  dapur  masak  tak  sedap,  tapi...memang  malas  sangat  kaki  nk  mendarat  ke  dewan  tu. 

So,  nak  tau  kitorang  buat  apa?  Mana  kitorang  nak  berbuka  puasa?
Dalam  kelas  kitorang  ada  satu  rak  kayu  yang  kitorang  buat  untuk  letakkan  buku.  Rak  tu  kitorang  hias  cantik-cantik  dan  letak  kain  sebagai  penutup.  Dalam  rak  tu,  rupa  je  macam  tempat  letak  buku. Tapi,  tempat  letak  pinggan  mangkuk,  gelas,  pati  air  sirap,  gula,  tak  kurang  juga  ada  garam, dan  ada  cerek  letrik.Hehe...pendek  kata  rak  tu  macam  dapur  kitorang. 

Cikgu  tak  der  check  ke??
Haaa....itu  yang  best,  cikgu  sporting.  Guru  kelas  kitorang  sangatlah  sporting,. (Rindu laaa ngn  beliaauuuu.Ermmm... )  Tapi,  kitorang  tak  la  terlalu  open  sangat.  Takut  nanti  di  nampak  dek  warden...nahas  kitorang!.

Petang-petang,  selepas  abiz  kelas  pagi,  kitorang  dengan  muka  cumil  penuh  simpatinya  g  la  jumpa  cikgu  sorang  ni...beliau  sangat  baik  dan  sporting  jugak.  Beliau  layan  kami  macam  anak  sendiri.  Dan,  kitorang  semestinya  anggap  beliau  macam  bapak  kitorang.  Kitorang  mintak  cikgu  belikan  makanan  buat  kami  di  pasar.  Selalunya  kitorang  pesan  nasi  bungkus,  roti  canai  dan  kuih  muih.  Dekat  nak  bukak  posa,  kitorang  dah  berkumpul  dalam  kelas  senyap-senyap.  Takut  nanti  terserempak  dengan  warden, naya  kami!  Kitorang  kira  masa  berbuka  bersama-sama.  Selepas  masuk  waktu  berbuka,  Si  Ismail  lah  biasanya  yang  akan  mengetuai  bacaan  berbuka  puasa  kami.  Kami  makan  dengan  sungguh  berselera  sekali  waima  dalam  keadaan  yang  gelap,  sebab  takut  bukak  lampu  kelas.  Nanti  ketahuan  sih.  Sungguh.  moment  itu  sangat  berharga  sekali.  Kenangan  tersebut   punyai  nilai  yang  sukar  di  gantikan  dengan  mana-mana  harga  sekalipun  di  muka  bumi  ni. 

Pas  biz  buka   posa,  kitorang  sama-sama  pergi  ke  surau  untuk  menunaikan  solat  maghrib  dan  tarawih  bersama-sama.  Alhamdulillah,  perasaan  dan  jiwa  kami  punyai  keserasian  yang  menakjubkan  sehinggakan  bila  balik  ke  rumah  masing-masing  pada  cuti  sekolah,  kitorang  akan  saling  merindui.  Punyai  sahabat  seperti  mereka  membuatkan  saya  banyak  belajar  erti  perasaan.

Kelas  malam,  kitorang  belajar  seperti  biasa.  Kalau  ada  mood  tu, memang  fokus  memanjang  sampai  habis  waktu.  Kalau  datang  mood  lari  tu...haaa...kitorang  kumpul  satu  meja  dan  borak  kosong  sampai  habis  waktu. Hahahaha...adehhhh...!
selepas  kelas,  masuk  asrama...kitorang  berkumpul  satu  bilik  untuk  makan  dan  borak-borak.  Kadang-kadang,  sampai  larut  malam  pun  masih  berdekeh-dekeh  atas  katil.  Cerita  memang  tak  pernah  habis-habis!


Esoknya,  bangun  sahur. Ha...ni  yang  agak  payah  ni.  Malas  jugak  nak  pergi  sahur  kat  dewan.  Terkadang  jer  sahur  kat  dewan.  Apa  yang  best,  ustaz  punya  lah  “hyper”  masa  kejutkan  kitorang  untuk  bersahur.  Ustaz  tu...encem...hehe...tapi,  tegas.  kadang-kadang  dia  hidupkan  enjin  moto  yamaha  dia  tu..dia  tekan  minyak  kuat-kuat.  Beliau  melilau-lilau  pusing  bangunan  asrama  semata-mata  nak  kejutkan  kitorang.hahaha...kesian  pulak  dengan  kawan-kawan  non-muslim  yang  sedang  syok  berdengkur.  Kalau  saya  tak  makan  kat  dewan,  saya  dan  kawan  sebilik  syaa,  Siti  Huzaini  akan  makan  oat,  kurma  dan  crakers  sambil  cicah  dengan  air  kosong  macam  tu  je.  Kalau  nak  dikira  sedap  tak  sedap  dan  kenyang  tak  kenyang  nya...memang  tak  leeeerr...tapi,  sekurang-kurangnya  terisi  jugak  perut.  Itu  laaaa...kalau  sahur  kat  dewan  kan  dapat  makan  best2..Itu  malas  punya  pasal  lah!


Sahabat,
Masihkah  kalian  ingat  akan  semua  kenangan  ini? . Saya  bersyukur  kehadrat  Illahi  kerana  diberikan  kesempatan  untuk  berjumpa  dengan  kalian  semuanya  untuk  saya  belajar  erti  sebuah  persahabatan  yang  sejati.  Walau  ruang  dan  waktu  memisahkan  kita,  namun,  acapkali  menjelangnya  Ramadhan,  saya  akan  tersenyum  sendirian  apabila  terkenangkan  kenangan  indah  ini.  Syukur  alhamdulillah  kerana  korang  suma  dah  berjaya  dalam  kerjaya  masing-masing. 

Sahabat,
Terima  kasih  atas  segala  yang  telah kalian  titipkan  pada   diri  ini.  Ia  adalah  KENANGAN.  Dan,  kenangan  terindah  itulah  menjadi  memori  yang  tak  pernah  padam  dalam  relung  hati  ini.
Sekarang,  kita  sudah  punyai  kehidupan  sendiri.  Semoga  dalam  langkah yang  tak  pasti  ini,  kita  lebih  matang  dalam  mengharungi  hidup.  Peace  till Jannah  yarrr!

Assalammualaikum.

Thursday, 5 July 2012

Debunga Kasih Zahra

Dengan  nama  Allah  Yang  Maha  Pemurah  Lagi  Maha  Penyayang,

Assalammualaikum,

Senyuman  masih  lagi  bergayut  ditubir  bibirku.  Acapkali  aku  menjeling  kearah  jari  manisku.  Sebentuk  cincin  emas  belah  rotan  melingkari.  Tampak  manis  dan  sesuai.  Aku  membelek-belek  jemariku  lagi.  Hatiku  berbunga  riang.  Fikiranku  mulai  terasa  lapang.  Sesekali,  aku  membuang  pandanganku  jauh  ke  kaki  langit. Cahaya  jingga mulai  berbalam-balam  dalam remang cahayanya.  Aku menarik nafas dalam seraya melepaskannya dengan ucapan ..
 " Alhamdulillah.."

Berberapa bulan yang lalu, aku berduka cita disini. Aku menangis bagai hamba Allah yang tak punyai akal. Bagai  sudah tertutup ruang nafas di  dunia ini  buatku.  Bagai  jasad dan  rohku  hancur  lumat  di  gilis dan dibakar  rasa  kecewaku.

Pun  kini,
Aku  kesini  lagi..dengan  hati  yang  berbunga.  Bagai  taman  yang  berseri-seri.  Alhamdulillah..  Ayat  itu  tak  pernah  lekang  meniti  bibirku  saban  waktu.  Allah  Maha  Kuasa,  Makhluk  tiada  kuasa.

Hujan  tak  kan  lama  mencurahi  bumi,
Allah  akan  hadirkan  sang  suria  untuk  menerangi  alam.

Terkadang,  terlintas  difikiranku,  Mengapa  pabila  seseorang  itu  kecewa,  dia  mudah  berputus  asa?  Kenapa  mudah  sangat  hendak  meratapi  dan  bersedih  berpanjangan?  Mengapa  sanggup  tak  makan,  tak  minum?.  Menyendiri?.....hurm....jawapannya  ada  pada  diri  sendiri.  Seperti  aku  contohnya.
Gara-gara  kecewa,  memang  sanggup  merosakkan  diri  sendiri  tanpa  memikirkan  akibat  dari  perbuatan  diri  sendiri. AllahuRabbi...nipisnya iman.

Sekarang,
Segalanya  rasa  terkawal.  Alhamdulillah.  Kedukaan  ku dirawat  dalam  kadar  yang  sempurna  buat  diriku.  Terima  kasih,  Ya  Allah...Tanpa  teguran  yang  berupa  ujian  dari-MU,  malah,  nilai  akal  yang  Kau  anugerahkan  padaku  tidak  mungkin  aku  mampu  berdiri  lagi  seperti  ini,  bahkan  sudah  cukup  membuatku  cuba  berpaut  pada  dahan  ketabahan  yang  seakan  rapuh.  Sungguh,  ianya  cukup  membuai  jiwaku  agar  sentiasa  bersyukur  di  atas  segala  nikmat  dari-MU.

Mentari  kian  kelam.  Kedengaran  laungan  azan  maghrib  penuh  kesyahduan  meniup  pangkal  hatiku.  Damai  lagi  tenang.  Aku  tetap  tidak  berganjak.  Alasan  dari  keuzuran  ku,  telah  menyebabkan  aku  melengah-lengahkan  masa ku  untuk  pulang.  Biarkan.  Aku  suka  di  sini.  Kedamaian  ini  mengujakan!



lalu,
Diari  ungu  Zahra  ku  bentangi  lagi.  Aku  ingin  mencoret.  Mengisahkan  selautan  kasih  sayang  bakal  bersatu  tidak  lama  lagi.  Sungguh,  mimpiku  menjadi  nyata  dengan  adanya  gelaran  sebagai  tunangan  dia.  Alhamdulillah...